May 24, 2011

DEDAH.. ANWAR & DATUK ESKAY BUKA BISNES PELACUR DI THAILAND!!?





Beberapa kenyataan terbaru Sahabat Karib Anwar Ibrahim iaitu Datuk Eskay telah menyebabkan Ketua Pembangkang yang digantung itu semakin menemui jalan buntu. Datuk Eskay telah mendedahkan beberapa aktiviti dan kegiatan Anwar sepanjang beliau bersama dengannya. Akan tetapi, tidak semua perkara beliau akan memberi kerjasama. Datuk Eskay telah membongkar beberapa kegiatan Anwar di Thailand yang telah menimbulkan kemusykilan beliau sendiri. Anwar dikatakan amat memerlukan khidmat beliau untuk melaksanakan agenda dan kegiatan tersebut. Namun katanya, tidak semua kegiatan tersebut dipersetujui beliau dan sejak itulah beliau baru mengenai 'wajah' sebenar individu yang dianggap sebagai Pemimpin yang dijulang sebagai Pejuang Rakyat. Malah ketika pertama kali menemui Anwar, beliau begitu teruja dan segan pada masa yang sama kerana menganggap Pemimpin ini tinggi moral dan berwatakkan Islam. Namun realitinya, semua itu hanya palsu. Datuk Eskay juga mendakwa Anwar sendiri pernah mengakui begitu panik dan menggelabah apabila ditimbulkan isu berkenaan kegiatan seks Anwar di luar Negara. Datuk Eskay apabila mengetahui salah 1 hobi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau terus hilang hormat dan menganggap Anwar hanyalah seorang Pemimpin Penipu. Beliau juga berpesan kepada Anwar agar menghentikan segala penipuan2 yang telah dilakukan darinya kerana bagi beliau, kejujuran adalah kunci kejayaan dan masyarakat akan menghormati Pemimpin yang Jujur. Bukan seorang pemimpin yang kotor dan jijik, akan tetapi berselindung di sebalik lakonan hebat berwatakan Muslim yang berakhlak. Persoalannya, apa kegiatan Anwar di Thailand? Jangan baca yang lain, akhbar Utusan Malaysia telah mengeluarkan 1 temuramah khas bersama beliau hari ini. BELI UTUSAN MALAYSIA SEKARANG!!


0 comments:

Powered by Blogger.