May 9, 2011

BUKTI KHALID GAGAP SAKSI KEDUA PELACUR CHINA DOLL!!





KENYATAAN MEDIA GERAKAN ANTI PENYELEWENGAN SELANGOR (GAPS) - Selangor tidak memerlukan seorang pelaku video lucah sebagai Penasihat Ekonomi. Dihujahkan disini 15 dalil pelaku video seks tersebut adalah Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. 1. PENGESAHAN WARTAWAN KANAN. Kumpulan pertama yang menonton video ini adalah wartawan kanan beberapa buah media cetak, elektronik dan maya. Mereka mengesahkan pelaku dalam video itu adalah 200% Anwar.



2. OMEGA. Jam omega anwar ditemui dalam bilik hotel itu.

3. DNA. Anwar sehingga kini takut dan tidak mahu memberikan DNA nya, bagi mengesahkan yang jam itu bukan miliknya.

4. SUMPAH. Datuk Eskay telah bersumpah mubahalah sebagai keinsafan bahawa apa yang dia bongkar adalah suatu kebenaran. Namun sehingga ini anwar takut dan kecut untuk melakukan sumpah mubahalah untuk menafikan kebenaran Video itu.

5. POLIGRAF. Sehingga ini anwar takut dan kecut serta tidak berani melakukan ujian tidak menipu.

6. DATUK ESKAY. Dia adalah sahabat baik Anwar. Dia berada di dalam video itu, dia membawa masuk gadis idaman anwar itu. Dia yang membongkar video itu.

7. PELACUR CHINA DOLL. Pelacur itu berasal dari China, dia adalah seorang pelajar IPTS yang buat kerja sambilan.

8. MANAGER CHINA DOLL. Dia adalah orang yang membawa china doll itu kepada Datuk Eskay.

9. CCTV. Cctv hotel apartment itu merangkam dengan jelas kelibat anwar datang dan pergi dari hotel itu.

10. TWITTER. Anwar nak gunakan alibi yang waktu itu dia sedang melayan twitter. Bila di periksa twitter Anwar didapati ada selang 2 jam yang twitter Anwar "diam". Ya waktu itu dia sedang sibuk memuaskan nafsu syahwatnya.

11. PAKAR VIDEO. Pakar video dalam dan luar negara mendapati video itu adalah 100 % betul.

12. BUKAN SUPERIMPOSED. Pakar filem menyatakan teknologi superimposed untuk filem atau video masih belum ada. Mereka berpendapat adalah mustahil untuk video superimposed apatah lagi untuk pergerakan seks selama 22 minit.

13. BODY LANGUAGE. Anwar menjadi manusia yang sangat takut semacam apabila isu ini di bongkar oleh Datuk Eskay. Kenapa ? Semua rakyat sudah tahu jawapannya.

14. AMK PKR. Perbuatan AMK PKR yang menghasut rakyat untuk menentang usaha Datuk Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul adalah usaha desperado Anwar untuk menafikan hak Datuk Eskay yang mahu membongkar kebenaran.

15. PAPAGOMO. Papagomo.com merupakan blogger amar maaruf nahi mungkar yang paling berani membongkar video ini di alam maya. Kini rakyat boleh menonton dengan jelas lakonan seks penasihat ekonomi Selangor itu di banyak medan maya.

Dengan 15 dalil ini Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri atau Menteri Besar Selangor wajib memecat Anwar dari jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
5 Mei 2011

7 comments:

Anonymous said...

sibukla khalid nak cabar orang yg tak buat salah. tu yg husam pi cabar eskay, eskay dah sambut why bos anugerah tuhan depa tak mahu sambut. sambutlah dulu cabaran timbal balik eskay atas usul si husam tu... kalau x mampu nk sahut cabaran mcm anak jantan... dah dok diam2... hidup jgn menyusahkan org la. kalau dah menyusahkan tu lbh baik mati je cepat...

Marhaen Kacak said...

sian pecacai2 pertahankan boss mereka bermatian

Hikayat Lubang Najis: Umat Melayu Islam Mesti Baca!!!!

Bingai @ Bangang said...

kalau khalid takda telo nak pecat nuar, suruh khalid tu jer letak jawatan!!!

Anonymous said...

Fitnah dan mengaibkan orang dan bertentangan dengan Alquran dan hukum Islam.
Masa nya akan tiba bagi kamu menerima pembalasan ALLAH. Sebelum terlambat insaf dan bertaubat.

Anonymous said...

membuka aib orang yang bernafsu besar nak berkuasa walaupun punya moral rendah lebih kecil dosanya berbanding dosa orang yang sengaja melindungi kemungkaran demi kerana sama2 nak berkuasa.


Keranji Pahit

Anonymous said...

TIDAK AKAN TERBUKA AIB SESEORANG MANUSIA TANPA IZIN ALLAH..
MAHU MENAFIKAN QADAK DAN QADAR-NYA? DI MANA IMAN ANDA?

Anonymous said...

ya allah...geram btoi bila baca komen org yg menulis......" fitnah dan mengaibkan org bententangan dgn alquran dan hukum islam..."...mmg benar dan BENAR itu sagt bertentanagn dgn hukum islam dan al quran...tp adakah kita yakin benda itu firnah....mcm2 mana hampa semua tau benda tu fitnah....kalau benda tu betoi..nak ka hampa semua bersekongkol menyokong org yg berzina....so tlg jgn dok ulang ayat fitnah dan aibkan org....FIKIRKLAH INILAH PETUNJUK ALLAH......mcm sorg tu ckp...."TIDAK AKAN TERBUKA AIB SESEORG DGN IZIN ALLAH...."...so now terbukti...ALLAH DAH BUKA AIB SESEORANG....tandanya apa?....1 per 1 aib dibuka....** sbb dulu AI bnyk mempfitnah org...menjahanamkan bangsa dan agama...sekranag ALLAH dah tunjuk kekuasaaannya..buka PEKUNG dia AIB DIA....jd penyokong AI..tlg la sedar benda ni...jgn nak menuduh org lain fitnah atau buka aib AI....tp ALLAH sendiri yg buka...semua ni berlaku dgn izin ALLAH....** pengikut setia dan totok2 pas pkr dap..semua dah sesat gamaknya....cuba fikir rasional....akhir zmn..ALLAH " telanjangkan" hambanya di khalayak ramai....takpayah tunggu di akhirat utk ALLAH "telanjangkan depa"....

Powered by Blogger.