May 15, 2011

KES LIWAT ESOK.. P'DEDAHAN SULIT VIDEO GAY ANWAR-SAIFUL!!?





ANWAR IBRAHIM kali ini berhadapan dengan 1 malapetaka yang maha Besar. Penat lelah Anwar mencipta Kisah (Pembunuhan Altantuya) bagi mengaibkan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak kemunculan semula beliau menjelang PRU 12, akhirnya dituju semula kepada beliau. Malah, Kisah Moral Anwar dibongkar sendiri oleh rakan2 dan sahabat2 seperjuangan dan peribadi. Kenapa semua ini berlaku? Namun, Anwar tetap menyalahkan Datuk Seri Najib walaupun tiada bukti kukuh yang meniyakan tuduhan beliau sekukuh Rakaman Video Seks tersebut. Esok 1 lagi bahana menanti Anwar. Kes Liwat kedua beliau bersama Saiful Bakhari kembali beraksi di Mahkamah. Namun, perbicaraan esok dilihat lebih 'bermakna' buat Anwar. Pergelutan DNA yang cuba dicantas beliau untuk diserahkan kepada pihak Mahkamah, lalu digunakan bukti2 sedia ada. Namun, ada 1 cerita yang diperolehi dari bekas teman2 rapat Anwar di dalam UMNO pada era 1980an. Mereka membongkarkan terdapat sebuah Video Sulit yang sekali lagi akan menelanjangkan Anwar. Video yang membuktikan kerakusan bixesual bekas Pemimpin No. 2 ini akan lebih terbukti melalui Video tersebut. Ianya juga akan mempertaruhkan betapa Rendahnya Moral Anwar yang selama ini beliau tujukan dengan penuh dahsyat ke atas Pemimpin2 UMNO. Namun, biarlah Mahkamah yang mengadili Kes tersebut. Persoalannya, adakah benar kewujudan Video tersebut??




Sahabat2 Anwar pada era 1980an ini merupakan antara Kumpulan yang membawa Anwar ke persada Politik UMNO sehingga berjaya menggenggam jawatan No. 3 dalam Parti sebaris bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Atas nama team Wawasan, Anwar diasak dengan penuh agresif untuk menduduki tangga No. 2 dalam parti. Namun, setelah itu, Kumpulan ini dilupakan begitu sahaja. Anwar membina Kumpulan yang lebih berpengaruh dari kesemua aspek termasuklah wang. Kumpulan ini ditinggalkan Anwar buta tuli begitu sahaja.

Pada ketika itu, mereka tekad tidak akan menyokong kepimpinan Anwar. Malah, mereka pernah diherdik Tun Mahathir kerana bertindak memburuk2 kan semangat setiakawan anak didiknya pada ketika itu. Namun, Allah Maha Berkuasa. Pembongkaran dipertontonkan kepada bekas Perdana Menteri itu sehingga beliau terduduk diam tidak terkata.

Anwar bagi mereka sememangnya manusia durjana. Tidak pernah kenal apa itu sahabat.. Anwar hanya menggunakan rakan sebagai alat menaikkan karier politik beliau. Masalah Moral? Usah ditanya. Lakonan Anwar boleh dijulang sebagai The Best Actor untuk Anugerah Peringkat Antarabangsa. Mereka mendakwa hampir kesemua Pemimpin2 Lama PAS tahu akan kesemua ini. Namun, mereka hipokrit. Sanggup membiarkan kepala maruah mereka dipijak2, kerana mahukan kuasa.

Mengenai Video Gay Anwar? Tidak perlulah dibongkarkan lagi. Tidak perlulah ditanya siapa yang menyimpannya. Cukuplah 1 pendedahan dari kalangan sahabat2 beliau sendiri bernama Datuk Eskay. Mereka sekadar mendoakan agar Anwar insaf.

Siapa Kumpulan Lama di dalam UMNO ini? Melayu CinDia akan perjelaskan di masa akan datang.




1 comments:

anti bohmau said...

kes ni betul2 punya ho liang aaa...

purely between the boss & his coffee-maker! eh! cofee-boy!

tak der sebab nak kaitkan dgn orang lain.

yg melapor: coffee-boy
yg di tuduh: bossnya
yg menanti: mangsa & rakyat keseluruhannya
yg takmo nanti: isteri, anak2 & pencacai tegar
yg untung besar: karpal singh!!!!

cukup2la berselindung disebalik skirt amoi tu!

keadilan bukan hak awak seorang saja.

berilah keadilan kpd yg empunya hak!

Powered by Blogger.