May 8, 2011

KEDAH DI AMBANG MAUT.. USTAZ AZIZAN UGUT RAMPAS TANAH UUM!!





NEGERI KEDAH DI AMBANG MAUT!! Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat kenyataan semalam bahawa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri menolak permohonan UUM untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu,dan pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.




"Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya.

Menurut laporan Bernama, Azizan berkata, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

"Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya.

Pertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008.

Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak.

Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.

Sementara itu, mengenai hasrat UUM untuk menjadikan kawasannya zon bebas cukai, Azizan berkata sekiranya ia terlaksana, kadar cukai tanah yang akan dikenakan sudah pasti akan berbeza kerana tanah komersial cukainya berbeza.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan cukai tanah UUM sebaliknya ia tertakluk pada perjanjian yang dibuat pada 2006.

Menurutnya, UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun, iaitu 2006 hingga 2008, dan bermula 2009 UUM perlu membayar dalam jumlah RM1.2 juta setahun.


7 comments:

Anonymous said...

DAH KITA BAGI KUASA DEKAT KERAJAAN PAS MEMERENTAH NAK BUAT MACAM MANA KALAU DEPA TAK MAU BAGI REBAT.DEPA PUN PERLU DUIT NAK TAKBIR NEGERI.PILIHANRAYA SEKALI NIE PIKIAQ APA NAK UNDI JANGAN DOK UNGKIT LAGI DOSA TAU.

Anonymous said...

Biaq pi apa depa nak kata Ustaz ,bukan depa yang takbir Kedah, depa ingat senangka nak tadbir Kedah,depa boleh lah cakap saja.Cuba mai perentah tengok nak tau sakit ka dak.

Anonymous said...

UUM umum tahun lepas untung RM80juta atas business di atas premis UUM. Apa businessnya kami tak tau, tapi apa yg kami tau memang UUM punyai anak2 syarikat dan business dalam kampus. Tengah untung pun tak mau bayar, sedangkan bapak saya dan rakan2 padi tenggelam akibat banjir pun kena juga bayar cukai tanah, takpun kena ribet. Semua nak 'cemey' mana aci mcm ni. Kami buat bendang pun nak jugak.

Anonymous said...

Gadai segala yang bolih supaya anak bangsa kita bodoh dan puak puak PAS saja yang pandai, mungkin benar juga ada orang cakap PAS ni adalah kalangan orang bangang tetapi satu yang cerdik sikit dari kalangan orang bangang ni ialah nik ajis dan azizan. Patut lah pun sekarang dah terbukti depa saja yang dapat doktor dan ijazah, anak bangsa kita yang lain tak perlu dapat pendidikan demi poket depa perlu masyukkk.

Bebal tak sudah PAS......

jo said...

pindahkan UUM ke Johor atau melaka

Anonymous said...

Pas semakin celaru.. rakyat jd mangsa.. pelajar kat UUM tu pon sokong tindakan negeri, boleh dikatakan kebanyakan pelajar tu anti kerajaan pusat.. pasni klu dah kena bayar lebih kat UUM tu jgn salah kan kerajaan pusat lak.. selama ni depa hanya tgk kelemahan kerajaan pusat jer.. sekarg depa tanggung sendiri.. bak kata bapak aku, budak2 U ni byk yg x sedar diri dan xtau bersyukur.. konon pikir, diri tu dah hebat dan tau permainan politik semasa.. budak2 seperti tu mudah dipergaruh oleh puak2 pas and pkr.. puak2 dap sebagai perangcang.. adakah depa sedar.. tak tau lah.. hermmmm

rohdijasad said...

BUAT PE NAK BISING2, BUAT PE NAK PENING2... KALAU DAH PAYAH SANGAT, PINDAHKAN AJE KE NEGERI LAIN. HABIS CERITA....

Powered by Blogger.