May 25, 2011

PAS SELANGOR SEMAKIN AGRESIF EDAR VIDEO SEKS ANWAR DI SELANGOR!!?





Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang. Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu. Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.




Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam. Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India. Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka. Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini,."

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos. Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India. Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan. Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.



5 comments:

zahari1950 said...

menyebarkan video lucah memang tetap salah dari segi undang-undang juga dari segi agama. Namun jikalau dah pelakunya buat muka tebal dan langsung tak ada perasaan malu, malah dengan selambanya berkata bukan dia yang berlakun apa kata orang ramai?. Macamlah orang ramai buta dan rabun keseluruhannya. Disebaliknya dia pula suka menghina orang dengan tuduhan melulu, kronilah, rasuahlah, rasislah, zalimlah. Menuduh PM terlibat dengan pembunuhan Altantuya tanpa bukti dan bermacam lagi seolah-olah dia maksum dari kesalahan moral. Dia menyakitkan hati umat Islam. Dia berlagak macamlah dia ulamak besar. Kononnya perkataan nama Allah boleh digunakan oleg orang kafir. Sering menipu orang Islam. Bila bercakap depan Islan kononnya dia berjuang untuk islam tetapi bila orang kafir tanya bolehkah orang islam murtad dia kata boleh, itu hak masing-masing. Buktinya Dia sokong Lina Joy murtad. Depan melayu dia membela Melayu. Depan bangsa lain dia kutuk melayu dan membela bangsa lain. Dia pernah kata Malaysia bukan hak melayu. Orang Melayu tak sakit hati ke?. Video sex tu dah keluar kat Internet. Sesiapa juga boleh pastika siapa pelakunnya dan mengedarkannya. Siapakah yang hendak ditangkap dikalangan 27 juta umat menusia di Malaysia yang boleh jadi diantara yang disyaki oleh polis. Jika berani mengata orang jadi dia jua perlu menghadapi tindak balas dari orang juga.

Anonymous said...

ya lah.....ya lah.....

Anonymous said...

Saya pun sependapat dgn Johari..
well said!

Anonymous said...

To Johari...

WELL SAID.

Anonymous said...

bukan johari la..zahari..
aku setuju la cakap ko zahari..

Powered by Blogger.