May 14, 2011

PERUTUSAN DAP SEMPENA 13 MEI.. RAMPAS NEGERI2 MELAYU!!





DAP hari ini berikrar akan menawan beberapa Negeri yang majoritinya merupakan Kaum Melayu pada PRU13. Ikrar ini 'secara kebetulan' disuarakan pada tanggal 13 MEI 2011. Ikrar yang dilafazkan oleh Timbalan Setiausaha Organisasi DAP, Vincent Wu. Beliau yang turut mendakwa akan mendesak penambahan kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang turut mendakwa usul ini akan dikemukakan pada Mesyuarat Pakatan selepas ini dan DAP akan memastikan rakan sekutu PAS dan PKR menerima dengan terbuka. Kedua2 parti ini dakwa beliau mesti mengakui bahawa DAP telah berjaya memperkuatkan Pakatan berdasarkan jumlah kerusi Parlimen Tertinggi di kalangan Parti2 Pembangkang. DAP juga dikatakan akan menggunakan PAS bagi meyakinkan masyarakat Melayu terhadap keberkesanan perjuangan parti serpihan PAP tersebut.

(Artikel ini Melayu CinDia paparkan semula setelah ianya tidak berjaya dikeluarkan pada pagi semalam akibat masalah teknikal blogger.com)


0 comments:

Powered by Blogger.