Apr 17, 2011

WAJARKAH TAIB MAHMUD BERUNDUR!!?





ALHAMDULILLAH.. BN kekal memegang kuasa pemerintah di Sarawak. Ura2 mengatakan bahawa BN akan kehilangan Negeri Bumi Kenyalang itu nyata hanyalah propaganda murahan dari Pembangkang. Namun, BN telah kehilangan beberapa kerusi DUN yang telahpun dijangka dari awal lagi. Terus terang Melayu CinDia menjangkakan BN akan sekadar menang dengan majoriti mudah sahaja. Akan tetapi, rakyat Sarawak lebih berkuasa dan kemenangan dengan majoriti 2/3 ini adalah Anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Adakah ini membuktikan Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud masih releven dan perlu terus kekal memegang jawatan yang telah ditanggung darinya selama 30 tahun?




Melayu CinDia memerhatikan ramai di kalangan masyarakat dari Semenanjung seringkali mengkritik 'kedegilan' Taib Mahmud untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri. Namun, sebenarnya, bukan hak kita untuk menentukan samada beliau mesti berundur mahupun sebaliknya. Kemenangan dengan majoriti 2/3 membuktikan bahawa rakyat Sarawak masih memberi peluang dan memerlukan khidmat dari seorang Ketua Menteri bernama Taib Mahmud.

Namun, ini tidak bermakna Taib Mahmud akan terus kekal sehingga akhir hayat. Pada pandangan Melayu CinDia, rakyat Sarawak masih memberi ruang kepada beliau untuk mencari pengganti yang benar2 sesuai untuk memacu Negeri ini bukan sekadar kekal, malah lebih mantap dan menjadi sebuah Negeri Maju di persada dunia.

Insyaallah, Taib Mahmud tetap akan berundur. Jangan pula ketika beliau berundur dan diganti dengan yang lebih muda, baru kita sedar betapa pentingnya khidmat insan terdahulu yang ternyata lebih efisyen dan berdaya kental.


10 comments:

Anonymous said...

wajar berundur. dah lama sangat

Anonymous said...

Taib Mahmud bole berundur dengan senyum dan hati yang tenteram. He has nothing more to prove since he has done all he can.

Tabik Spring, Datuk..!

Anonymous said...

Perlu undur kerana janji telah di buat oleh beliau dan PM.. Nanti banyak pulak undi protes di pilihanraya akan datang.. Harap transition berjalan dengan baik seperti Pak lah dan Najib..

Anonymous said...

Taib wajar perundur,rakyat masih memberi peluang kepada beliau untuk berundur secara terhormat,kalau tidak ai di lihat akan menjadi menjadi liabiliti kapada BN demi kebaikan PRU 13 dan janji2 yg telah beliau umum baru2 ni di saksi kan oleh PM...cuma di harapkan penganti beliau mesti lah mampu menerajui serawak dgn penuh jujur dan ikhlas dan tidak berdasarkan kepentingan peribadi semata2 dan mesti menterjemahkan apa yg di janjikan semasa pilihan yg baru berlalu....

pok ngah nik ajis said...

PENGUNDURAN TAIB MAHMUD TIDAK MEMBAWA APA APA PERBEZAAN BAGI SEBAHAGIAN BESAR PENDUDUK SERAWAK. .

APA YG PERLU KITA PERHATIKAN MEMENTUM PARTI DAP YG MEMENANGI HATI PENGUNDI CINA. . .

HARUSLAH KITA SEDARI BAHAWA DAP TELAH MENYUSUP PENGARUH MEREKA SETELAH BELAJAR BAGAIMANA PIHAK KOMUNIS YG MEREKRUTKAN PEMUDA PEMUDI CINA DGN SATU FALSAFAH,SATU IDEOLOGI. . .

INGAT KAH KITA DGN 'MIN YUEN' SATU PENGKADERAN UNIT BAGI MENYUSUP,MEMBANTU DAN MELATIH. . .ORG CINA DILUAR SUPAYA MENYOKONG PERGERAKAN MEREKA. . . .

UMNO DAN BN HARUS BELAJAR DARI KREDIT MEN YUEN INI. . .BAGAIMANA UTK MEMBENTUK SATU SIASAH YG DIDOKTRINKAN SEBAGAI WADAH PERJUANGAN BANGSA. .

Anonymous said...

Kalau tengok dari keputusan pilihan raya Taib Mahmud maseh diterima penduduk Sarawak , hanya penggundi yang mengundi DAP memberi alasan yang Taib Mahmud sudah lama menerajui Sarawak, itu cumalah alasan mereka saja,tanpa Taib Mahmud nanti lain alasan pula diberikan.

Anonymous said...

Taib wajar berundur kerana dia telah berjanji. Sebaik nya sblm pilihanraya yg akan datang. Lgpun beliau akan jd TYT plak. Jika dia berundur maka BN blh lah memaksa kuda2 tua kat pembangkang berundur juga.
Masyarakat cina menyokong DAP pun sbbnya menolak kepimpinan SUPP.

sgray said...

Jangan terburu buru mendesak pengundurannya kalau semata2 hendak memuaskan nafsu segelintir orang..

35/35 bro...satu rekord yang mantap dan sukar bagi MANA2 komponen utk kekalkan utk kesekian lamanya..no one have done it.

Bukan APA...tak mahu kita tersilap dalam membuat pilihan antara kaca dengan permata..

Mentadbir negeri yang begitu besar dari negeri2 lain yang disemenanjung gua rasa no one dari semenanjung dapt tandingi kejituan beliau.

Masih ingat peristiwa pengunduran TUN MAHATHIR...

Yang jelas sokongan padu harus diberikan dan keprcayaan penuh kepada beliau.Masanya akan tiba bro,lebih2 lagi faktor usia dan yang paling kick ISTERI MUDA bro..sendiri mahu ingat....

Mencari pengganti nie bukan mudah beb..

wallahuwa'lam

Anonymous said...

Wa setuju Taib berundur....sbb dah byk citer2 negatif yg telah disebarkan oleh parti pembangkang...
Wa bukan x suka dgn taib cuma bila wa terbaca tentang kekayaan yg dimonopoli oleh keluarga Taib,elokla Taib buat sesuatu...sblum jadi parah....
walaupaun tidak ada bukti lagi yg keluarga taib menyalahguna kuasa utk mengaut kekayaan...tetapi org diluar sana dah mula berkata2...
Jadi cukup2 la taib jadi CM...jgn sampai ia menjadi beban kepada BN...

Wu di..

Anonymous said...

Sekarang adalah masa yang paling sesuai bagi Taib Mahmud mengundur diri....

Powered by Blogger.