Apr 28, 2011

VIDEO SEKS.. DATUK ESKAY CABAR ANWAR BERDEBAT!!?





Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya. Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.


"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya. Eskay bagaimanapun tidak memberitahu mengapa dua lagi anggota trio 'Datuk' iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu.

Namun, katanya beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”

Semalam sebahagian lagi rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog. Pada 4 April lalu, satu klip video juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya.


2 comments:

sazzrazz said...

he he bila agaknya complete season video "look alike me?" akan berada di pasaran...

Abd Razak said...

2 lagi dato t tu bukan berada ditempat kejadian menyundal.cuma dato eskay saja.hanya dia yang melihat dan membawa anwar kesitu.so dato eskay sorang jer lah yang akan bersumpah laknat.aku berharap sangat terkeluar juga dalam bentuk video dan sepahkan di kalangan rakyat malaysia dan dalam handphone,biar diadili oleh rakyat

Powered by Blogger.