Apr 15, 2011

PRU SARAWAK.. NAJIB SEMAKIN PUTUS ASA!!?





Biar nyawaku tergadai.. Akanku sahut seruanMu demi hamba2 Yang Maha Esa di bumi yang kupijak ini. Ungkapan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak ketika menghadapi tekanan hebat selepas memegang tampuk pemerintahan No. 1 Negara. Hari ini merupakan hari terakhir PM menyertai kempen Pilihanraya Negeri Sarawak dan telahpun pulang ke Putrajaya pada 1:30 petang tadi bagi meneruskan tanggungjawab Negara. Gambar ini sempat Melayu CinDia tangkap sebelum beliau berkempen ke Kapit, Sarawak pagi tadi.Kelihatan renungan dan rauh wajah beliau tersinar 1001 harapan buat rakyat Sarawak. Adakah rauh wajah ini menunjukkan beliau telah putus asa dalam memenangi hati rakyat di sebuah Bumi Kenyalang. TIDAK!!




TIDAK SAMA SEKALI!! Najib Tun Razak bukanlah insan yang mudah mengalah. Beliau akan terus dan terus menyahut seruan di setiap denyutan nadi rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini. Beban yang dipikul tidak pernah menjadi alasan buat beliau untuk meneruskan Jihad memantapkan sebuah Negara yang 1 menjadi mercu tanda Negara2 Membangun yang lain.

Malaysia sentiasa menjadi perhatian Dunia. Tidak terlepas pandang perkembangan PRN Sarawak ini. Adakah benar ura2 mengatakan Sarawak bakal tumbang ke tangan Pembangkang? Najib tidak akan membiarkan ianya berlaku. Kerana manusia ini mengenali siapa itu Anwar Ibrahim. Namun inilah dikata seorang Pejuang. Beliau tidak perlu mencanang serata dunia memburuk2kan bekas bosnya itu ketika memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau berhadapan dengan Anwar secara Jantan. Akan dilihat pertaruhan gelanggang politik sebenar di antara Najib dan Anwar ini.

PRESTASI, KOMITMEN DAN SAHUTAN!! Itu kunci yang dipegang putera sulung Tun Abdul Razak ini. Ketiga2 perkara ini akan dan sedang dilaksanakan secara berperingkat. Tiada janji manis dari mulutnya. Hanya menunggu harapan rakyat terlaksana di depan mata. Tidak perlu menyenaraikan Janji2 seperti insan yang sedang kemaruk bercinta tetapi hanya sebagai pancing untuk memuaskan nafsu, seperti yang dilakukan oleh Anwar. Najib sentiasa melaksanakan impian dan harapan rakyat secara kejutan. Kerana orang yang terlalu banyak bercakap kelihatan seperti bodoh.

Adakah rakyat Sarawak akan menentang Najib? Agak kurang cerdik jika ianya berlaku. Kerana tiada lagi pemimpin di Negara ini selain Najib yang mampu menyambung hasrat dan impian rakyat Malaysia. Siapa? Anwar Ibrahim?

Bertegur sapalah majoriti rakyat Semenanjung dan tanyalah apa yang dilakukan oleh suku sakat Anwar di Negeri yang dijajah Anwar. Bertambah Rapuh, Bertambah kalut, Bertambah remuk. Ekonomi telah disundalkan oleh suku sakat mereka dengan lebih ekstrim. Tanah tergadai. Wang rakyat disimpan di peti rumah pemimpin mereka. Ianya dilakukan dengan lebih ekstrim sebelum PRU 13 kerana mereka menjangkakan kuasa yang mereka perolehi tidak akan kekal.

Adakah ini harapan rakyat Sarawak?? Siapa Pilihan Anda??


7 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah swt, BN akan menang besar di Sarawak. Amin Ya RabbalAlamin!

DS Najib pemimpin yang ikhlas, darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah pemimpin yang berjiwa rakyat.

Ya Allah lindungilah DS Najib, kami semua dan Negara kami tercinta!!

TokAyah said...

Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau. Beliau sentiasa sabar walau pun difitnah dengan tuduhan membunuh oleh pengkhianat sebangsa dan seagama.

Anonymous said...

aku tak benci najib. sebenarnya aku dapat menghadiri salah sebuah majilis yg dirasmikan beliau. cukup kewl, cukup kelas. ia Najib memang power..

TETAPI
JENAMA PARTI BARISAN NASIONAL TELAH DIROSAKKAN OLEH SEGELINTIR PIHAK TERMASUK PERKASA DAN BLOGGERS BERHALUAN KANAN. DI SARAWAK PULA KERAJAAN TIDAK KREDIBLE KERANA GAGAL MENDAKWA TAIB MAHMUD ATAS SERIBU SATU KESALAHAN.

AKHIRNYA KERAJAAN BAKAL TUMBANG.

nanti aku cerita lebih

Anonymous said...

kalau penyokong anwar sebok nk bg peluang pd anwar ni yg dah byk kali bohong sana sini... kenapa payah sgt nk bg peluang dan ruang pd najib yg skrg ni sdh pun ada dilandas yg elok? how can we let our country being lead by someone yg dah kantoi byk kali berbohong? SATU DUNIA TAHU. bukan kantoi kecil punya kes... BIG TIME!

Anonymous said...

Anwar hanya pandai bercakap dan menabur janji janji indah pada rakyat yg naif..

salah satu contohnya ttg isu cat bangunan di pulau pinang...
apa katanya " jika kita mennnnang esok... semmmua bangunan di sini tuan2 dan puan2 kita cat.."

mereka bersorak gembira...
lalu tertipulah mereka dgn sang penglipurlara ini..

skg apa jadi.. bila ditanyakan ttg perkara ini guan eng cina komunis nie spin pulak kata.. "oh.. itu kalau kita dapat pegang putrajaya.. baru kita cat.. nampak sgt mereka nie x boleh dipercayai..

sememangnya mereka ini hanya pandai menabur janji kosong saja dan penipuan ini nak di bawa ke sarawak...

sorrylah.. ramai yg dah tersedar..
mcn mana nak memimpin negara... akhlak sendiri pun tak boleh nak pimpin.. TEORI KONSPIRASI kamu dah x laku lagi... dah BASI..

salute pada DS Najib kerana berusaha keras membawa pembangunan pada negara...

jgn kasi muka pada puak pakatan rosak.. Gelombang Rakyat akan menghancurkan kamu semua wahai perosak negara...

-gerakan melayu berdaulat-

aku said...

sifat pejuang....berpegang pada prinsip....dan setiap kaedah adalah konsisten dengan prinsip....

untuk tiap yang berjuang....dan berjihad.....memilih mendepani apa jua tentangan....secara 'berdepan'...dan bil hikmah....dengan tidak sesekali membelakangkan prinsip...

depa ada...? satu pun elek....memecahbelahkan....menipu...khianat....sesumpah....bla bla bla....tu memang da complete da...

semoga tiap pemimpin (DS Najib...Tun M....dll) yang berjiwa rakyat...yang meletakkan sesuatu itu pada tempatnya....dijaga hatinya....agar tidak goyah dan gentar....dan semoga bumi bertuah ini terus2an aman....dan dapat membantu 'sahabat' di kejiranan yang lain...

Anonymous said...

Sebelum ini saya masih brharapan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi bila kemarin beliau berada di Limbang, wakil pembangkang ingin memberi satu salinan memorendum yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi penduduk Limbang, tetapi wakil pembangkang telah dihalang dan salinan memorendum tersebut telah dikoyak oleh guard di sekeliling beliau, tanpa sepatah kata, beliau hanya mengeliling bangunan tamu Limbang dan terus meninggalkan tempat tersebut. Kalau hanya sekadar turun kereta, buat satu pusingan di Tamu Limbang dan terus cabut, lebih baik beliau tak datang ke Limbang, membazir wang rakyat sahaja. Beliau Langsung tidak nampak malahan tak peduli dengan keadaan rakyat di Limbang.

Powered by Blogger.