Apr 9, 2011

POLIS SAHKAN ANWAR AKTOR VIDEO SEKS TERSEBUT!!?





Keputusan samada nak tubuh atau tidak Suruhanjaya Diraja siasat kes video seks didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kena tunggu dulu. Mesyuarat kabinet Jumaat putuskan serahkan polis selesaikan siasatan kes itu TERMASUK KENALPASTI SIAPA AKTOR DALAM VIDEO ITU. Sebelum ini polis telah mengesahkan kajian pakar dapati video berkenaan tulen. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.




Ini bermakna jika terdapat pertikaian keatasnya termasuk soal ketulenan dan identiti aktor yang dikenalpasti. Lojiknya jika menerusi cara ini identiti aktor dalam video itu lebih cepat dapat diketahui berbanding kalau nak tunggu hasil siasatan jika suruhanjaya ditubuhkan.

"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katan Nazri.

Pada Rabu lepas, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya. Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa pihak pembangkang tak nak sangat tubuhkan RCI ni.. harap penyokong PR dapat memberikan hujah yang bernas.. bukan hujah kosong aje sebab anwar cakap itu bukan dia..

Ingatlah, kita tidak cakap dan tuduh yang orang dalam video tu semestinya anwar.. kalau polis confirm yang org dalam tu anwar pun, ramai yang cakap polis tak betul.. jadi yang paling baik kita buat RCI dan lantik pakar pakar dari dalam dan juga luar negara yang buat rumusan..

Kita terutamanya orang islam tak mahu orang yang begini jadi pemimpin kita.. maka betul lah tindakan Pemuda PAS tu untuk menyokong RCI ni..

Jika benar lah orang itu ialah anwar ibrahim, maka itu lah kuasa allah yang telah menunjukkan video kemungkaran umat nya di dalam dunia lagi sebelum di padang mashyar.. semoga umat islam di Malaysia di lindungi dan dirahmatinya seperti yang selalu imam masjid doakan selepas sembahyang jumaat dan fardhu yang lain...

Harap umat islam dapat berfikir mengenai hal ini dan jika benar ianya anwar ibrahim maka kita tolak dan janganlah bersengkokol dengan pemimpin yang sebegini..

Anonymous said...

Pihak pembangkang takut pada bayang bayang sendiri.. jika benar lah, saya ulang, jika benarlah itu anwar ibrahim, maka habislah PR terutamanya PKR dan DAP..

Bagi PKR banyak pemimpin heavy weight dan reformasi dah keluar parti, jadi yang tinggal hanya yang bachul dan gagap sahaja.. Ikan sepat kering pun dah hilang kredibiliti.. Hancurlah PKR...

Bagi DAP mereka akan hilang kredibiliti.. DAP tak akan hancur cuma mereka akan balik semula ke era sebelum 2008 dimana mereka hanya akan jadi pembangkang di dalam parlimen sahaja.. tak mungkin dan tak boleh nak berangan nak ke putrajaya..

Bagi PAS, mereka skrg berada di tengah tengah.. Jika mereka menyokong RCI dan didapati ianya adalah anwar ibrahim, maka kredibiliti mereka tidak akan berubah malah akan bertambah.. pada masa itu mereka boleh menjauhi diri dari PR dan mendapat politikal mileage.. Tetapi, jika mereka menentang RCI dan RCI tetap ditubuhkan dan ianya memang anwar ibrahim, maka mereka juga akan jadi macam PKR.. Hanya jadi pak turut dalam PR sahaja dan tak berperinsip..

Powered by Blogger.