May 26, 2011

EDAR VIDEO SEKS ANWAR.. KHALID SAMAD SYAK HASAN ALI T'LIBAT!!?





Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa polis supaya bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua kampung di Selangor. Polis pada masa itu telah memberi amaran untuk menangkap individu yang bertanggungjawab mengedarkan video berkenaan waimah dari kalangan Penyokong BN mahupun PAS. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang diterimanya daripada lapan orang ketua kampung di sekitar Shah Alam, Subang, Klang dan Meru yang mendakwa telah menerima video berkenaan. Cakera video berkenaan – memuatkan rakaman video lucah memaparkan individu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim – diterima oleh ketua kampung berkenaan sejak seminggu lalu. Sebelum ini, 18 orang ketua kampung di kawasan Hulu Selangor dilaporkan turut menerima rakaman video berkenaan. Beberapa Pemimpin PAS juga tidak menafikan mendapat maklumat terdapat beberapa Kumpulan PAS yang turut terlibat mengedar Video Seks tersebut. Ditanya kepada Khalid Samad, beliau enggan membuat sebarang ulasan lalu terus membuka soalan lain. Beliau hanya mendesak agar PAS Selangor tidak bertindak 'Play Safe' dalam membenteras penyebaran Video Seks Anwar yang bagi beliau amat 'memusykilkan'.


2 comments:

Anonymous said...

Ulamak PAS lagi tak mampu melindungi yg hal ini dari ahlinya..Ini pula dia ni... yg orang tak pandang lagi...Kalau lah Mohd Ali terlibat..dia telah menjalankan amanah secara berhenah yg sepatutnya dilakukan pembuat dasar dan pemimpin tertinggi partinya...

Dah masyuuuuk mesti senyap.. tengok bayi yg suci...masyuuuk susu...diamlah dia....

Daleh mendaleh adalah kepakaran PAS... Tapi masyuuk ke Sek Nik Aziz ke.. Sek PAS ke..Parti ke..Masyuuklah namanya....
Jangan berhelah dgn ayat ayat Allah...cukup Daah..FULL STOP. tak faham ..rujuk kamus... bukan penceramah Kamus pulak..

Anonymous said...

kenapalah nak menggelabah ayam sgt org pkr ni? semua menda ni kalau si nuar tu nk settle bukan payah pun. senang sgt.

1. bersumpah laknat ke
2. tunjuk je jam omega mana pi
3. bagi bukti sahih di mana kamu masa tu
4. saman je eskay tu
5. jgn lupa saman la juga nalla, ummi hafilda
6. jadilah gentleman dlm kes saiful

senang... kalau si nuar ni tak buat tabiat hampeh tu semua, hah! apa tunggu lagi? especially part sumpah laknat dan saman org yg terang2 dikatakan menfitnah dia Saman je la. bukannya susah pun. kalau aku la, if aku x buat habis aku berdesup pi buat sumpah laknat tu. nk takut apa? dah tak buat, kan? berdesup jugak aku pi saman org yg fitnah tu... nak takut apa? selama ni bukan JUARA SAMAN ke?

dah semua tu tak mahu buat, yg pengikut bodoh pkr ni nk melalak buat apa? tuan punya badan pun LIAT NAK BERSIHKAN MARUAH DIRI YG HANGPA DOK MELALAK NK BERSIHKAN MARUAH DIA BUAT APA? semut yg kecik pun ada akai lagi besar... malu tau!

Powered by Blogger.