Apr 24, 2011

VIDEO SEKS ANWAR.. AZIZAH TARIK SEMULA GELARAN ANUGERAH TUHAN!!?





Berikut merupakan luahan rasa seorang Bekas Penyokong Kuat Anwar Ibrahim. Saya merasa macam orang yang menang cabutan bertuah kerana dapat menonton video seks yang kini menjadi mimpi ngeri bagi saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin agaknya saya antara top 10 saja di Malaysia atau sebilangan kecil yang berpeluang menjadi saksi paling awal kepada perilaku insan yang selama ini menampilkan dirinya sebagai tokoh warak, pemimpin Islam dan sering berlindung disebalik tokoh agama terkenal Yusof Al-Qaradawi. Saya merasa terdorong untuk memberi pandangan saya kerana merasa CUKUP TERHIBUR membaca komentar dua insan yang turut berpeluang menyaksi sendiri video iaitu Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shahrin.Ibarat sekilas ikan di air, kita dapat memahami kenapa mereka bermati-matian cuba meyakinkan itu bukan saudara Anwar.


Mereka boleh berpegang kepada pandangan mereka dan saya juga boleh berpegang kepada pandangan saya setelah menyaksi sendiri video itu. Tempat dimana saya menontonnya dan bagaimana saya dijemput biarlah menjadi rahsia sendiri. Rasanya tidak perlu saya pergi secara detail tentang adegan-adegan dalam video itu.Ia sama saja seperti mana-mana video lucah yang boleh kita lihat menerusi internet atau VCD yang dibeli di pasaran gelap.

Apa yang membuat saya merasa sangat-sangat teruja dengan video seks ini ialah aktornya boleh membuat negara ini bergegar. Saya amat bersetuju dengan pandangan Presiden Parti KITA dan seorang peguam ternama Datuk Zaid Ibrahim bahawa video lucah itu adalah satu dokumenteri dan bukan lucah dalam ertikata lucah yang sebenar. Saya juga amat bersetuju dengan kata-katanya bahawa ketulenan video itu harus disahkan oleh semua pihak baik dari dalam dan luar negara agar tidak ada keraguan langsung mengenainya.

Kita sendiri tidak mahu saudara Anwar teraniya menerusi satu video yang di fabricate . Sebelum satu rumusan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan hasil siasatan rapi,pandangan yang ingin saya sampaikan di sini ialah semata-mata apa yang saya lihat sendiri dari penayangan video itu. Kalau tanya saya apa rumusan saya berdasarkan video itu saya pasti memberi jawapan yang sama seperti Datuk Zaid Ibrahim dan blogger Papa Gomo yang tersiar dalam Agendadaily.ITU ADALAH SAUDARA ANWAR. Maaf jika memberitahu reaksi pertama yang terpancul dari mulut saya sebaik saja melihat kelibat Anwar dengan tuala dalam kamar ialah mencarut panjang. Di benak pemikiran saya bukan sangat tentang aksi seks dalam video itu.

Ia lebih melayang terkenang wajah-wajah penyokong-penyokong taksubnya di sana sini termasuk pak cik dan mak cik di serata ceruk kampong dan bandar yang sanggup berhujan panas nak mendengar ceramah-ceramahnya. Saya dapat membayangkan bagaimana remuknya perasaan mereka diperbodohkan ke tahap maksima oleh insan dalam video itu. Saya juga dapat membayangkan air muka mereka yang hebat membelai insan ini seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat,Datuk Hadi Awang dan lain-lain pemimpin parti PKR,PAS dan DAP. Ahli Parlimen PAS kawasan Titiwangsa Dr Lo Lo yang galak main twitter mempertahankan saudara Anwar mungkin boleh pengsan atau terkedu seribu bahasa.Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi yang juga gila main twitter setiap hari mengutuk apa yang dakwanya konspirasi ini boleh lari malam lintang pukang.

Hairan sungguh orang-orang terpelajar dan beragama seperti ini boleh jadi taksub maksimum sampai buta mata dan pekak telinga tak sanggup sekurang-kurangnya hendak usul periksa terlebih dahulu. Ada orang kata saudara Anwar sentiasa merasa cukup selesa kerana hidup diawang-awangan merasakan semua orang tidak mungkin percaya apa saja dakwaan buruk terhadapnya. (Jika video itu tulen) saudara Anwar kena mengambil iktibar dari perumpamaan Melayu : sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Walaupun pihak pembangkang sedang berusaha bersungguh-sungguh mencerca kumpulan Datuk Trio kerana menembak tupai kesayangan mereka,saya pasti mereka akan berterima kasih kepada mereka kelak bila segalanya terbongkar secara rasmi kerana Datuk Trio telah menyelamatkan negara ini dari ditebuk oleh tupai itu.

Jangan lupa kita juga sudah biasa dengan kata-kata inggeris yang berbunyi : it takes a thief to catch a thief. Kita sudah boleh jangka sekalipun video itu akhirnya didapati tulen saudara Anwar tidak mungkin akan seberani Datuk Chua Soi Lek untuk mengakui : ‘it’s me’ . Saudara Anwar cukup tahu budaya Melayu negara ini tidak akan dapat terima moral seorang pemimpin begitu lebih-lebih lagi yang pamir dirinya warak sewaraknya. Seperti saya kata tadi saya tidak mahu ulas secara mendalam aksi dalam video itu.Apa yang paling utama bagi saya apa yang terpapar didepan mata saya orang dalam video itu (dari kacamata saya) ialah saudara Anwar.

(Jika video itu tulen) tidak terdetik langsung keraguan dihati saya lelaki yang gagah memuaskan nafsunya dengan pelacur China itu bukan saudara Anwar. Bagi yang belum berpeluang lagi menonton video itu saya ingin kata seeing is believing. Biarlah Datuk Johari Abdul dan Chegu Bard bermain dengan igauan mereka yang not believing what they saw. Mungkin agaknya itu reaksi orang yang terlampau terkejut hingga penglihatan dan pemikiran jadi kabur dan haru biru.

Saya kira Datuk Seri adalah manusia yang cukup luar biasa.Mungkin agaknya kerana turut sama terpukau dengan insan yang Datuk Seri telah istiharkan di konvensyen PKR tahun lalu sebagai ‘ anugerah Tuhan’. Mengambil kira saudara Anwar yang sudah berusia 64 tahun dan selama ini mendakwa dirinya sakit belakang,aksinya di ranjang yang perkasa dengan pelacur China itu memanglah layak digelar ‘ anugerah Tuhan’.

Juga saudara Anwar paling layak menerima anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia. Maaf jika saya terpaksa membuat satu lagi rumusan (jika video itu tulen) – saudara Anwar....CHECKMATE.


Nukilan Bekas TOTOK ANWAR IBRAHIM

9 comments:

Anonymous said...

nak buat macam mana ye, setiap kali ceramah PAS, nak tuduh zina kena 4 saksi. Saya akui alQuran dan kesuciannya. Tapi ni video dlm rumah. Yg buat video ni pasang cctv statik. Patutlah kat kelantan kejadian kes rogol dan sumbang menjadi-jadi kerana masa buat kerja zina tu tak de 4 saksi. Lepas lah perogol tu. Lepas ni nak rogol ke zina boleh le dengan org PAS. Pasti selamat.

Anonymous said...

ISU POKOKNYA IALAH ZINA. TETAPI RAMAI YG MENGAKU BERPENDIDIKAN TINGGI MALAH MENGAKU PEJUANG AGAMA MASIH BERSUNGGUH MEMBELA SEORANG PENZINA HANYA KERANA POLITIK..BUKANKAH MUNAFIK NAMANYA?

amir said...

pejuang agama perlu tegakkan keadilan cara islam.. dlm islam ada cara utk tuduh seseorang itu penzina, cara yg berlaku sekarang bknm berlandaskan agama.. jgn kata org lain munafik ttp kita fasik + munafik

Anonymous said...

Al Quran dan Hadis ikutan dan pegangan, ALLAH Nampak dan tahu, Hatta apa sahaja niat kita ALLAH tahu, APAKAH TIDAK Merasa MALU dengan ALLAH atas perbuatan itu, walaupun tiada 4 Mata sebagai SAKSI, NANTI di AKHIRAT semuanya akan ternyata, WaalahuA"lam.

Anonymous said...

Kita semua mengenal istilah "keldai dadah" yang diguna oleh pengedar dadah. Tapi di negara kita pulak ustaz-ustaz PAS telah dilacur oleh orang-orang Anuar dan PKR sebagai "Keldai Fitnah"...untuk membohong dan memutar belit fakta demi menjaga imej Anuar. Ustaz-ustaz PAS nie memang bebal dan bangang kerana mereka lah juga yang menabur fitnah berhubung Altantuya dengan PM Najib. Saya ingin menasihati ustaz-ustaz PAS yang bannyyyaaak merata di surau2 dan masjid2 dalam Selangor, anda telah banyak menabur fitnah kerana menyebar maklumat yang anda sendiri TIDAK PERNAH selidik kebenaran nya, tapi berdasarkan maklumat dari pemimpin PAS dan PKR atau syok2 sendiri. Sedar lah bahawa ustaz-ustaz ini lah yang TELAH BERJAYA MENEMPAH TEMPAT DI NERAKA ALLAH. Jadi bertaubat lah sebelum terlambat.

Anonymous said...

PERTAMA SEKALI SOALAN AKU " MENGAPA ANUAR MASIH DIKEKALKAN GELARAN DATO" SEDANGKAN DI PANGGIL SAUDARA PUN DIA TAK LAYAK...

AMBIL CONTOH SKANDAL PKFZ,,, GELARAN DATO DI TARIK SEMENTARA TUNGGU KES SELESAI ,,,

BUKAN SAHAJA KES BELUM SELESAI, ANUAR DAH PERNAH DIPENJARAKAN PUN .... DAN TAH BERAPA KES LAGI YANG BOLEH MEMBUAT ANUAR DI PENJARA ...

KALAU GELARAN DATO ITU BOLEH MEMARTABATKAN SESEORANG ,,, MAKA ELOK LAH DITARIK BALIK GELARAN DATO KEPADA ANUAR ITU, DEMI MENJAGA NAMA BAIK INSTITUSI ... BIARKAN SAHAJA GELARAN DATOK PAPA HEBAT KEPADA ANAK ANAK SAHAJA ...

JANGAN SAMPAI RAKYAT PANDAG JIJIK PADA GELARAN 'DATO'

Anonymous said...

apa lu orang ingat ada dlm dunia ni 4 orang saksi yg benar2 alim, saksama, benar & boleh dipercayai ka kalau mrk sengaja berada di situ membiarkan saja perlakuan zina berlaku depan mata mrk semata2 nak jadi saksi kemudian hari??

makhluk Allah yg mana boleh tunggu saja mengintai/tengok orang bukak baju, bukak seluar, bukak kain, bukak segala2nya, bercumbu2an, bermain2 depan mata mrk jika mrk SENGAJA MEMANG NAK TENGOK? kemudian mahu pulak menjadi saksi dlm kes pertuduhan sedangkan 4 saksi ni saksi bisu? saksi yg GAGAL MENCEGAH PENZINAAN? gagal mencegah kemungkaran?? tapi menunggu hingga selesai babak demi babak krn nak jadi saksi?

ah! kebetulan yg amat bersangatan ni!!??? cakap macam mana nak dapatkan saksi yg Islam, adil, saksama, benar walhal Allah tetapkan begitu utk menghalang tuduhan krn sukarnya utk dapatkan 4 saksi yg Islam, adil, saksama, benar & alim!! kalau dah alim takkan nak tunggu tengok jugak? alim tahik kucin namanya!

dlm kes video ni saksi yg macam mana kita nak? Islam menetapkan 4 saksi spt di atas. adaka saksi2 ni akan ikut, mengintai, melihat semua perlakuan okt dari awal hingga akhir tanpa berkelip, tanpa berkata apa2 walaupun mrk dah dapat agak apa yg akan berlaku semata2 krn mrk nak jadi saksi? alim ka? benarka? adaka? acu citer! citer!

Anonymous said...

Tak berapa arif pasal hal agama.. tapi rasanya dalam kes 4 saksi ni, di tujukan kepada wanita atau isteri yang di tuduh berzina, maka di perlukan empat saksi.. kalau betul, maka bolehkah kita buat andaian kepada lelaki yang berzina dengan org bukan islam juga memerlukan 4 saksi.. apa kah pula hukum nya pada lelaki dan wanita yang bukan islam tu..

Juga pada zaman dahulu tiada CCTV.. tidak boleh kah kita gunakan teknologi sekarang selepas disahkan yang video itu tulen dan org itu memeng anwar, dan panggil 4 org saksi yang adil untuk mengesahkannya bahawa benda itu memang berlaku..

Allah maha berkuasa dan besar dan maha mengetahui.. makhluknya sahaja yang daif..

hanizam said...

manyak busat looo...

kambing pun meraung kena macam tu...

macam maner agaknya si sepul kena tempoh hari, lepas sedap je pekena karipap...

doa sepul dah dimakbulkan...solat hajat juak PAKATAN kat stadium malawati dah dimakbulkan jugak...

orang lain yang sedap, orang lain yang kena bagi DNA...

Powered by Blogger.