May 5, 2011

TIMB. PRESIDEN PAS.. HUSAM MUSA TEKAD 'BOGELKAN' USTAZ NASHA!!





NASHARUDIN MAT ISA telah mengejutkan Puak2 PAS Pro Erdogan apabila telah mengesahkan untuk bertanding dan mempertahankan jawatan No. 2 di dalam parti. Pesaing beliau, Mat Sabu lantas terus menghubungi beberapa Pemimpin Kanan Pro Erdogan lalu memaki hamun mereka yang sebelum ini memberi jaminan akan memastikan Ustaz Nasha menarik diri daripada terus bertanding. Jaminan itulah yang menyebabkan Mat Sabu tekad untuk mencuba buat kali kedua menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden PAS. Kini Mat Sabu dilihat terpaksa bekerja lebih keras untuk merampas jawatan idamannya. Anwar Ibrahim juga merupakan individu yang turut berang dengan kegagalan strategi yang pada awalnya dilihat hampir berjaya untuk mencantas Pemimpin Puak Pro Ulama' ini. Ustaz Nasha dilihat antara Pemimpin PAS yang tidak menghormati dasar perjuangan yang dibawa oleh Anwar secara sulit malah pernah mendesak agar PAS tidak terlalu memuja Ketua Pembangkang itu yang pernah menghina Perjuangan PAS 1 ketika dahulu.


Powered by Blogger.