Apr 20, 2011

VIDEO SEKS ANWAR.. UTUSAN MALAYSIA HINA DATUK SERI NAJIB!!?





AKHBAR UTUSAN MALAYSIA sebelum ini dikenali sebagai salah 1 media rasmi Kerajaan malah digelar Pembangkang sebagai Media Pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Namun, Melayu CinDia buat pertama kali melihat akhbar ini mengkritik Kerajaan Malaysia dengan membuat desakan terhadap UMNO menubuhkan Gerakan 1Melayu, 1Bumi. Ini berikutan keputusan Pilihanraya Umum DUN Sarawak yang memperlihatkan kedegilan pengundi Cina mengundi Pembangkang akibat terkena racun berbisa dari Anwar Ibrahim dan DAP. UTUSAN juga mengkritik Pemimpin2 Melayu yang tidak fokus dalam memastikan perpaduan Melayu diperkukuhkan kerana jelas terbukti bahawa Cina kini bersatu menyokong Pembangkang. Kenyataan tersebut telah diberikan oleh Timbalan Ketua Pengarang UTUSAN, Datuk Zaini Hassan. Namun Melayu CinDia tidak pasti samada pandangan Datuk Zaini ini mewakili pihak UTUSAN ataupun sekadar pandangan peribadi. Pada pandangan Melayu CinDia Datuk Zaini sewajarnya tidak hanya fokus mengkaji undi daripada Kaum Cina semata2. DATUK ZAINI JANGAN GILA BEREMOSI MEMBUAT SEBARANG KENYATAAN!!




Datuk Zaini (gambar sebelah Datuk Seri Najib) yang juga mengkritik Konsep 1Malaysia mungkin tidak sedar bahawa selain dari Pengundi Cina, hampir 80% pengundi2 dari Bangsa lain termasuklah dari kalangan Pengundi Melayu memilih Barisan Nasional. Ini telah membuktikan bahawa konsep 1Malaysia telah mendapat respons yang memberansangkan. Kemerosotan undi di Sarawak hanya melibatkan Parti yang mewakili kaum Cina iaitu SUPP. Parti2 lain?

PBB misalnya menyapu bersih kesemua kerusi DUN yang dipertandingkan. Bukankah itu menunjukkan Melayu kini bersatu menyokong Barisan Nasional? Begitu juga daripada Parti2 Komponen BN Sarawak yang lain. Mereka hampir memenangi kesemua kerusi. Kenapa hanya fokus pada SUPP semata2? Jika bangsa2 lain bersatu selain dari Cina, adakah 1Malaysia itu gagal?

1MALAYSIA bukan hanya memfokuskan Kaum Cina semata2. Kita mesti sedar Malaysia melahirkan pelbagai kaum dan budaya. Bagaimana pula dengan kaum India, Iban, Kadazan, Dayak, Bajau dan lain2? Melayu CinDia berpandangan orang2 Melayu seperti Datuk Zaini ini terlalu beremosi bercakap soal Bangsa Cina sehingga lupa bahawa Bangsa2 lain di Negara kita telah kembali bersatu bersama Barisan Nasional.

Melayu CinDia berpandangan, biarlah cerdik pandai dari kalangan Pemimpin2 BN memikirkan hal selanjutnya terhadap keputusan majoriti Kaum Cina ini. Akan tetapi, Melayu CinDia tidak menghadapi sebarang masalah jika Majoriti Kaum Cina tidak menyokong BN. Kerana Bangsa2 lain kini bersatu menyokong parti komponen ini. Datuk Zaini tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang boleh menggugat Visi dan Misi murni Kerajaan. Beliau sepatutnya jumpa secara berdepan dengan Perdana Menteri bagi meminta penjelasan sebenar.

Dan Datuk Zaini mesti ingat, bukan UMNO yang anda wajar kritik dalam hal ini. MCA dan SUPP yang layak menerima kritikan anda. Parti2 komponen yang lain telah kembali bersatu. Dan PRU Sarawak membuktikan, MAJORITI KAUM DI MALAYSIA KINI BERSATU MENYOKONG BARISAN NASIONAL. FIKIR DATUK ZAINI SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN TANPA USUL PERIKSA!!


3 comments:

Anonymous said...

biar dia buka minda kita....bukan dia hendak salahkan najib....yang sebenar melayu x bersatu dan yang menjahanam perpaduan melayu ialah anwar. tiga puak melayu umno, pas dan pkr...jadi dap ambil kesempatan. and please kerajaan udah2lah bagi gula2 kat pengundi cina tu orang sarawak dan sabah lagi perlukanya....segala khazanah dah dibawak kepersekutuan majukan mereka disana dengan cara yang adil dan kotakan janji.

Berita Harian Online said...

yang sebenar-benarnya, Melayu kita dah berpecah belah..Dulu hanya ada PAS dan UMNO.Lepas dah dah mcm-mcm parti lg keluar yang memecahbelahkan lagi melayu.

sampai bila kita melayu ni hendak berpecah belah..sekarang ni, PKR lagi pecah belahkan lagi.Kekadang sedih tgk bangsa melayu kita sendiri bergaduh demi tujuan politik.

tak pernah fikir ke kesusahan orang-orang lama dulu yg perit nak memerdekakan tanah melayu.Cukup-cukuplah politik ni.

TunSetia said...

btol jugak kata datuk zaini tu...klu xde kritik yg membina, kita akan leka dlm keadaan selasa tidak sedar mara bahaya mendtg...jgn dah terhantuk bru nk tengadah...kita pon jgn lak emosi dgn kata2 org lain...kita perlu terima dan jdkn sbgai penambah idea dlm membaiki kesalahan...open-minded...wallahualam...

Powered by Blogger.