May 11, 2011

65 TAHUN.. INGATLAH JASA SEKS ANWAR DI DALAM UMNO!!





65 TAHUN.. Tidak diduga sebenarnya. Di saat Pemimpin2 UMNO leka berpolitik, leka menguruskan Negara, hari ini merupakan Hari Ulang Tahun Parti yang ke 65... Kelihatan semakin berusia. Jika dihitung, UMNO hanya tua setahun dibandingkan dengan usia Anwar Ibrahim. Eh? Kenapa disebut Pemegang watak Video Seks itu? Jangan dilupa, Benci ataupun tidak, malah jijik hendak disebut sekalipun, Ketua Pembangkang itu pernah bersama parti ini. Dalam jangka hayat selama 65 tahun, 16 tahun daripadanya diisi oleh beliau. Daripada seorang Pemimpin jalanan, dikutip Tun Mahathir untuk bersama beliau mengemudi Parti yang dikatakan keramat ini. Terfikir sejenak... Apa sisa2 yang ditinggalkan oleh Anwar ketika beliau bersama UMNO?



Anwar Ibrahim.. Sebelum menyertai UMNO, iaitu pada awal 1982, beliau menjadi rebutan pemimpin2 PAS. Malah Presiden PAS pada ketika itu sanggup berundur dari terus memegang jawatan yang dipegangnya hanya semata2 untuk memberi laluan kepada Anwar. Betapa hebatnya bekas Presiden ABIM pada ketika itu. Anwar sememangnya mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Pemimpin2 PAS. Lantas tersebar ura2 yang mengatakan Anwar akan menyertai UMNO. Habis kecoh dicanang sehingga PAS panik lalu mengadakan sessi rombongan menemui sahabat mereka itu. Anwar, sehari sebelum mengisytiharkan diri menyertai UMNO, bersumpah dan berjanji, tidak akan sesekali mengkhianat sahabat2 beliau dan akan menyertai PAS. Namun, PAS ditipu dan tertipu. Di hadapan media2 rasmi Kerajaan, Anwar mengumumkan secara rasmi menyertai UMNO.

Penyokong2 Anwar di dalam PAS berteriak menangis, ada sehinggakan nyaris2 histeria mendengar pengumuman Anwar. PAS putus harapan. PAS dilihat tiada masa hadapan. Namun, Mat Sabu yang sekian lama mengetahui penipuan Anwar mengisytiharkan Anwar merupakan Musuh Politik PAS. Usah dijulang lagi Anwar. Mat Sabu mengumumkan Anwar Ibrahim adalah musuh politik PAS sehingga akhir hayat.

Mahathir dilihat begitu mempercayai Anwar. Tidak sampai setahun jagung, Anwar diberi laluan untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sudah tentu beliau menang. Beliau bergandingan bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada ketika itu. Anwar pada ketika itu mendakwa beliau dan Najib merupakan gandingan yang 'mantap' pada ketika itu. Apa jasa Anwar ketika memegang jawatan KP UMNO Malaysia? Tergamam membisu. Tidak nampak jasa beliau. Beliau sendiri yang memuji diri sendiri mendakwa telah menubuhkan Bank Islam dan membuka cawangan Universiti Islam Antarabangsa. Walhal kesemua itu adalah cetusan ilham dan dilaksanakan oleh Tun Mahathir. Anwar sekadaar diberi peluang menguruskan kedua2 Institusi ini.

Anwar dijulang sebagai tokoh Melayu / Islam yang lantang dan rasis. Keberanian beliau melalui pertuturan dan ucapan memukau masyarakat Melayu yang mendengarnya. Jatidiri terserlah melalui gaya pemidatonya, teknik 'khayalan' yang sangat berbisa dan jika tidak dikawal, kita yang mendengarnya akan terus menjadi salah seorang peminatnya.


Pada era 1980an, Anwar begitu drastik meningkat naik dalam arena politik UMNO. Jawatan Kabinet yang dipegang beliau silih bertukar ganti. Begitu hebat Tun M meletakkan Anwar sehinggakan mereka yang mengikuti perkembangan Anwar, tidak terkejar mengikut arus deras politik beliau. Sehinggalah di akhir 1980an, Anwar tidak sampai 10 tahun di dalam UMNO, telah dijulang memegang jawatan Naib Presiden Parti, sekali lagi, bergandingan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak. Jasa Anwar? Tidak nampak. Hanya dilihat seorang pemimpin Melayu / Islam yang punyai masa depan yang cerah akibat pertuturan melalui ucapan yang membangkit semangat Bangsa dan Agama yang begitu tinggi. Sehingga bangsa2 lain takut melihat beliau.




Anwar semakin alpa akan sahabat2 nya di dalam PAS. Yang dahulunya dikatakan beliau sebagai sahabat yang dibawa sampai ke syurga. Anwar menghina sahabat2 beliau di dalam Parti itu lebih teruk dari Pemimpin2 UMNO sendiri. Anwar menganggap DAP Bapa secara rasis. DAP dikatakan Anwar akan memusnahkan orang2 Melayu. Anwar dilihat begitu taksub dengan perjuangan Bangsa sehinggakan sanggup menghalau orang2 Cina di Malaysia jika beliau tidak diterima sebagai Perdana Menteri oleh kaum tersebut. PAS dan DAP dihina dan beliau dilihat jijik mendengar nama apatah lagi perjuangan kedua2 parti tersebut. PAS dan DAP akan rasa perit apabila menonton Video yang dipaparkan seperti di atas.

Anwar seolah2 telah mengubah wataknya dengan begitu berbeza. Bak kata Mat Sabu, kelihatan watak syaitan Anwar yang selama ini disembunyikan demi menjaga kepentingan politik. PAS mengisytihar Anwar sebagai musuh politik yang boleh membawa Malaysia ke pintu Neraka. PAS tekad, tidak akan sama sekali bersama Anwar. Malah Hadi Awang sendiri mengakui, Anwarlah yang telah mengkafirkan UMNO.

Anwar begitu gopoh. Merasakan diri sudah terlalu hebat dan kuat. Lalu tidak sampai 10 tahun, pada 1993, Anwar berhasrat untuk bertanding bagi jawatan No. 2 di dalam Parti. Pada mulanya, Anwar menafikan sekeras2 nya dan menyanjung tinggi jasa dan pengorbanan Tun Ghafar Baba. Namun, itu hanyalah 'ayat politik' semata2. Tun Ghabar tewas dengan 'ugutan' Anwar. Akhirnya, Anwar menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jasa beliau? Hanya dilihat pemimpin yang disayangi Tun Mahathir. Dilihat menumpang strategi dan pembangunan yang dirancang Tun Mahathir.

Pada tahap ini, Anwar memulakan lakonan beliau. Moral Anwar dijulang dan dicanang oleh totok2 beliau di dalam UMNO pada ketika itu. Anwar sudah mula mengatur strategi menguasai kesemua media yang kini dikatakan Anwar sebagai Media Perkakas UMNO yang jijik. TV3 dan Berita Harian merupakan 2 saluran Media yang dikuasai beliau pada masa itu. Ke mana sahaja Anwar pergi, Aktiviti2 politik, Kerajaan waimah peribadi sekalipun dirakam dan dijadikan liputan khas bagi kedua2 Media ini. TV3 terserlah kelihatan pada masa itu. Setiap kali siaran Buletin Utama ke udara, Anwar dijadikan sebagai laporan utama. Liputan2 Anwar dibawa stesen ini ke mana sahaja, waimah di Luar Negara. Tatkala Mahathir menghentam Kerajaan US akibat kekejaman mereka membantu zionis Israel merampas Palestin, Anwar dijulang oleh Kerajaan tersebut seperti Perdana Menteri Malaysia.

Anwar hilang kawalan dari semua sudut. Akhlak hanya menjadi pendinding kekuatan politik. Di luar dilihat seorang Pemimpin Islam harapan Dunia. Pabila dikaji batinnya, penuh dengan kekotoran yang menjijikkan. Namun, Anwar berjaya memastikan Media terus bersamanya. Namun kesudahannya, perlakuan Anwar dibongkar.



Mahathir terduduk melihat di depan mata bukti2 yang dikemukan. Tidak diduga inilah rupa2 nya manusia yang dijulang beliau, menjadi harapan masa depan Negara. Remuk dan berkecai hati insan yang dianggap beliau sebagai anaknya sendiri. Mujur isteri tersayang berjaya menenangkan emosi beliau. Pemimpin Islam yang dilihat Mahathir rupa2 nya hanya lakonan semata2. Video di atas hanya 1% sahaja daripada pembongkaran akhlak dan moral Anwar.

Mahathir tekad Anwar mesti dibuang. Anwar mesti dibawa ke muka pengadilan. Walaupun terpaksa menghadapi risiko yang tinggi, Anwar mesti didakwa. Walaupun Anwar pada di saat2 akhir sebelum dipecat cuba mengambil hati beliau, tekad telah diputuskan. Demi Agama, Bangsa dan Negara.

BERSAMBUNG SELEPAS INI... ANWAR PERNAH AJAK PAK LAH CANTAS MAHATHIR!!?


3 comments:

Pendekar Siber said...

Salam,

Al-Juburie masih tak sedar siri. Semoga Tuhan memberikan petunjuk kepada 'Anugerah Tuhan' ini.
Juga mohon dilink ke blog tuan.
www.pendekarberapi.blogspt.com

Terima kasih

Pendekar Siber

arora said...

good entry..

Mr. cUrB-uP said...

kah kah kah...

ape la blogger UMNGOK ni...

cuba la jawab ISU rasuah...
isu SPRM...

ni sume dok fokus sangat pasal ANWAR ni apa pasal???

TAKUT ka sama anwar???

kah kah kah...
da tentu anwar tak dapat liputan dalam Berita Hairan...Utusan MELOYA....tv3SUKU...

ape nak takut sama dia??

ingat bila lu orang fitnah2 semua ni,orang nak percaya ka???

kah kah kah..

weh...
jangan ingat GENERASI MUDA semua bodoh2 la...
sekarang semua da CELIK MAKLUMAT..
orang sekrang memandang PARTI UMNO sebgai PARTI YANG BUSUK SEHINGGA KE USUS...

DR MAHATHIR sendiri yang sahkan...
nak cakap ape bro???

kah kah kah....
kesian korang...
matlamat GENERASI MUDA sekarang adalah untuk tumbangkan UMNGOK BN...tak kira la sapa2 yang terajui Pakatan Rakyat untuk memerintah nanti..

korang dok FOKUS pada anwar...padahal si TG Nik Aziz dan TG Hadi boleh aje jadi PM nanti..

kah kah kah....da takde modal..main serang peribadi...

kah kah kah

Powered by Blogger.