May 23, 2011

CALON MELAYU DAP HALAU KESEMUA ADUN PAS PERAK!!?





Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Katanya, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.



"Mereka telah mencari jalan supaya calon-colon (orang Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi." Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP.

"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya menteri besar itu dari DAP," katanya. Beliau berkata di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu. Katanya strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya. Ahmad Zahid mengingatkan Umno dan parti komponen BN yang lain, supaya berhati-hati dengan taktik secara berstruktur dan sistematik yang dilakukan oleh DAP itu.

"Kita jangan berada dalam zon yang selesa dengan tindakan yang dilakukan DAP, saya ingatkan orang Melayu jangan jadi tali barut kepada DAP, sama ada mereka menjadi calon secara langsung atau rakan yang bersekongkol di bawah pakatan rakyat," katanya. BERNAMA.


4 comments:

tabligh said...

Salam Gelombang,

Rancangan DAP sangat memberhaya. Agaknya,mereka telah menghidu dengan membaca beberapa blog penyokong kerajaan yang mendesak UMNO mesti meletakkan calun Melayu pada semua kawasan majoriti Melayu.

Jika ini terjadi;maknanya UMNO masih lagi meletakkan calun bukan Melayu bagi kawasan majoriti Melayu,berkemungkinan DAP akan letak calun Melayu.

Tetapi,tak tahulah jika orang-orang Melayu sebodoh itu;mengundi DAP Melayu,jika berlaku sedemikian.

Sila baca postings terbaru saya:

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/05/undi-pengganti-pedang-digunakan-untuk.html

YB Raz said...

tak payah ingatkan puak pkr dan pas tu..mereka tu semua talibarut komunis.elok disula sampai mati.

kita orang melayu ni perlu sentiasa sedar..kaum pendatang sedang cuba menawan negara..mereka tahu untuk tawan dengan senjata, mereka akan kalah..jadi mereka tawan melalui politik dan demokrasi..

red said...

PRU yang lepas pon menunjukkan PAS adalah gabungan terlemah didalam pakatan rakyat, dimana jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS adalah paling sedikit jika dibandingkan dgn PKR dan DAP...

PAS akan terkubur, jika DAP guna stratgy letak calon melayu di kwsn melayu...

Anonymous said...

seandainya ada calon melayu dalam DAP maka dia merelakan maruah dpercacaikan oleh kafir Harbi, dia juga merelakan agama rasmi ditukar, kita lihat dan tunggu siapa mereka yg merelakan diri menjadi barua2 cina DAP.

Powered by Blogger.