Apr 20, 2011

KERAJAAN ISYTIHAR MANSUH AKTA ISA!!?





Seorang tahanan ISA, Kadir Hashim, dibebaskan hari ini setelah merengkok selama hampir tiga minggu dalam tahanan. Seorang abangnya, Muda Hashim, berkata Kadir telah dihantar ke rumahnya di Kerinchi, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4 petang ini oleh anggota polis. Muda berkata, polis tidak menyatakan apa-apa berhubung penahanan berkenaan walaupun beliau telah bertanya berhubung perkara itu. Kadir (kiri) ditahan pada 1 April lalu mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan hasutan. Beliau dibebaskan pada kira-kira jam 3 petang ini. Peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri berkata lelaki berusia 43 tahun itu dibebaskan tanpa syarat. ADAKAH SELEPAS INI AKTA ISA TIDAK LAGI DIGUNAKAN SEBAGAI PLATFORM BAGI MENCEGAH JENAYAH KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA?? Anda Penentunya.


2 comments:

Anonymous said...

Wahai juak2 fanatik assobiyah UMNO yang mengaku Islam.

Mana lebih utama dan diredhai Allah, berjuang mempertahankan Undang2 ISA bikinan British & UMNO dengan berjuang menegakkan Hukum Syariah Allah termasuk hukuman jinayah QAZAF kepada penfitnah zina/liwat?

Apakah engkau tolak hukum Allah, engkau agungkan hukum manusia?

Dimana otak & hati engkau bila ucap "ALLAHU AKBAR" (Allah Maha Besar) setiap kali engkau takbir, ruku', 'iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan engkau bangkit berdiri semula dalam sembahyang kau tu jika masih menbesar/ mengagungkan makhluk (kadang2 manusia fasik)selain dari Allah?

Khusuk & tawaddukkah solat engkau itu disisi Allah, Jika masih mendewa2kan amalan jahiliyyah berbanding syariah Allah & sunnah Rasul SAW?

Tinggalkan kepalsuan perjuangan sekular assobiyyah UMNO tu ...... jauhi amalan nifak (kepura-puraan keIslaman) puak munafikin Madinah yang mempersenda/ memeperolok2kan Islam .... dan kembalikan kepada YANG HAK DISISI ALLAH. Itu lebih berharga bila kita tinggalkan Alam Dunia ini dan semasa kita di negeri asal kita di Alam Akhirat nanti!

Anonymous said...

Wahai puak-puak ASsobiyyah PAS yang PASik. Kamu berjuang dengan DAP yang jelas memerangi agama disebalik usahanya untuk menghancurkan Islam. kamu dan Tok Guru kamu lagi celaka apabila mengistiharkan ahli dan penyokong PAS tersenarai sebagai ahli syurga. Suatu pengistiharan yang amat gila dan melampau. Menyamatarafkan agama dengan parti boleh menggugat aqidah Islam. Ertinya PAS itu parti yang sempurna dan tidak ada cacat celanya setanding dengan agama. hanya manusia ada akal tetapi tidak menggunakannya menyebabkan parti cabut ini dipandang sebelah mata kecuali puak-puak yang melampaui batas-batas agama (gulaw).

Powered by Blogger.