May 18, 2011

GELANGGANG SKANDAL SEKS EZAM DAN ANWAR!!?





BEKAS orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohamad Nor sangat gembira jika sekiranya beliau dipilih sebagai saksi pihak pembelaan dalam kes liwat kedua Penasihat PKR itu. Menurut Ezam, beliau akan memberikan kerjasama penuh dan bersedia ke mahkamah bila-bila masa sebagai saksi pihak pembelaan. “Ini peluang yang saya tunggu-tunggu. Saya tidak akan melepaskan kesempatan terbaik ini untuk mendedahkan kebenaran dan menangkis fitnah Anwar terhadap saya selama ini,”katanya ketika dihubungi Agendadaily Isnin malam. Ezam terkenal dengan kelantangannya membela Anwar dalam kes liwat pertama pada 1998/99, termasuk sebagai pengasas bersama PKR dan memimpin sayap pemuda parti tersebut. Untuk maklumat lanjut layari Portal Agenda News.


Powered by Blogger.