Apr 3, 2011

ANWAR ADA SIMPAN VIDEO NAJIB BERSAMA ALTANTULYA!!?






"Macam2 Hal !!" Itu kata2 permulaaan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Anwar telah menuduh beliau merupakan kepala kumpulan yang menyusun strategi fitnah terhadap Anwar Ibrahim melalui kesemua pertuduhan yang sedang Anwar hadapi. Daripada kes liwat beliau, sehinggalah skandal Video Seks individu yang disebut2 adalah Anwar. DS Najib tersenyum sahaja dan bertanya semula kepada sahabat beliau Anwar Ibrahim Siapa individu2 yang membongkar segala pertuduhan terhadap Anwar. Zulkifli Nordin, Zahrain, Ezam, Lokman Nor Adam, Dr. Chandra dan yang terbaru Datuk Eskay.Beliau tidak langsung mengambil tahu apatah lagi untuk bercerita tentang kelakuan Anwar. Siapa mereka semua ini? Jika benarlah beliau ada simpan dendam yang beliau sendiri tidak tahu akan puncanya, sudah lama Anwar kini meringkuk di dalam penjara. Akan tetapi untuk apa beliau menyalahgunakan kuasa hanya untuk membunuh karier musuh politik sendiri. DS Najib memerli Anwar yang sebenarnya lupa siapa musuh beliau yang sebenar iaitu insan yang pernah digelar beliau sebagai ayah iaitu Tun Mahathir.




Melayu CinDia kagum dengan jawapan Presiden UMNO ini. Sebenarnya, beliau boleh menceritakan pelbagai jenis perilaku buruk Anwar kerana beliau amat mengenali bekas Timbalan Perdana Menteri itu malah pernah digandingkan di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada awal 1980an. Namun, itu semua bukan salah 1 langkah bijak dan bermoral. Beliau lebih rela berlawan dengan Anwar sebagai 'Anak Jantan'.

Jika dipertontonkan semula mainan politik Anwar selepas keluar dari penjara, Anwar lah yang mula2 memfitnah beliau melalui kes Pembunuhan Altantulya. Fitnah itu ternyata keluar dari mulutnya sendiri dan disebar keseluruh dalam dan luar Negara. Malah Anwar sehinggakan pernah mengugut beliau untuk menyiarkan Gambar dan Video DS Najib bersama dengan bekas skandal Abdul Razak Baginda itu. Namun, bukan video beliau yang dibongkar, video Anwar pula yang muncul. Lagi Advance... Bukan Mongolia, dari China.

DS Najib sebenarnya seorang yang penyabar. Beliau tidak mudah melatah. Apa yang beliau tidak tahu mengenai politik. Mengambil pengalaman arwah Ayahanda Tun Razak sebagai inspirasi, beliau mula menjejaki dunia politik sejak berumur awal 20an lagi dan pelbagai bentuk strategi yang bersih apatah lagi kotor dilihat di depan mata.

Inilah kuasa Allah. Segala niat dan perancangan jahat Anwar Allah pantulkan semula kepada beliau. Apabila misi pertama beliau hendak membunuh karier Politik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan godaan seorang anak terhadap bapa, beliau bukan sahaja dipecat, malah berhadapan dengan tuduhan besar. Setelah itu, beliau telah membawa fitnah mengenai DS Najib mengenai kes jenayah Altantulya yang akan mengheret DS Najib ke Mahkamah, bukan sahaja tiada bukti kukuh, beliau pula sekali lagi berhadapan pertuduhan Mahkamah akibat pengakuan bekas pekerjanya yang diliwat oleh beliau.

Anwar juga pernah merancang untuk membeli 31 Ahli Parlimen BN selepas PRU12 bagi merampas Kerajaan Pusat, akhirnya bukan sahaja tidak berjaya, ditipu rakyat 1 hal, seorang demi seorang Ahli Parlimen PKR bertindak keluar parti sehingga mencipta sejarah Politik tanah air yang mempunyai jumlah paling ramai.

DS Najib mengakhiri kata2 nya dengan mendakwa Tuhan kita.. Orang Islam.. Adalah Allah. Yakinlah.. Saya Perdana Menteri Malaysia. Memikul dosa pahala rakyat. Saya rela. Kerana ini takdir saya. Jika 1 hari nanti saya telah tiada, jika jijik sekalipun sebilangan manusia hendak menggelar saya seorang pejuang, sekurang2 nya saya berjaya memberi sedikit sumbangan terhadap Negara.


8 comments:

anti male y said...

hidup najib..inilah baru pemimpin..bukan senang2 die nak keluarkn maki hamun dr mulut die..cmne ngan n.ajis dan anu-war?layak ke nak jd pemimpn malaysia ni

Anonymous said...

semoga najib bersabar menghadapi kerenah sesumpah politik yang bernama anuwar bersama dengan rakan2nya

Adi Kencana said...

Bagus. Org ramai tahu menilai mana intan permata, mana kaca di tepi jalan.

Kalau boleh mohon linkkan blog saya di blog tuan. Saya telah linkkan tuan di blog saya.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

pak najb ni jika dinilai dari segi pengucapan dan jga tindakan yg di lahirkan nya nmpk keikhlasan dlm membantu naik tarap kehidupan rakyat dan memajukan malaysia,,,,bertuah malaysiaa punyai pemimpin mcm pak najib,,,,,

Anonymous said...

Ungkapan Datuk Seri Najib yang akhir tu menyentuh hati saya ...
Memang saya banyak tak puas hati dengan prestasi ahli dalam kerajaan. Tapi itulah, ahlinya ... bukan institusinya.
Saya menyokong institusi kerajaan sedia ada, dan ahli atau pemainnya yang korup kena dicari sehingga ke lubang cacing dan dinyahkan.
Oleh itu saya solidify sokongan saya pada institusi sedia ada yaitu kerajaan BN dan DS Najib.

Sekian. Orang kampung.

Anonymous said...

bapak borek anak rintik. bagaimana acuan begitu kuehnya. banding dan beza tun razak dengan datuk ibrahim. kahkahkah

Anonymous said...

DS Najib andalah seorang pemimpin berhemah tinggi....pejuang agama, bangsa dan negara.

Tuturkata DS mencerminkan kemuliaan pemimpin Agong ...Leadership by Example.

Moga DS dan keluarga senantiasa mendapat perlindungan dari ALLAH dan keberkatan darinya Amin!

Dulu Kini dan Selamanya BN is the Best...and Pakatan is a Mess!

Anonymous said...

selepas Tun M, hnya Najib yg aku kagum......entahlah selama Nuar dlm kerajaan tak pernah sikit pun aku admire kat dia...sekarang...lagi laa.....

Powered by Blogger.