Apr 25, 2011

KES LIWAT ANWAR.. HADI AWANG JUMPA SAIFUL BUKHARI!!?





Maklumat ini baru Melayu CinDia terima dari beberapa rakan2 PAS Gombak. Mereka mendakwa beberapa Pemimpin PAS sedang merancang untuk menemui mangsa liwat Anwar, Saiful Bukhari bagi mengesahkan sendiri pertuduhan yang sedang rancak dan semakin kemuncak di mahkamah. Pertemuan ini juga dikatakan ada kaitan dengan masa depan PAS terutamanya dalam memilih pemimpin2 tertinggi Parti yang sudah pasti kelihatan sedang hebat bersaing di kalangan Kumpulan Pro Ulama' dan Pro Erdogan dari Anwar. Beberapa Pemimpin PAS sejak akhir2 ini sudah kurang berkeyakinan dengan masalah akhlak dan moral Anwar malah setiap kali berhadapan dengan soalan2 berkaitan Ketua Pembangkang itu, beberapa Pemimpin PAS terpinga2 tidak kurang memberi jawapan yang mencetuskan kontroversi. Namun ianya jauh berbeza dari kalangan Pemimpin Pro Erdogan yang rancak mempertahankan Anwar. Malah belum lagi siasatan dilakukan, Pemimpin2 Pro Erdogan dengan rasa yakin bahawa Pemimpin idola mereka itu bukan seperti yang dituduh.


15 comments:

Anonymous said...

Kesemua Ulamak PAS masih belum lagi mendapat isyarat Solat Istigharah mereka.
Mereka masih memerlukan Insan yang biasa-biasa untuk memberi Nur Kasyaf kepada mereka. Nur Kasyaf adalah ilmu pengetahuan yang datang terus dari Allah swt.
Mereka masih kabur di dalam penilaian mereka, kerana tidak ada satu pun di kalangan mereka memiliki Nus Kasyaf yang terang dan jelas terhadap Anu War.
Sampai begitu kabur sekali penglihatan MATA HATI mereka. Akan sampai "HARI YANG MEMALUKAN MEREKA" kerana jalan Kejahilan mereka sendiri. Kesombongan mereka, menutup segala Pintu-pintu Kasyaf.

Hari ini, mereka juga tidak sehalus Rasulollah di dalam memilih rakan Persepakatan. Akan datang kepada mereka juga "HARI YANG DIHAMPAKAN MEREKA." Anak yang di kandong akan menjadi Tuan, dan yang mengandong akan menjadi HAMBA SAHAYA. Kesombongan mereka menutup segala pintu-pintu Nur Kasyaf iaitu ilmu yang HAKIKI yang menyuluh segala kegelapan jalanan di Dunia ini.
Mereka akan di badai Ombak Politik dengan jalan Kejahilan mereka sendiri.
Melainkan mereka berbalik ke Fitrah yang Azali, iaitu berbaik-baik sesama Insan, dan berbaik sangka sesama Insan sekiblat.

Anonymous said...

sepatutnya sebelum ini dan sebelum ini pemimpin pas berjumpa dengan saiful dan bertanya dari hati ke hati sebagai seorang islam, betul ka saiful diliwat. bertanya dengan ikhlas tanpa prejudis politik. kalau tidak percaya fikirkanlah sejenak kenapa saiful sanggup bersumpah laknat. apakah ulamak tidak faham apa itu kesan sumpah laknat. ertinya kalau saiful berbohong, taraf kemulian saiful akan jatuh dan akan menjadi hina sehina hinanya sama seperti "iblis". mungkin saiful tidak dihukum olih segala hakim di dunia ini, tetapi hukuman yang akan diterimanya adalah dari pemilik hukum yang mutlak, iaitu allah. betapa beratkah beban saiful sekiranya dia telah menfitnah anwar. beranikah saiful ke mekah di bumi penuh berkat, di mana para pendosa dipamirkan dosa masing-masing. kenapa pas tidak mahu berfikir tentang fakta ini. saiful hanyalah manusia kerdil tanpa pengaruh. pas melakukan sembahyang hajat mega mendoakan keselamatan kepada pendusta, namun kebenaran pada saiful, apabila allah mahu menghinakan seseorang biarpun sebenar mana pengaruh dan kemulian manusia itu allah tidak akan pandang. sebagai ulama mereka tentu tahu kata-kata hikmat ini, aduhai penganiaya bagaimana kamu mampu tidur lena pada waktu malam, sedangkan orang yang kamu aniayai tidak pernah lupa untuk bangun malam dan mengadu pada yang esa. solat hajat mega pas hanya sekali sedangkan solat hajat saiful sepanjang malam, doanya satu "tuhanku tunjukan keadilanmu, hukumlan mereka yang bersalah dan yang telah menganiayai aku". adauhai pemimpin pas, tidak terfikrkah dibenak kamu, kamu juga penganiaya saiful dek solat hajat megamu memohon berkat kepada sang penganiaya, sebab itu saya tidak hairan allah telah menutup hati pemimpin pas dari kebenaran yang mereka cari.

Anonymous said...

sebahagian besar mereka hanya berselindung disebalik jubah dan serban. Ilmu yg dimiliki amat sedikit

Anonymous said...

hati orang Pas semuanya dah gelap dengan dosa-dosa mereka memaki hamun, memfitnah, memecah belah umat islam,mendoakan bala, dendam kesumat dan hasad dengki terhadap orang umno, sedang orang UMNO ikhlas ingin bekerjasama asalkan dapat membela bangsa melayu di bumi sendiri. memang penglihatan mata hati orang pas dah kabur tidak dapat menilai siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. pas dah hilang hala tuju tak tahu apa yang diperjuang oleh mereka.

Anonymous said...

mereka tak peduli semua itu. mereka hanya inginkan kuasa sahaja. mereka lebih sakit hati apabila umno mendapat lebih tempat di hati umat islam. oleh itu mereka berjuang untuk kuasa. kuasa mengatasi segalanya.

Anonymous said...

MASIHKAH ULAMAK PAS RAGU RAGU LAGI DENGAN SUMPAH LAKNAT YANG DIBUAT OLEH SAIFUL DENGAN NAMA ALLAH SWT.

SESUNGGUH NYA ALLAH ITU LAH TUHAN YANG KITA SEMBAH 5 KALI SEHARI.TUHAN YANG AMAT PEMURAH LAGI MEGASIHANI.

KITA ORANG ISLAM MESTI YAKIN AKAN KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALL SWT.

izad70 said...

jika pun benar seperti yang dilaporkan,ia hanyalah sandiwara bagi menutup pembohongan dan fitnah mereka terhadap umno/bn.mereka hanya melakukan tindakan sebegini kerana kepentingan politik mereka dan bukannya atas dasar kebenaran kerana jika kebenaran yang dicari ianya pasti telah lama dilakukan.hakikatnya mereka tahu tentang sikap sebenar anwar tetapi menyokong beliau kerana yakin beliau akan memanfaatkan perjuangan pas.apabila bibit2 kemusnahan mendekati anwar maka mereka mencipta sandiwara bagi menunjukkan mereka tidak bersalah tetapi telah diperdayakan oleh anwar.munafik..

alyazahra said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sudahlah PAS! Sepanjang berpuluh tahun berkempen, berpolitik saya tak pernah dengar ceramah PAS yang menggariskan apa pelan atau gagasan untuk menjayakan Umat Melayu Islam kita, apa plan PAS nak buat untuk menjayakan cita-cita murni Negara Islam mereka. Sekurang-kurangnya pelan ekonomi jangka panjang PAS. Memang tak ada.
Yang ada hanyalah pesta mengata keburukan parti lawan. Mengata memang senang. Cubalah plan dan berbuat sekali baru tahu betapa susah.

Cabaran untuk PAS supaya dapat jadi alternatif kepada UMNO tak kesampaian sampai sekarang.

Anonymous said...

PAS lebih mengutamakan parti daripada amal Islami. Pengikutnya jahil tentang agama tetapi mahir bercakap soal parti dan redahan politik. Kekuatan pengikutnya satu sahaja - dijamin masuk syurga oleh Tuan Gurunya.

Anonymous said...

PAS telah berjaya dalam dakwahnya - mengislamkan seorang iban disarawak dan mengkafirkan jutaan ahli UMNO. Yang lain jasanya memberi ruang DAP berkuasa di Pulau Pinang dan membenarkan PAS ditunggangi DAP sewaktu mereka berkuasa seketika di Perak dulu. Mereka juga hampir membenarkan Baru Bian menjadi Ketua Menteri Sarawak dan menjatuhkan TS taib Mahmud.

Anonymous said...

Tidak ada parti yang celaka dalam dunia ini melainkan PAS sahaja.

Anonymous said...

Kempen PAS ganti UMNO sepatutnya ditukar kepada :

DAP GANTI PAS

Anonymous said...

agama pas ialah politik dan ISLAM sebagai alat

hangkedee said...

Masih Ingat Amanat Tuan Guru segala guru Hj Hadi mengkafirkan sesama Islam?????? Kalau tak tak makna apa. Kesannya balik kepada mereka sendiri berkawan dengan cina kafir harbi cina komunis yang telan bunuh ramai orang melayu dahulu .Dah lupa kah juak juak HAMPAS???.

Powered by Blogger.