May 22, 2011

KHALID SAMAD DAKWA HASAN ALI PENCACAI PAS SELANGOR!!?





 


Tawar Hati, Kecewa, Sedih, Sakit Hati... Itu mungkin yang berlaku pada Pemimpin No.1 PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali. Dahulu beliau menjadi ikon PAS Selangor. Diangkat dan dijulang.

Beliau berhempas pulas berkempen memastikan PAS Selangor terus utuh di Negeri tersebut. Beliau nadi kekuatan PAS pada PRU10, PRU11 dan PRU12. Hasan Ali bersungguh2 mengumpul sebarapa ramai jentera PAS bukan sekadar membantu kawasan2 yang ditandingi PAS, malah beliau juga turut membantu memastikan kemenangan diperolehi di kawasan Parlimen dan DUN PKR serta DAP.

Beliau dianggap seorang tokoh PAS Selangor yang hebat dan lantang. Namun itu ketika Pilihan Raya. Hari ini, misi Pakatan telah berjaya. Kerajaan Selangor berjaya ditawan. Hasan Ali dilantik secara rasmi Exco Kanan Negeri mewakili PAS.

Namun, setelah lebih dari 3 tahun memerintah, nama beliau dihina, dicerca dan dimaki dari kalangan Pemimpin PAS sendiri. Kehadiran Khalid Samad benar2 melemahkan kekuatan luaran beliau. Hasan Ali disisihkan dari menyertai mana2 Program anjuran Pakatan.

Tiada nama beliau terpampang dalam mana2 Ceramah Umum di kawasan Selangor. Kehadiran beliau semalam di kawasan Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat memperlihatkan raut wajah beliau yang masih bersemangat kental.

Ramai di kalangan penyokong2 PAS Selangor mendesak beliau terus ke depan dan tidak putus asa. Beliau hanya mampu menjawab PAS tidak lagi memerlukan beliau. Malah tiada nama Hasan Ali tersenarai dalam Pemilihan Muktamar PAS pada tahun ini.

Mungkin benar kata teman2 rapat Khalid Gereja, Hasan Ali hanya sekadar pencacai PAS Selangor.  

KLIK DISINI untuk membaca kenyataan beliau mengenai kejadian tanah runtuh semalam.



1 comments:

Anonymous said...

Kapada Hassan Ali....


Now...you are hopeless/useless in the eyes of hamPAS.
Hope you are aware of that.

Powered by Blogger.