May 27, 2011

PEMILIHAN PAS.. NIK AZIZ FATWA HARAM UNDI USTAZ NASHA!!





DIKTATOR PAS, Nik Aziz Nik Mat semakin agresif menggunakan kuasa vetonya di dalam Parti apabila cuba menghasut pihak PAS agar menolak Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Nik Aziz juga mahu setiap jentera yang bertugas menjaga peti undi agar memantau mana2 individu yang mengundi Ustaz Nasha bagi jawatan No. 2 di dalam Parti. Ini kerana Nik Aziz mendakwa, Ustaz Nasha telah menderhaka kepada beliau yang seterusnya dianggap menderhaka kepada Agama Allah. Malah, MB Kelantan itu cuba menjaja nama anak saudara beliau, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diberi peluang memegang jawatan tersebut kononnya mewarisi gaya kepimpinan beliau yang memperjuangkan Islam. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tidak dapat menyokong Mat Sabu kerana dilihat sebagai kambing hitam yang mempunyai niat jahat menghancurkan hubungan baik PAS dan PKR. Ini jelas terbukti setelah beliau bersama Mustafa Ali telah mencemar 'duli' Nik Aziz menonton Video Seks Anwar di Carcosa Seri Negara mewakili PAS. Ada kemungkinan juga dakwaan beberapa pemimpin Pro Erdogan yang mengesyaki Mat Sabu antara Pemimpin PAS yang mengarahkan beberapa jentera mengedar VCD Seks Anwar yang kini semakin merebak ke Negeri Perak. Nik Aziz juga mendesak perwakilan2 agar mengundi calon2 dari Negeri Kelantan bagi setiap jawatan yang dipertandingkan kerana PAS mesti mengakui, Kelantan yang sehingga kini masih bertahan di bawah pemerintahan Parti telah menggunakan tenaga mereka untuk memastikan ianya terus gah dan kuat. DIKTATOR NIK AZIZ..



6 comments:

Anonymous said...

Giler la Nik Aziz ni..ni bukan lagi nyanyuk..dah tahap meraban tibin (giler) kater org Perak.

Sampai biler mike nak idup menongkat langit Pok Nik oiii...udoh-udoh ler berpolitiknya..mike tu udoh tue benor..baik ler berbanyokan amal ibadat jer daripada bercakap yang membukan-bukan....

Lupekan jer la dendam kesumat mike tu pade UMENO..udoh nak mapuih pun berdendam lagi..memangnyer ajer krojer gilerr..

Kubor udoh panggil..marii..marii...ghomah udoh kater ..pergiii...pergiii..lagi nak pegang kuasa MB buat selamanya lagi ker...ajernyer giler ler Pok Nik ni...

Anonymous said...

senang citer..perngai ngalahkan gila babi dah!!! mcm2 fatwa dia keluarkan.

Anonymous said...

Nik Aziz ni berasa dia seorang yang betul. Hai orang-orang Pas, jauhkan diri daripada Nik Aziz ni. Setakat perintah Kelantan entah berapa ramai dah waris-warisnya dan orang bawah dagunya kaya-raya. Daripada motosikal vespa ke wira, wang dari mana?. SPRM tengok-tengoklah siapa yang kaya mendadak di pej MB wara' tu. Berlakon wara', orang ni semua tak betul.

Anonymous said...

Biarlah disini aku kisahkan sedikit kenapa dan mengapa jadi begitu, aku salah seorang penyokong PAS di utara, TGNA hendak mengekalkan kuasa pemimpin di bahagian PANTAI TIMUR sahaja, lihat Ustaz Nasha beliau berasal dari utara dan menang di Bachok, begitu juga Takiyudin orang utara tapi berada dalam kelantan, selepas kematian Allahyarham tuan guru ustaz fadhil dulu lagi dah berlaku sedikit perebutan, terus kuasa dipindahkan ke sana, kerana itu MB ustaz azizan menarik diri, tak akan ada yang akan berani bersuara menentang pendapat TGNA,kerana pengaruh Ketua2 di bahagian utara sgt kuat terutama di Kedah dan Perlis, kerana itu juga TGNA tak akan benarkan calon dari utara akan menang, hanya sekadar naib sahaja, pengekalan kuasa akan terus berlaku sehingga ada nanti Pemuda akan mencalonkan tidak kira dari kawasan manapun sebagai pemimpin utama, cuma masa yg akan menentukan.

Anonymous said...

inilah demokrasi terpimpin dan dipimpin yg sebenar-benarnya...ya...demokrasi terpimpin dan dipimpin kepala hotak dia...kahkahkah

Anonymous said...

Mursyidul Am PAS haprak - tolol lagi bahlul.

Powered by Blogger.