May 22, 2011

TIMB. PRESIDEN.. MAT SABU DAKWA DENDAM AL JUBURI BERI PERANSANG!!





Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu tetap tidak berganjak dengan keputusan untuk terus bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS nanti. Beliau mengulas mengenai ura-ura penarikan dirinya bagi memberikan laluan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut bertanding bagi jawatan kedua terpenting dalam parti. Sebelum itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan menarik diri dari merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS. Sehingga ke hari ini, tinggal lagi calon yang bertanding termasuklah penyandang Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau melahirkan keyakinan untuk menduduki kerusi tersebut berdasarkan kepada jumlah pencalonan yang tertinggi setakat ini. Walaubagaimanapun, beliau tidak meletakkan jumlah pencalonan tersebut sebagai kayu pengukur sebaliknya beliau menyerahkan mandat kepada perwakilan kerana mereka yang mengundi pada pemilihan itu.


2 comments:

Marhaen Kacak said...

fuh..mmg hangat pertandingan kali ini

Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat?

Anonymous said...

Mat sabu ni nak sgt jawatan itu demi kelangsungan politik beliau sebenarnya ini kerana byk kali beliau bertanding byk kali tewas serta tiada jawatan apa2 pun dipegang di penang mahupun di kedah dalam mana2 agensi kerajaan negeri.Jadi sekirnaya beliau menang yang pasti nak bertanding kt mane2 tempat yang selamat rasanya

Powered by Blogger.