Apr 12, 2011

HUSAM MUSA SAH AKAN TANDING PRESIDEN PAS!!?






Exco Kelantan kesayangan Nik Aziz, Husam Musa tampak semakin berani tampil memberanikan diri menggunakan strategi ugutan terhadap kepimpinan Ulama' diketuai Hadi Awang apabila telah menggunakan strategi menakut2kan Presiden Parti itu untuk memastikan Hadi Awang berundur pada Penggal akan datang. Jika sebelum ini Husam MJustify Fullusa yang mengepalai Kumpulan Pro Erdogan berjaya melaksanakan strategi mengguling Ustaz Nasha bagi jawatan Timbalan Presiden, kini Husam bermain tarik tali dengan menggunakan seberapa banyak PAS Kawasan untuk mencalonkan beliau bagi jawatan No. 1 Parti menentang Hadi Awang.




Ini merupakan Perang Politik Dalaman PAS yang paling teruk pernah berlaku dalam Sejarah Pemilihan PAS jika benar ianya berjaya dilaksanakan. PAS sebelum ini yang menjulang Hadi Awang kini menganggap Tuan Guru berjawatan Ahli Parlimen Marang ini bukan lagi Pemimpin yang sewajarnya dijulang kerana banyak memesongkan 'akidah' yang dibawa Pro Erdogan dalam menjulang Anwar Ibrahim sebagai Pemimpin No. 1 Negara.

Semalam PAS Kawasan Bukit Bintang telah memulakan percubaan berani mati dengan mencalonkan Husam Musa untuk bersaing dalam jawatan Presiden Parti. Ini sebenarnya telah di rancang rapi oleh Kumpulan Pro Erdogan bagi melihat reaksi balas dari beberapa PAS Kawasan yang lain. Hadi Awang dikatakan kian lesu dan tidak bermaya dalam memimpin PAS malah seringkali membela Ustaz Nasha dan Harun Din yang merupakan racun berbisa yang menggagalkan misi Pro Erdogan di dalam PAS.


4 comments:

Anonymous said...

Mudah-mudahan perkara tersebut tak berlaku dalam PAS. Kalau pun berlaku harap ada seorang tokoh yang mampu untuk menangkis tali barut PKR dalam PAS. Mudah-mudahan ada golongan yang masih menjiwai sepenuhnya roh PAS agar ia tidak hanyut terlalu jauh dibawa oleh golongan pro Anwar.

Anonymous said...

Kalu berlaku dalam PAS pun nak hairan apanya sebab PAS ni bukan Islam dan Islam ni bukannya PAS. Lo ni pun cara berfikir puak-puak PASik ni banyak dipengaruhi oleh DAPig.

Kelingking Gangsa said...

Kalau Hendak Berjuang Jangan sesekali kita mengaku kita orang Politik.....

Anonymous said...

[url=http://www.canadagoosejackorbilligt.com]canada goose jacka[/url]
Det bokstavligen ingen vill lämna hem tjäna miljoner, eftersom min möjlighet knackar rätt nära du är adress , men väntar nytt varmt mottagande som du tjänar din otroliga väg att låta dem större vinster.
,[url=http://www.canadagoosejackorbilligt.com]canada goose jacka[/url]
 Exakt som 1 stor sällskaplig test, en kan trycka begränsningar, som utgör en viss principer som som conitinues längs och efter det inrätta idag algoritmer att låta dem variabler oväntade igår.
http://www.monclerjacka2012.com
 Alla auditiva dyslektiker kan höra bokstaven eller ord rörig som, utan faktiskt inte i syfte att upprepa något att göra här folk klart hörde stund sedan. De flesta män och kvinnor förknippar dyslexi genom igenom svårigheter.

Powered by Blogger.