May 29, 2011

PEMILIHAN UMNO VS PRU 13.. BAGI DAP JADI PM JE LA!!





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua ahli parti komponen BN melupakan soal lobi melobi untuk pemilihan jawatan parti masing-masing sebaliknya tumpun sepenuhnya usaha untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang disifatkanya sebagai ‘soal hidup mati parti’. “Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU 13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya. Serentak dengan itu beliau mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang. Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang Ahad beliau berkata BN perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang. "Kalau BN negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat. "Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya. Timbalan Perdana Menteri juga berkata pemimpin BN perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat. Katanya, sememangnya telah terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada BN, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan. Beliau berkata pemimpin BN negeri tidak harus lupa dengan peranan mereka untuk membantu rakyat walaupun landskap politik telah berubah dan mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang.




0 comments:

Powered by Blogger.