Apr 8, 2011

BARU BIAN DIUMUM BAKAL RESIDENT SARAWAK!!





Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini. Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'. Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini. Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.




“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chong. Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri. Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.

Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba'Kelalan di bahagian timur Sarawak. Baru dijangka memenangi kerusinya itu. Sementara itu, Mohd Nizar berkata pelantikkan ketua menteri atau menteri besar boleh diselesaikan seperti kes Perak pada 2008. Meskipun PAS adalah parti minoriti dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, namun Nizar dilantik sebagai menteri besar.

“Untuk masa ini, soalan itu tidak timbul. Hanya apabila kita diberi mandat, seorang daripada kami yang berkelayakan akan menerajui kerajaan negeri. Saya fikir soalan itu tidak penting sekarang. Maksud saya, saya juga tidak pernah terfikir akan menjadi menteri besar di Perak,” katanya. Pada pilihan raya 16 April ini, Pakatan bertanding di semua 71 kerusi dengan PKR berentap di 49 kerusi, DAP 15 dan PAS 5.

Laporan Bernama


6 comments:

Anonymous said...

Semua tertumpu pada cerita seks / porno anwar.. apa jadi kat PRU sarawak.. tak ada isu sensasi negeri sarawak yang blogger pro BN nak main kan ke.. ke ada blog bumi kenyalang yang pro BN.. harap blog pro BN semenanjung juga dapat memberi ump pada PRU Sarawak seperti PRU di semenanjung baru baru ini..

Anonymous said...

Apa Nizar merepek ni.. Ingat kat Perak tu DAP nak bagi kat dia ke jadi MB kalau dlm perlembagaan Perak tak mensyaratkan hanya org melayu aje boleh jadi MB..

Itu lah Melayu, kalau kuasa politik pun dah hilang, maka sudah tentu satu hari nanti semua hak melayu pun akan hilang..Melayu tak pernah sedar akan semua ini, hanya syok sendiri pikir pasal sekarang aje.. tak pikir panjang apa akan jadi pada masa hadapan..

Anonymous said...

ops, aku yang racist dan tak berparti.. so what.. untuk jaga kepentingan bangsa ku..

vulcan933 said...

angan2 boleh lah

Sarawakkini said...

http://sarawakinsider.blogspot.com/2011/04/gempar-jadual-anwar-di-sarawak.html

minta link kan di blog tuan. terima kasih. :)

Anonymous said...

Terciptakah “Fenomena Tsunami Politik Sarawak 2011” ? Itukah kegusaran PRU13?

Rakyat Sarawak sudah merdika 48 tahun .... takkanlah tahap kematangan politik demokrasi masih rendah seperti rakyat negara2 diperintah oleh diktator dunia... boleh dijual beli / dirasuahkan dengan harga yang murah melalui budaya POLITIK WANG BN?

Siapakah yang menjadikan mereka melarat & terpinggir dari arus kemajuan selama 48 tahun? Sedangkan kekayaan Bumi Kenyalang amat besar.. kemana perginya hasil mahsul komoditi balak, perladangan, perdagangan, industry, perlombongan termasuk royalti minyak negeri Sarawak?

Sudah tiba rakyat Sarawak buka mata dan minda merdika..... kembalikan hak milik rakyat asal ... jangan biarkan diri kita' ditipu berkali2 oleh orang yang sama, TAIB MAhMUD & the BN gang. ... inilah peluang & masa untuk buat PERUBAHAN POLITIK ... wahai rakyat Sarawak yang tercinta!

UBAH!... rakyat Sarawak buktikan TSUNAMI POLITIK SARAWAK pada PRN Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 ini! Undilah Calun2 PR untuk PERUBAHAN secara demokratik dan bermaruah!

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB DIRI MEREKA SENDIRI”
[ Surah Ar-R’ad: 11]

Powered by Blogger.