May 28, 2011

PRU 13 BULAN DEPAN!!?





Majlis Tertinggi UMNO memutuskan simulasi pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata semua pemimpin parti akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). “Simulasi (pilihan raya olok-olok) kita akan buat mengikut jadual pada pertengahan tahun ini. Itu (dibuat) berterusan dan akan ditingkatkan dalam usaha kita ke arah PRU-13,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, semalam. Najib bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bagi melaksanakan simulasi berkenaan. Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menekankan semua pemimpin parti utamakan kepentingan rakyat daripada kejar jawatan dalam parti.




0 comments:

Powered by Blogger.