Jun 5, 2011

ANWAR AJAK SETTLE DGN. MAT SABU!!?





Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya boleh tidur nyenyak buat seketika kerana tak perlu lagi bising-bising nak jawab isu video seks pada orang-orang PAS yang sudah ‘pejam mata’ anggap itu bukan Ketua Umum PKR. Sebagai sebuah parti yang gembar gembur ia parti Islam... PAS seolah berpendirian tidak mahu peduli langsung samaada ia benar atau tidak.Sebaliknya jika terbukti benar dan sahih nanti parti itu terpaksa ‘menanggung’ seorang pemimpin yang tidak bermoral langsung. Ini kerana PAS dalam muktamarnya – tanpa mahu usul periksa selanjutnya atau tunnggu pengumuman rasmi hasil siasatan - beria-ria mempertahankan Anwar dengan menyalahkan Barisan Nasional yang dikatakan menggunakan video itu sebagai fitnah untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu. Sedangkan umum mengetahui ini adalah pendedahan peridi trio Datuk T yang mendakwa melakukannya ‘ demi kepentingan nasional’ agar rakyat tidak terpedaya dengan watak pemimpin begini. Usul mengutuk fitnah menggunakan video di bawa Dewan Ulama menerusi Fadhil Mohd Nor dan disokong perwakilan Ipoh Barat Norazli Musa serta AJK Pusat, Hanifa Maidin pagi Ahad.







Antara lain usul itu adalah menyifatkan tindakan penayangan video seks sebagai tindakan tidak bermoral setelah tidak mampu berdepan hujah dan data. PAS juga mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan itu dilesenkan kerajaan. Usul berkenaan juga mengutuk sikap membisu ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

Menariknya Hanifa ketika menyokong usul itu, Hanifa berkata, penayangan video itu membuktikan teruknya BN berpolitik selain strategi politik yang tidak menghitung dosa dan pahala.

“Apabila isu video itu tidak berkesan, mereka hias dengan sumpah gunakan nama Allah. Tak kan orang kampung kata tak betul. Mereka juga gunakan Quran. Tak kan orang tak betul. Mereka juga sumpah dalam masjid...tak kan orang kampung tak percaya juga,” katanya. Hanifa menuduh Islam di negara ini terlindung kerana ada pelesit macam UMNO.

“UMNO gagal tunjuk keindahan Islam..cuba tipu rakyat,” katanya.

Usul itu kemudian diluluskan sebulat suara tanpa perbahasan. Sebelum ini, ada beranggapan apabila Dewan Ulama mencadangkan usul berkenaan, ianya mungkin mahu siasatan terhadap kebenaran kandungan serta pelaku dalam video itu. Malang, usul itu sebenarnya diluluskan bagi menghentam kerajaan BN dan UMNO kononnya dalang disebalik penayangan dan penyebaran video itu.

Jadi, Anwar boleh lapang dada kerana PAS terus mempertahankan beliau apatah lagi dengan sebilangan besar pemimpin baru parti itu adalah ‘penyokong tegar’ @ Erdogan.

Laporan Roslan Bian dari Agenda News



8 comments:

whiteorange said...

Aku setuju dengan pendapat puak PAS ni, UMNO gagal menunjukkan keindahan Islam ... betul betul betul betul

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Keindahan Islam menurut PAS

Menutuh bini orang
Menutuh Pelacor
Menutuh tanah rakyat
menutuh dalam keretapi
menutuh di perhentian bas

Ini adalah antara keindahan Islam menurut PAS

ahli pas perak said...

saya adalah seorang ahli pas dari perak . kisah ini diceritakan oleh seroang rakan saya yg pada awalnya turut sama dilibatkan dengan rancangan untuk menjatuhkan husam musa. Selepas rakan saya ketahui taktik kotor tersebut dia larikan diri dari mereka kerana tidak mahu terlibat dgn perkara2 fitnah.

kisah ini sengaja didedahkan pd saat2 akhir pertandingan&ditambah berbagai2 perisa supaya Nampak sedap oleh geng2 Nizar.

nizar tidak mahu husam menang kerana takut menjadi pesaingnya dalam pemilihan pas akan datang.nizar hendak menang dalam pemilihan ini &bercita2 utk bertanding jawatan timbalan presiden pas dalam pemilihan akan datang.DAP telah berjanji untuk bantu kewangan.

nizar nak pancung husam habis-habisan, kerana dia lihat husam boleh menghalang cita-cita besarnya kiranya husam juga menang bersama dia. Nizar kata sekiranya husam kalah karier politik dia akan hancur kerana telah kalah dua kali.

Norazli musa@pak janggut adalah salah seorang jentera nizar yang paling utama memainkan peranan penting ini utk bunuh karier politik husam.

Pada hari isnin 30.5.2011 norazli telah bertemu dgn seorang rakannya bekas org kuat pkr .

norazli telah memberi maklumat berhubung penyelewengan husam kepada rakannya itu utk dipanjangkan kpd blogger2. Semua skrip telah ditulis dgn begitu baik supaya senang difahami oleh blogger.

Bekas orang kuat pkr sampaikan kpd seorang blogger di perak dalam masa sama dia bocorkan maklumat itu dtg dari pihak nizar. tujuan org itu beritahu supaya taktik kotor politik dlm pas diketahu ramai.

berita itu sampai kpd blogger, mereka dedahkan maklumat pasal husam& siapa pemebri maklumat. dlm hal ini kerja blogger Nampak tersusun. 1pihak dedah husam&1 pihak dedah siapa pemberi maklumat.
husam nasib baik -cepat2 menafi-nizar pula diamkan diri. takut kerana rahsia telah pecah. Semasa muktamar pemuda ramai ahli2 pas telah berbisik sesama mereka apa yg dilakukan oleh nizar. Bisik2 &sms tersebar tentang taktik kotor nizar.

brita itu dibisik dari telinga ke telinga hingga ke saat perwakilan beratur sebelum membuang undi. Pasal itu nizar kalahdi tempat corot.

Bukan setakat kisah wang , byk lagi fitnah2 lain yg direka2 oleh orang nizar utk membunuh karier husam-termasuk kisah skandal dgn seorang wanita cina serta kunjungan husam ke tempat2 maksiat. Saya tidak mengetahui samada perkara itu benar atau fitnah-tetapi perkara itu imasuk dlm rancangan orang2 nizar utk bunuh karier husam.

Saya tak tahu saluran mana harus saya guna untk dedahkan perkara ini. Kalau saya ceritakan perkara ini kpd pemimpin2 pas tempatan -mereka minta kita diamkan & jgn cerita kpd sesiapa. kita akan dibaca dgn mcm2 surah & hadis supaya menjaga jamaah. saya terpaksa guna saluran komen di blog2. Tujuannya supaya pemimpin2 atasan pas tahu perangai2 kotor yg sdg menjalar dlm pas. Jangan hanya Nampak kuman di seberang laut tapi tak Nampak gajah dpn mata.

Anonymous said...

PAS parti tahi ayam mengeram. Panas jap aje utk memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud. Lepas tu bila dah sejuk hilang semua. Hilang dengan ulamk-ulamak. Ganti dengan sekular yang dijamin syurga oleh Tok Guru ' Celaka, Celaka, Celaka' yang punya keramat tahi hidung tu.

Anonymous said...

Mintak pihak hospital buat pemeriksaan tahap kesihatan mental Norazli Musa, aktiviti PAS yang berjanggut Abu jahal itu. Kenyataan akhir-akhir ini dilihat tidak waras dan berbau gila.

ajai62 said...

Assalam Bro

Selagi dinamakan parti politik... mana ada 100% bersihkan... ada aje hantu/syaitan dimana-manakan? Tapi sedihnya PAS pun sama aje dengan parti politik yang lain... Tak ada bezanya selepas lebih 50 tahun menipu rakyat Malaysia dengan slogan Negara Islam tetiba Hadi dapat mimpi mana ada negara Islam dalam Al Quran..hehehe... Nahtijah terlebih solat hajat yang berniat jahat... takan ALLAH swt makbulkan...

Anonymous said...

POlitik Dengki, Dendam, Rasuah & Ganas UMNO .. warisan ajaran Mahathirisme, Bapa Konspirasi & Rasuah Negara ...

Ego UMNO suka hina & tindas sesama bangsa yang mana tak sebulu dengan nafsu serakah pemimpin mereka.... terutama PAS, PKR, dll.....

Hapuskan & elakkan dari "NAJIS POLITIK UMNO" ! Semoga Melayu/Islam selamat.

Anonymous said...

PAS+ DAP + PKR = Najis Mughalazah
Jihad melawan puak-puak Al-Ahzab ini adalah wajib sehingga puak mereka hancur. Kalau tidak bertindak awal Islam akan hancur. Jelas PAS selama ini mempermainkan negara Islam dan hukum hudud melalui retorik Haji Hadi yang suka mengigau waktu siang.

PAS sekali lagi berbohong kepada rakyat melalui ucapan dasar Hadi Awang yang mendakwa bahawa al-Quran tidak pernah menyebut negara Islam, sebaliknya yang ditekankan adalah negara berkebajikan.
Perlu diingatkan - menubuhkan sebuah negara Islam, bermaksud akan tertegaklah secara tidak langsung sebuah negara berke bajikan, manakala menegakkan sebuah negara berkebajikan, belum tentu tertegaknya sebuah negara Islam! Dalam hal ini, nampaknya Haji Hadi terkeliru.

Perlu juga ditekankan bahawa Islam bukan sebahagian daripada kebajikan, sebaliknya kebajikan itu merupakan sebahagian daripada Islam, atau dengan kata mudahnya, kebajikan itu berada dalam Islam dan bukan Islam berada dalam kebajikan! Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Sekiranya benar Haji Hadi mengetahui bahawa tidak terdapat satu perkataan pun yang merujuk kepada "Negara Islam" di dalam al-Quran, maka mengapa PAS melancarkan buku berjudul "Negara Islam" pada tahun 2003? Bahkan, Haji Hadi juga terlupa bahawa beliau sendiri pernah menulis sebuah buku berjudul, "Sistem Pemerintah Negara Islam" pada tahun 1995, terbitan Dewan Muslimat PAS, bagi menjelaskan konsep sebenar negara Islam.

Selain itu, menurut Haji Hadi, buku "Negara Islam" yang dilancarkan oleh PAS pada tahun 2003 itu adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang bukan Islam tentang negara Islam yang adil lagi berkebajikan, tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya - PAS seolah-olah semakin takut untuk menyebut "negara Islam" - bimbang, kalau-kalau hilang undi daripada kaum Cina. Soalnya siapakah yang patut ditakuti? Allah atau pengundi-pengundi DAP?

Hari ini, tatkala PAS mendabik dada kononnya mereka semakin kuat dan gagah perkasa, maka selayaknya PAS semakin berani untuk mempromosikan keindahan Islam melalui hukum Hudud dan negara Islam kepada orang kafir! Tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya - PAS semakin berjiwa kecil dan takut untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenar. Jika sebelum ini, para pemimpin PAS sangat galak mengutuk UMNO kononnya tidak berjiwa Islam, kini ternyata parti tersebut pula yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan Islam yang mereka laungkan di pentas-pentas ceramah, demi menjaga hati PKR dan DAP!

Maka marilah kita sama-sama bertekad untuk menghancurkan PAS dan kucu-kucunya yang membawa Islam menjadi semakin hina dengan mainan politik gila babi mereka.

Anonymous said...

PASti otak pemimpin dan pengikut PAS dah sakit kesan diserang angau dan gila babi (DAPig)

Powered by Blogger.