May 29, 2011

DOA MAHATHIR MATI.. SITI HASMAH JUMPA ISTERI NIK AZIZ!!?





ALHAMDULILLAH.. Tun Mahathir telah dikeluarkan dari IJN semalam dalam keadaan sihat akan tetapi dalam kawalan. Ternyata doa2 yang diucapkan dari Puak Totok2 PAS semasa beliau di dalam wad tersebut tidak langsung mendapat respons. Doa yang buruk kepada saudara seIslam sendiri akan 'berbalik' kepada individu yang mendoakannya. Tun Mahathir pulang sambil ditemani isteri beliau, Tun Siti Hasmah yang tekad dan kuat semangat bagi memastikan tanggungjawab beliau sebagai isteri digunakan sebaik2 nya hingga akhir hayat. Sepanjang Melayu CinDia mengikuti perkembangan pasangan ini sejak dari Muda, Tun Siti Hasmah dilihat seorang isteri sederhana namun terlihat tanggungjawab yang dilaksanakan terhadap suaminya sejak mula mendirikan rumah tangga. Beliau sentiasa tidak putus asa sehingga hari ini walaupun usia semakin senja. Siti Hasmah seorang Wanita yang sentiasa menjaga kesihatan dari sebarang penyakit agar beliau mampu menjaga Tun Mahathir. Sukar mencari seorang isteri sedemikian. Apabila wartawan menujukan soalan mengenai doa beberapa Puak Totok2 PAS yang mendoakan agar suaminya mati ketika di IJN, beliau sekadar senyum dan mengucapkan Alhamdulillah.. "Doa yang buruk tidak akan dimakbulkan apatah lagi terhadap sesama Islam. Doa seorang isteri lebih afdal berbanding mereka yang juga sebahagian daripada rakyat Malaysia." Begitu lembut budi bahasa beliau. Emmm.. Melayu CinDia teringin untuk menemui Bonda Siti Hasmah. Banyak perkara yang hendak Melayu CinDia ketahui tentang beliau. Sebelum ini Kumpulan Totok2 Penyokong Nik Aziz dengan nada emosi mengakui sentiasa mendoakan agar Mahathir dicabut nyawanya dengan segera. Malah, itu merupakan salah 1 doa mereka setiap kali PAS menganjurkan Solat2 Hajat. Mereka mendakwa tindakan ini selari dengan kenyataan Nik Aziz yang mendakwa Tun M yang menolak PAS samalah seperti memusuhi Hukum Allah. Lalu Diktator PAS ini berkata wajib bagi setiap Muslim melaknat golongan2 sebegini. Akan tetapi, mereka terlupa... Nik Aziz pernah menjulang Mahathir sebagai Pejuang Islam Alaf Baru dan merupakan satu2 nya Pemimpin Negara yang lantang mengkritik Zionis.




7 comments:

hilbert said...

Salam bro,

syukurlah Tun M sudah sihat, semoga beliau aktif semula dengan beberapa program yg telah beliau susun..

Anonymous said...

ALHAMDULLILAH TDM dah sihat, semoga di pangjangkan umurnya..

Harap GRakyat dapat tumpukan lebih sikit kepada isu semasa seperti isu pemberian scholarship.. nampaknya kaum lain dalam bn pun dah mula naik tocang nak minta lebih lebih pasal scholarship JPA tu.. kalau komponent dia tu kuat dalam BN takpelah jugak.. ni dah nak mampus tapi nak mintak macam macam..

Kalau ikut 4000 scholarship yang diberi.. 1400 kaum cina.. nak mintak berapa banyak lagi.. supaya equal 2000 melayu dan 2000 kaum cina dan lain lain.. berapa banyak kaum lain kat malaysia ni.. ada 50% ke???.. adil ke macam tu.. kalau macam tulah, tidak kah hak orang melayu tak di cabar dalam bidang pendidikan ini.. dahlah tu, berapa org sangat kaum lain yang menyokong umno / bn yang menjaga
hak org melayu ni..

Pikirlah jugak apa akan jadi kalau PKR dan DAP dapat kuasa nanti..

Anonymous said...

harap DS siti rosmah dpt mencontohi sifat Tun siti hasmah..xperlu nk terlalu aktif..

Tuan Tanah said...

Alhamdullilah..dah macam2 juak2 pembangkang ni doakan kat Tun tapi dia tetap diberi kesihatan oleh Allah..Ya Allah kau ampunkanlah dosa2 besar dan kecil Tun sekeluarga,panjangkn lah umur mereka,berikanlah kesihatan pada tubuh mereka dan berkatilah hidup mereka ini didunia dan diakhirat mu ya Alllah...Amin

Anonymous said...

GR
Sy pernah berpeluang berjumpa dengan Tun Hasmah semasa beliau masih isteri PM. Dapat ambil gambar duduk berdua lagi. Sebagai rakyat biasa saya rasa sangat terharu sebab peribadi beliau yang tidak sombong, lemah lembut dan bersifat natural. Beliau nampak lebih segar dan kecil molek dari dalam gambar. Rasa sy kasut dia saiz 4 je.

Muga Tun M dan Tun Hasmah sentiasa didalam rahmat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, Amin.

Anonymous said...

Kalau orang tu mengeluarkan fatwa yang gila-gila maka dia memang sah gila walaupun tak mengaku dirinya gila. Tentang Nik Aziz tu saya tak tahu nak ulas apa.

anti bohmau said...

FATWA YG BAKAL MEMAKAN DIRI....

Powered by Blogger.