Apr 14, 2011

DUN PERAK ISYTIHAR BUBAR!!?





Bekas Menteri Besar PERAK, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali membuat kenyataan mengejutkan bahawa beliau bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika benar DUN Perak akan dibubarkan. Ini kerana melalui analisis, BN kini mampu mencapai kemenangan selesa waimah DUN Perak dibubar pada hari ini. Rakyat Perak dilihat semakin berkeyakinan tinggi dalam memastikan BN terus memegang tampuk pemerintahan di samping kebajikan yang diamalkan BN Perak dilihat sangat mengagumkan mereka. Selain itu, pengundi2 Pro Pembangkang juga kini semakin selesa dengan pencapaian Kerajaan Negeri Perak yang telah menunjukkan prestasi pentadbiran yang mantap dan suara mereka kini menjadi nadi denyutan BN Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Keadaan ini telah menyebabkan Pembangkang Perak pimpinan DAP semakin gusar akan kehilangan kuasa dan telah merancang untuk melakukan serangan berani mati ke atas kepimpinan Dr. Zambry. BN Perak mesti bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sebelum serangan Fitnah terbaru Pakatan Pembangkang mula beroperasi.


8 comments:

Anonymous said...

Buatlah cerita yang mantap sikit!! Asyik asyik cerita perak!! Sarawak tu kasi balun...SB dah bagitahu..60% undi pada PR skang ni!! Balun lebih sikit pencacai nuar ni!!!

Anonymous said...

Terciptakah “Fenomena Tsunami Politik Sarawak 2011” ? Itukah kegusaran PRU13?

Rakyat Sarawak sudah merdika 48 tahun .... takkanlah tahap kematangan politik demokrasi masih rendah seperti rakyat negara2 diperintah oleh diktator dunia... boleh dijual beli / dirasuahkan dengan harga yang murah melalui budaya POLITIK WANG BN?

Siapakah yang menjadikan mereka melarat & terpinggir dari arus kemajuan selama 48 tahun? Sedangkan kekayaan Bumi Kenyalang amat besar.. kemana perginya hasil mahsul komoditi balak, perladangan, perdagangan, industry, perlombongan termasuk royalti minyak negeri Sarawak?

Sudah tiba rakyat Sarawak buka mata dan minda merdika..... kembalikan hak milik rakyat asal ... jangan biarkan diri kita' ditipu berkali2 oleh orang yang sama, TAIB MAhMUD & the Gang (BN) , jugak PM Najibur Rosma & Cronies. ... inilah peluang & masa untuk buat PERUBAHAN POLITIK ... wahai rakyat Sarawak yang tercinta!

UBAH!... rakyat Sarawak buktikan TSUNAMI POLITIK SARAWAK pada PRN Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 ini! Undilah Calun2 PR untuk PERUBAHAN secara demokratik dan bermaruah!

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB DIRI MEREKA SENDIRI”
[ Surah Ar-R’ad: 11]

Abdul said...

Mana ada Sarawak melarat,terpinggir dari arus kemajuan.Hang pernah pi ke Sarawak. Aku tengok Sarawak lebih maju daripada negeri2 di Sem. Msia.Aku Pi Sarawak ,Bandar bandarnya lebih maju, bersih dan tersusun daripada Kita. PIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah mabuk. Auta juga lu.

Anonymous said...

Jgnlah merendah2 tahap pemikiran org Sarawak,mereka lebih bijak dan maju kerana usaha krjaan meningkatkan taraf mereka, jasa BN tidak perlu dipertikaikan, kekayaan Srwk dinikmati rkyt Srwak sendiri,PR adalah parti punah ranahkan masyarakat.

Anonymous said...

sarawak melarat dan terpinggir? tak pernah pegi sarawak ke bro? buat malu je

aku said...

da namanya kafir harbi....takde mende lain lah....apa yang depa nak....depa nak gak...apa yang depa da dpt....depa nak pegang sampai mati...apa yang depa tak dapat....depa nak gak bermati matian tapi tak nak plak jadi askar ke...polis ke...almaklumlah...pengecut!

ai kalau kafir harbi DAP ni awai2 lagi tau yang PAS ni lagi senang nak 'makan'....da lama depa 'pakat2' buat haru biru....sonang citer...

si malaun Nizar ni....da macam 'clown' da....apapun....tak da hal punyer la....if depa nak 'serang' kerajaan negeri Perak sekarang pun....macam lah ada 'kredibiliti'....'personaliti'....piiirahhhh mabuk!

gilerrr biolll!

Anonymous said...

Tsunami politik ni patut jadi kat Kelantan.. Apa PAS buat untuk org kelantan.. semua org lari ke kl..

Projek jambatan terpanjang ke syurga pun tak siap lagi.. semua duit nik aziz gunakan untuk ni.. sampai tak ada duit nak majukan kelantan.. jalan, kemudahan asas semua teruk... tak payah tengok jauh jauh, tengok aje kat keliling kota bahru.. balak semua tergadai.. org kelantan pulak semua terpedaya dengan air liur nik aziz tu.. UNDI PAS UNTUK MASUK SYURGA..

Anonymous said...

SAYA DAN KELUARGA SAYA TINGGAL DI KELANTAN DAN MENGUNDI DIKELANTAN. DALAM PILIHANRAYA (PRU KE 13) NANTI KAMI BERSUMPAH UNTUK TIDAK AKAN MENGUNDI PAS LAGI WALAU DIJANJIKAN SYURGA SEPERTIMANA SEBELUM INI. KALI INI SAYA AKAN MENENTANG PAS HABIS-HABISAN DAN AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENJELASKAN KEPADA KEKAWAN YANG LAIN. SESUNMGGUHNYA APA YANG SAYA TENTANG ADALAH PAS. BUKANNYA ISLAM KERANA ANTARA PAS DENGAN ISLAM TIDAK SERUPA. KALAU ADA YANG BERANGGAPAN PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS PASTI AKAN ROSAKLAH AKIDAHNYA.SUATU PENGHINAAN YANG BESAR PADA AGAMA.

Powered by Blogger.