May 25, 2011

HUSAM MUSA UGUT BUNUH PAPAGOMO!!?





Isu demi isu diutarakan. Kesemuanya bagi mendedahkan kebenaran yang sekian lama berselindung di sebalik tabir. Maruah Islam dan Melayu tidak sewajarnya dicemari dengan ketidaktelusan menyalahgunakan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan. Blogger yang dahulu dianggap sebagai sampah media kini digeruni Pemimpin. Pendedahan blogger Papa Gomo mengenai kepincangan di dalam kepimpinan Negeri Kelantan yang menjadi alat untuk penyalahgunaan kuasa Sultan kini digeruni pihak yang dituduh. Ada maklumat yang mengatakan bahawa Papa Gomo semalam telah diugut bunuh oleh individu yang berpengaruh di Negeri kelahiran blogger ini akibat daripada pendedahan tersebut. Bagi yang mengikuti dan melayari blog Papa Gomo, beliau ada membongkar kepincangan peralihan kuasa Sultan Kelantan yang dikaitkan dengan campurtangan politik dari beberapa pihak berkepentingan. Papa Gomo kini diarahkan untuk diberi ugutan yang maha dahsyat bagi menghentikan serta merta pendedahan ini. Keberanian Papa Gomo membongkar isu ini pada mulanya dilihat memakan diri. Akan tetapi, beliau telah mengambil keputusan untuk mengambil risiko tinggi demi memastikan Negeri kelahiran beliau terus terpelihara daripada anasir2 yang boleh melacurkan ketidakadilan Proses Peralihan kuasa Sultan, yang katanya merupakan nadi kekuatan maruah Agama dan Bangsa. Persoalannya, adakah benar berlakunya ugutan seperti yang didakwa?


1 comments:

Anonymous said...

baca kat blog gomo..
gomo dah repot polis. siap ada no hp lagi tu..kejap lagi akan adalah yg disoalsiasat oleh polis. tunggu je la

Powered by Blogger.