May 30, 2011

DEWAN ULAMA' UGUT NIK AZIZ!!? LETAK JAWATAN ATAU KAMI PECAT!!





Belum lagi Muktamar berlangsung, kehangitan Pemilihan Parti semakin membuak2 di kalangan ahli2 PAS terutamanya di peringkat akar umbi. Pemilihan tahun ini memperlihatkan jurang perbezaan ketara di antara Puak Pro Ulama' dan Pro Seks Anwar di dalam PAS. Pada ketika ini juga, matlamat perjuangan Parti ini telah menjadi seolah2 mempunyai 2 Piagam. Nik Aziz seorang yang bukan sahaja dijulang dan dihormati, malah menjadi rujukan bagi melaksanakan Perjuangan PAS. Kini tidak lagi. Beberapa AJK Dewan Ulama' PAS sekitar Selangor dikatakan sedang mengatur strategi mendesak Mursyidul Am PAS itu meletak jawatan serta merta pada Pemilihan tahun ini. Bagi mereka, inilah masa yang amat sesuai buat beliau untuk berbuat demikian sebelum Puak Pro Ulama' semakin hilang hormat atas tindakan Nik Aziz yang berlebih2 an menyokong dan menjulang Anwar tanpa sebarang usul periksa. dan rujukan Majlis Syura pimpinan Dewan Ulama'. Walhal salah 1 sayap Parti ini bertindak sebagai institusi paling penting di dalam PAS, namun kini ianya dapat diperumpamakan seperti yang pernah didakwa Nik Aziz 1 ketika dahulu, Ulama' Kerajaan UMNO.. sekadar menjadi Pra Syarat simbolik kepartian. KLIK Read More di bawah Artikel ini bagi melihat pembongkaran Ulama' PAS tentang kemaksiatan Anwar yang merosakkan Kerajaan UMNO.








Mereka tidak meniyakan dan menyokong tindakan beberapa individu yang membongkar Video tersebut akan tetapi kenyataan2 yang dibuat secara terbuka terus memberi kepercayaan 100% terhadap Anwar. Bagi mereka, sewajarnya PAS merujuk semula kenyataan Setiausaha Agung Parti, Mustafa Ali yang menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab dan PAS sendiri akan menyatakan pendirian setelah laporan tersebut selesai dan dikeluarkan.

Namun apabila Mustafa dimarahi Azmin, tidak ada seorang pun dari kalangan pimpinan Parti yang memperthankan tindakan beliau melainkan Ustaz Nasha, Mat Sabu dan Ustaz Harun Taib. Puak2 Pro Seks Anwar dilihat bebas membuat sebarang kenyataan yang telah mempengaruhi asas pokok perjuangan PAS. Isu Anwar ini telah dibela bermati2 an dari PAS. Persoalan mereka, apa akan berlaku jika individu di dalam Video tersebut benar2 Anwar? Bukankah kesemua ahli terpaksa menanggung dosa atas pendirian memuja Anwar?

Pemimpin2 Dewan Ulama' PAS peringkat bawahan tidak menuduh Anwar melakukan maksiat tersebut. Malah PAS sendiri akan tampil mendesak agar Kerajaan Pusat bertindak mengikut saluran yang betul bagi melakukan siasatan tersebut. Akan tetapi, Bukan pihak PAS Pusat mengadakan Majlis Syura, sudah ramai di kalangan Pemimpin tertinggi PAS membuat kenyataan terbuka menyokong Anwar.

Mereka meminta agar kesemua ahli PAS muhasabah diri dan merenung kembali janji Anwar ketika mula2 menyertai UMNO. Beliau mendakwa mahu mengislamkan ABIM. Namun, UMNO tetap dengan Perjuangan asal, Anwar pula yang semakin berubah dan rakus menghina PAS pada ketika itu. Kenapa kini Pemimpin PAS menjulang Anwar setinggi langit ke 7?

Oleh itu, mereka akan memastikan majoriti Perwakilan akan membawa isu ini ketika sessi Ucapan Muktamar. Mereka juga akan membuat 1 kenyataan rasmi berkenaan isu ini kepada Ketua Dewan Ulama' sebelum di bentang pada Muktamar. Walaupun mengetahui usul kedua ini tidak akan berlaku, namun mereka nekad akan turut menyenaraikan Nik Aziz antara Pemimpin yang wajib berundur.




3 comments:

baem said...

Salam,sudilah sekiranya pihak admin blog gelombang rakyat meletakkan blog saya di blog tuan admin.Kesudian admin amat-amat saya hargai.Terima kasih

http://www.utusansarawak.co.cc

Moshe said...

PAS wajib kembali kpd perjuangan asalnya iaitu menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini bukan menegak kan Anu'ar dan N.ajis wajub berundur kerana manusia macam ni tak patut di hormati atau di sanjung kerana telah buta hati. Juak juak Anu'ar dalam PAS wajib di ketepikan kerana mereka mereka ni penting kan duniawi. Kembali lah PAS ke jalan lurus "ihdinash shiroatal mustaqiim ,shiroathal ladziina an'amta 'alaihim,ghairil magdhubi alaihim waladhdhaalliin, amin."- Tunjukanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah engkau sediakan bagi mereka yg tidak di benci atas mereka dan tidak yang sesat.

Anonymous said...

buat EGM terus utk singkirkan nik aziz dr jawatan tu,ADA berani ker

Powered by Blogger.