Jun 27, 2011

BERSIH VS PATRIOT.. HABIS HANCUR KUALA LUMPUR!!





PATRIOT... BERSIH... Mana satu ni? Setakat ini kedua2 nya kata Perhimpunan Aman. Tapi kalau sudah dikata Perhimpunan di KL, dalam sejarah Negara tak pernah aman pun. Mesti ada kekacauan. Tak banyak pun sikit mesti ada. Rakyat nampaknya sudah terkeliru nak pilih mana satu. Melayu CinDia cadang kita ikut style orang Cina. Buat peniaga teruskan perniagaan anda. Kalau yang berniaga di KL tukarlah tempat meniaga di kawasan lain. Sekurang2 nya dapat hasil untuk tingkat taraf hidup. Kalau yang bekerja Pejabat, duduk saja di rumah bersama keluarga. Gunakan kesempatan tersebut untuk merapatkan hubungan keluarga. Kadang2 kita terlepas pandang perkembangan terbaru anak2 kita. Itu yang Melayu CinDia lihat jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang tak berkesudahan politik tanah air. Bukan apa? Yang gaduh Melayu sama Melayu juga. Pening... Teringat kata2 Mahathir, Demonstrasi itu bukan budaya kita. :-)




0 comments:

Powered by Blogger.