Jun 14, 2011

ANJING OH ANJING.. RAIS YATIM PUN KAU NAK GELAR ANJING!!





Masa muda disanjung. Bila sudah menjelang senja dihina dan dimaki hamun. Inikah konsep politik tanah air? Melayu CinDia kadangkala rasa jelak dengan sikap sebilangan penulis2 politik Pro Kerajaan yang tak berkesudahan cuba menjatuhkan kepimpinan golongan yang boleh dianggap Pemimpin Senior. Isu2 yang disampaikan tidak disertakan dengan bukti kukuh. Malah bagi yang bijak melihat percaturan politik, jelas sekali ada agenda tersembunyi yang menyebabkan golongan2 sebegini fokus untuk memburuk2 kan Pemimpin ini. Rais Yatim merupakan Pemimpin UMNO yang boleh dikatakan berpengalaman luas dalam politik Negara. Beliau dilihat sudah mula berkhidmat secara total di dalam Kerajaan bermula era zaman Tun Abdul Razak sehinggalah anaknya mengambil alih iaitu Datuk Seri Najib. Jika diimbas sejarah politik beliau, sememangnya beliau sangat peka dalam memastikan tanggungjawab yang diberikan digunakan demi kepentingan rakyat. Apa yang Rais Yatim tidak ketahui asam garam berpolitik? Jika dahulu serangan berkenaan Kes Rogol Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini telah dibuktikan kebenaran sebenar, kini timbul pula isu wang. Kementerian di bawah naungan beliau dikatakan telah membelanjakan RM 10 Million untuk sambutan Hari Seniman tidak lama lagi. Belum sempat disiasat sudah diperakui kebenarannya. Jikalau blogger Pro Pembangkang yang balun tidak ada apa yang perlu dihiraukan. Ini dari kalangan blogger yang menyokong Kerajaan Pusat sendiri. Dari dahulu lagi ada sahaja serangan yang dibuat. Jika serangan kes Rogol Amah yang lalu telahpun dibuktikan kebenarannya melalui pengakuan Amah sendiri yang menafikan sekeras2nya tuduhan tersebut, kini pihak Penganjur Hari Seniman sendiri melalui Setiausaha Program telahmenyebut bahawa jumlah sebenar penganjuran program tersebut hampir RM 100 ribu, bukan RM 100 Juta. Kantoi lagi. Sebenarnya mudah sahaja untuk selesaikan. Blogger yang menuduh hanya perlu mengeluarkan bukti sahih mengenai dakwaan yang dilemparkan. Tapi ianya tidak akan berlaku kerana ini semua rekaan semata2. Macam kes Rogol Amah sebelum ini. Persolannya Blogger mana ye? Tak payahlah Melayu CinDia sebut. Biarlah OTAI2 Blogger yang balun blogger ini. Melayu CinDia sekadar memberi sokongan bagi pihak yang benar. Cuma hendak berpesan, sudah2 lah menyerang Rais Yatim. Jika tak berpuas hati, jumpa sendiri beliau. Tidak perlulah menggunakan serangan2 yang nampak jelas ada 'udang di sebalik batu'. Lebih mengecewakan, Pemimpin DAP pula mengambil kesempatan menyerang isu ini. Lim Kit Siang beriya2 marah Rais Yatim. Banggalah blogger yang menuduh Rais Yatim ni ye. Kalau macam tu, suruh Lim Kit Siang jelah jadi Menteri Penerangan. Puas hati. Apa projek mau? suma gua kasi punyerr.. Oppsss...




0 comments:

Powered by Blogger.