Apr 1, 2011

5 KERUSI DUN SARAWAK.. USTAZ NASHA DAKWA 1 P'HINAAN BUAT PAS!!?





KEPUTUSAN TERSEBUT TIDAK MEWAKILI PAS SECARA KESELURUHAN!! Itu pendirian beberapa Pengasas Parti PAS Sarawak mengenai jumlah kerusi yang diperuntukan PAS di Sarawak. Apabila ditanya kenapa kenyataan ini langsung tidak disiarkan di dalam mana2 media Parti Pembangkang terutamanya Harakahdaily, mereka mendakwa Media Pembangkang sememangnya kurang memberi perhatian terhadap setiap kenyataan yang diberika.n dari pihak PAS Sarawak. Mereka menganggap PAS Sarawak sewajarnya diberi kepercayaan yang lebih tinggi di Sarawak terutamanya di kawasan penduduk yang mempunyai jumlah pengundi majoriti Islam. Ini dikatakan salah 1 perancangan untuk menyekat dakwah PAS mengenai pentingnya Islam dijulang sebagai wadah perjuangan Parti. Mereka juga mendakwa suara mereka ini juga disokong Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang bakal dicantas dari kepimpinan Parti.




PAS Sarawak sebelum ini telah banyak memberi peluang untuk membawa DAP ke depan sejak bermulanya parti ini bertapak di Negeri tersebut. Namun, mereka bukan sahaja tidak dihargai malah cacian serta maki hamun yang diterima dari pihak DAP Sarawak. Malah, mereka juga hairan dengan jumlah keseluruhan kerusi DUN PKR yang dipertandingan sebegitu banyak iaitu 51 kerusi DUN walhal parti itu baru saja bertapak di Sarawak.

Ini sekali gus membuktikan PKR tamak dalam merampas kuasa di Negeri di Bawah Bayu walhal kekuatan PKR dianggap rendah berbanding parti2 lain di Sarawak. PAS Sarawak mempersoal DUN kerusi yang diberikan kepada mereka untuk dipertandingkan yang dilihat cuba membunuh pengaruh parti tersebut. PAS Pusat nampaknya tidak mempunyai sebarang inisiatif untuk memajukan Parti ini atas landasan perjuangan Islam.

Mereka tidak teragak2 akan membubarkan parti ini di bumi Sarawak jika keputusan yang akan diperolehi bertambah teruk pada PRN Sarawak kali ini. PAS Sarawak bukanlah seperti yang didakwa tidak kuat, akan tetapi parti ini telah diketepikan bukan sahaja dari aspek pengaruh dan kuasa, malah suara mereka juga tidak diberi perhatian Pakatan iaitu DAP dan PKR seolah2 parti ini sekadar boneka semata2.



5 comments:

YB Raz said...

parti pas memang boneka..apa selama ni mereka tak perasan ke? buta kayu betul ler puak ni hehehe

Anonymous said...

Pas tu bodoh terlalu ikot telunjuk,padahal PAS lbh lama btapak berbanding pkr baru berapa tahun jer...TAPI ingatlah ORANG TAMAK SELALU RUGI BAGAI ANWAR DENGAN BAYANG-BAYANGNYA

Anonymous said...

Pas memang parti barua pada DAP/PKR....dan mempunyai pemimpin bodoh macam lembu....siang2 kena jantas...semua ahli pas jgn sama bodoh, nasihat orang tak mau dengar..terjun lh dengan labu2nya

Anonymous said...

Bila masa PAS cerdiknya ?

Anonymous said...

mulia sgtka parti yg menggunakan nama Islam tapi tindakan membelakangkan melayu Islam selama bersekongkol dgn dap lahabau tu?

Powered by Blogger.