May 6, 2011

SKANDAL CIMB VS SKANDAL ANWAR!!?





Tidak dapat dinafikan sejak akhir2 ini Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan pelbagai pembongkaran serta pendedahan mengenai soal Skandal yang majoritinya melibatkan Pimpinan Pembangkang. Bermula dengan Skandal Penyelewengan Wang, ianya dijangkiti pula dengan Skandal Moral yang tidak diduga diperlakukan oleh seorang Pemimpin yang disanjung tinggi dan digelar Pahlawan Negara. Siapa lagi jika bukan Anwar bin Ibrahim. Namun, skandal bukan sahaja terikat melibatkan karier Politik semata2. Ianya juga melibatkan beberapa Institusi yang tidak berkaitan termasuklah Institusi Perbankan. Namun, apa yang dipaparkan ini amat mengejutkan malah sehingga kini, pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri terlepas pandang. Mungkin terlalu asyik menggondol dan mengaut harta kekayaan Negeri Selangor sehingga terlupa akan beban yang terpaksa dipikul rakyat. CIMB antara bank yang tersenarai sebagai sebuah perbankan yang terbaik di peringkat global juga tidak terlepas dari apa yang dikatakan sebagai Penyelewengan. Kemudahan Pinjaman Bank yang tanpa disedari akan memberi bebanan kepada kita didakwa telah disalahgunakan oleh Bank ini bagi mendapat keuntungan tanpa batasan. Pinjaman Perumahan merupakan antara Perkhidmatan yang paling mudah untuk diseleweng. Dengan kerjasama sebuah Syarikat Pemaju, hari ini kita dapat saksikan puluhan malah ratusan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan ini terperdaya dengan Perbankan hebat berjenama CIMB. Otai Blogger, Ruang Bicara Faisal (RBF) Online telah mendedahkan pembongkaran sebenar di sebalik penyelewengan ini. KLIK DISINI dan fahami paparan eksklusif dari beliau.


1 comments:

Anonymous said...

Hebat : Minyak dunia turun, minyak malaysia naik!
assalammualaikum

Hebat. Aku taktahu nak cakap macam dah. Negara aku mempunyai pemimpin yang unik. Mereka suka cakap terbalik. Dan mereka juga suka membuat perkara yang terbalik. Kata mereka harga minyak ron 97 ikut pasaran semasa. Kalau minyak dunia naik, maka ron 97 akan turut naik. Baiklah keratan printscreen ini membuktikan perkara yang sebaliknya

Minyak dunia turun. Malahan untuk kali keempat berturut-turut. Ini pelik. Tapi di malaysia kita membaca ia sebagai minyak dunia naik. Aik.. adakah ada bahasa baru yang aku taktahu disini? Tak silap aku pemimpin aku ada ajarkan aku begini ;



Kalau harga barang naik.. jangan sebut harga barang naik tapi sebut penyelarasan harga..

JADI Adakah ini bermaksud kalau harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan anggap ia sebagai satu kenaikan? Hermm entahlah. Harus tunggu kata putus najib terlebih dahulu. Esok dia akan muncul di radio. Wajarkah aku tanya kan soklan neh kepada dia esok?

Disini ada bukti harga minyak dunia turun pada hari bn menaikkan harga ron 97 di malaysia.



3 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 107.65

5 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 106.42

Nampak tak kat mana point yang aku tak puas hati kalau RON97 naik harga.Kalau betul-betul ikut harga pasaran semasa mana boleh jadi ini macam beb.Ni dah melawan fitrah alam.Kena tipu hidup hidup la nampak gayanya.Adehh

Pelik betul orang Malaysia ni kan? Benda macam ni tutup mata,dekat media massa tak ada pun keluar pasal harga minyak naik,tapi bila benda benda porno,cepat saja.Adehhh.Tak lama lagi lah ertinya dunia ni.

Powered by Blogger.