May 23, 2011

DEWAN ULAMA' PAS TEKAD UGUT DAP TERIMA HUKUM HUDUD!!?





Kedengaran semula berlegar mengenai Hukum Hudud dari kalangan PAS setelah ianya semakin dilupakan. Walhal Hukum inilah dijadikan senjata utama yang membuktikan bahawa UMNO itu kononnya Kafir. Dikatakan ada usaha dari beberapa Pemimpin Dewan Ulama' PAS yang akan mengusulkan agar meletakkan tanda aras mengenai Hukum Hudud. Mereka juga akan mengusulkan desakan agar rakan2 Komponen iaitu PKR dan DAP menyatakan pendirian penuh mengenai perlaksanaan Hukum Hudud yang telah sekian lama disembunyikan dari PAS. PAS kata mereka telahpun menunaikan janji mengikut rentak dan nada irama strategi PKR dan DAP. Maka menjelang PRU13, PAS sewajarnya telah bersedia menampilkan semula aura parti tersebut yang menjadi kekuatan perjuangan. Mereka mendakwa perkara tersebut sebenarnya amat sesuai dilaksanakan pada masa kini setelah ramai di kalangan kaum Bukan Muslim yang telah mula menerima PAS sehinggakan parti ini mampu menubuhkan Dewan Penyokong PAS sebagai salah 1 sayap parti. Persoalannya, adakah isu ini akan memperlihatkan semula tercetusnya kemarahan di kalangan parti tersebut? Bagaimana Anwar sebagai kepala Pakatan mampu mengelak sekali lagi daripada terus mempersoalkan Hukum Hudud?



4 comments:

Anonymous said...

Hukum Hudud hanya sekadar permainan lidah para pemimpin PAS..kemana perginya Hukum Hudud PAS Terengganu dan Hukum Hudud PAS Kelantan yg telah diluluskan dulu..mengapa tidak dilaksanakan ??? Takut ??? Takut kepada siapa ???

Kalau takut kpd Tun M, dia dah suruh PAS Kelantan laksanakan dulu di Kelantan..tapi sampai sekarang tidak laksana. Sudah lebih 20 tahun rakyat Kelantan tunggu kerajaan PAS tunaikan janji untuk laksana Hudud.

Dalam Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia. Ini bermakna orang Islam di Malaysia berhak melaksanakan semua perkara yg berkaitan dengan agama termasuk Hukum Islam yg menyeluruh termasuk Hukum Hudud..

Sekira PAS masih takut dan ragu2 untuk melaksanakannya, UMNO sepatutnya mainkan paranan untuk melaksanakan kerana Islam bukan agama hak milik PAS. Tak perlu kita cakap tentang perpaduan Melayu lagi dgn PAS. Laksanakan saja Hukum Hudud dan tinggalkan PAS bersama DAP dan Anuwou...Insyaallah UMNO akan mendapat sokongan padu umat Islam..

Pak Pandir Jr

Anonymous said...

PAS tak berani pun nak cakap kuat-kuat bahawa HUDUD adalah dukungan mereka. cakap bisik-bisik berani la Nik Aziz tu. aku harap Nik Aziz turun kali ni. kalau dia turun, aku undi PAS semula, tu pun kalau PAS dapat aku pastikan berada atas jalan orang-orang yang Allah tunjuki hidayah, bukan jalan orang-orang yang Allah murkai...aku sokong Pak Pandir Jr...wanapit...

Anonymous said...

Dalam isu hudud ini PAS lebih takutkan manusia dari takutkan Allah. Janji Abuya Hadi sebelum PAS dapat perintah Terengganu pada tahun 1990 hukum hudud akan dilaksanakan sebelum ayam berkokok keesokkannya sekiranya PAS dapat perintah Terengganu. Apa jadi dengan lelongan dan jualan murah hudud Abuya Hadi dan juak-juak Ulamaknya. Yang dilaksanakan bukan hukum hudud tapi mandi junub yang bertambah selepas kahwin dua.

Anonymous said...

berani ke? tak payah suruh taiko dap. ronnie liu jerkah pun sure kecut. buat malu je

Powered by Blogger.