VIDEO SEKS.. MUSTAFA ALI ADA BUKTI LELAKI ITU ADALAH ANWAR!!?

"BIARLAH POLIS SIASAT TERLEBIH DAHULU"... Itu reaksi Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali apabila disoal mengenai individu di dalam Video Seks tersebut. Beliau merupakan antara Pemimpin PAS yang telah menonton video itu di Carcosa Seri Negara bersama Mat Sabu. Jawapan yang diberikan beliau jelas amat berbeza sekali dengan beberapa Pemimpin PAS yang lain terutamanya dari pihak Pro Erdogan yang sebelum ini berkata mereka amat yakin bahawa Anwar tidak melakukan perkara2 mungkar seperti didakwa. PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.


Menjawab soalan bahawa dengan bersumpah, Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut, Mustafa enggan mengulas "perkara yang tidak berlaku" dan sekali lagi berpegang kepada pendirian yang dinyatakannya sebelum itu. Mustafa juga enggan menjawab andaian bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

"Dalam Islam orang yang layak jadi saksi ada kriteria, kena tengoklah trio ini layak jadi saksi atau tidak. Saya tidak mahu komen jauhlah sebab kita kenal pesonaliti ini. Jadi ada kaedah-kaedah berlainan. Jadi kena lihat dari sudut konteklah. Kalau nak cara Islam caranya begini. Tapi kerajaan sekarang menggunakan cara megikut undang-undang, kita ikut lunas itulah".


2 comments:

Anonymous said...

Cakap berbelit... banyak berhelah dengan ayat ayat Allah..terhadap Allah. Ingatlah telah diherdik olih Allah didalam KalamNya pada orang orang saperti ini. Ya Rabbi..pada Mu kami pulangkan permasaalahan ini..dan keadilanMu...yang kami pasti..Amin

samadlelong said...

PARIA BELIT "MUKA MACAM SAYA, BADAN MACAM SAYA, TAPI BUKAN SAYA"

Best Blogspot Templates 2013