May 14, 2011

KHALIFAH 18SX.. NIK AZIZ CADANG ANWAR CALON PRESIDEN PAS!!?





Inilah lumrah kehidupan seharian PAS apabila terlalu taksub menggunakan senjata Agama bagi membina benteng kekuatan Politik. Yang bersalah dan dituduh melakukan maksiat, terus ditepis dan dibela bak seorang Khalifah Mukminin tanpa sebarang rujukan Undang2 dek kerana sahabat seteru politik. Yang menjadi musuh, biarpun tidak kelihatan buktinya, terus dihukum dan mengiyakan apa yang didakwa. Diherdik seperti Yahudi yang berjiwa syaitan. Inilah Parti Islam SeMalaysia. Nik Aziz telah menfatwakan bahawa Anwar dijamin akan diheret ke Syurga waimah apa jua kemaksiatan yang dilakukan dari beliau. Sikap Nik Aziz yang membela Anwar melampaui batas diakui sebelum ini menyebabkan beberapa Pemimpin PAS Pro Ulama' kurang selesa, sehingga boleh menjatuhkan hukum Agama. Bayangkan jika pada ketika ini Anwar masih berada di dalam UMNO. Adakah PAS dan DAP akan membela Anwar sedemikian rupa?




Dahulu semasa Anwar bersama UMNO, Mat Sabu dari PAS telah membongkar kemaksiatan yang dilakukan oleh Anwar. Anwar dikatakan bakal menghancurkan Islam jika diangkat sebagai pengganti Tun Mahathir. Bekas kekasih Wan Azizah ini jualah yang mendakwa mengundi Anwar sama seperti menempah tiket ke Neraka. Bukan sekadar Mat Sabu, malah isteri beliau juga mengakui akan apa yang diperkatakan suaminya.

Tak kurang hebatnya juga dengan Pengerusi DAP yang kini menjadi peguam tunggal Anwar, Karpal Singh. Ketika berada di dalam UMNO, Karpal secara sukarela akan membuktikan bahawa Anwar sememangnya melakukan Seks Luar Tabii seperti yang didakwa di dalam buku '50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM'.

Kini Anwar dijulang. Anwarlah segala2 nya. Anwarlah Khalifah. Anwarlah Perwira. Yang salah dikatakan benar. Dipusing2 selagi boleh, asalkan rakyat percaya Anwar itu benar dan tidak ada sesiapa boleh mempertikaikannya. Agaknya jika Najib Tun Razak menyertai Pakatan bersama PAS, bukan sekadar Najib, isteri beliau Rosmah Mansor juga agaknya dijulang.

Butakah kita akan permainan politik ini? Siapa yang kemaruk bermain politik tatkala rakyat dahagakan keamanan, pembelaan malah kehausan pengorbanan pemimpin Negara? Fikir... Fikir..



4 comments:

Anonymous said...

YA ALLAH SELAMATKANLAH PAS DAR ANWAR IBRAHIM...BIARKAN ULAMAK TERUS MEMIMPIN PAS...SYURGA DAN NERAKA ADALAH HAK MU YA ALLAH. TIADA KUASA MANUSIA UNTUK MENETUKAN SYURGA ITU HAK DIA DAN NERAKA UNTUK ORANG BERIMAN. YA ALLAH ENGKAU BERKATILAH TUAN HAJI SAIFUL YANG MENJADI MANGSA LIWAT..BERIKAN KEKUATAN DAN HIDAYAH PADANYA. SAYA SEBAGAI PENYOKONG PAS MENDOAKAN AGAR KUMPULAN ULAMAK TERUS MEMIMPIN PAS..AMIN YARABBAL ALAMIN...NIK AZIZ SILALAH BERUNDUR....JANGAN INGAT BOLEH BERTONGKAT KE LANGIT...

Anonymous said...

Akan Datang Hari Yang Memalukan
seluruh Umat PAS, kerana:
Ulamak mereka tiada mendapat
petunjuk Istikharah yang tepat,
Dan tiada Nur Kasyaf yg dapat
mendorong ke jalan yg BENAR..

Anonymous said...

Nik Ajis dah hilang akal agaknya?

Anonymous said...

apa standard Anuar ?
baik pilih LGE .. kan dia taraf Kalifah ? .. bukan aku yg cakap ya tapi Nik Aziz sendiri

Powered by Blogger.