Apr 11, 2011

2000 MANGSA SPRM MATI BUNUH DIRI!!?





Isu kematian pegawai kastam sedang hebat dicanang dalam ceramah DAP di Sarawak bagi menghidupkan peluang sokongan dan undi bagi pilihanraya kali ini. Sekaligus kembali menjana propaganda kematian Teoh Beng Hock memang berlaku kekejaman SPRM yang mendapat 'endorsement' dari DS Najib. Sekalipun telah berlaku kematian dibawah siasatan SPRM dan teguran cara mereka beroperasi, namun perlu dilihat dari sudut yang lebih jauh. Kematian Teoh Beng Hock telah dijadikan isu sandaran untuk merosakkan imej kerajaan dan DS Najib. Sehingga ke hari ini, DAP sudah menjauhi dan lari dari dikaitkan dengan kes Teoh Beng Hock. Apa yang sebenarnya cuba parti DAP ini sorokkan ...




Kenyataan dari akhbar China Press mengaitkan 1,839 kematian dibawah kendalian SPRM sepatutnya telah membuka mata rakyat dengan permainan politik kotor pembangkang. Nga Kor Ming hanya setakat menjadi pencetus propaganda dari menyembunyikan isu sebenar. Isu paling teras disini adalah semakin terbongkarnya rasuah dalam kastam yang semakin teruk dan telah lama berakar umbi. Negara mengalami kerugian RM 108 bilion setiap tahun!

Pihak dalam kastam, forwarding agent dan DAP yang semakin panas dengan siasatan SPRM sehingga terbongkarnya isu penyeludupan RM 10 bilion oleh kastam. Cara paling mudah adalah dengan mengalih perhatian dari kes rasuah. Siasatan SPRM mendapati terdapatnya rasuah berleluasa melalui 'under declare' atau mengurangkan duti kastam dari forwarding agent yang disokong oleh gengster Cina DAP.

Walaupun DAP cuba membangkitkan isu keselamatan saksi yang perlu dipertahankan, persoalan paling pokok adalah siasatan SPRM yang semakin hampir memecah tembok dalang rasuah didalam jabatan kastam.

Yang pasti, Ronnie Liu dan sahabat sahabat gengster Cina DAP semakin hangat dan panas akibat bahang siasatan SPRM ...


MELAYU ATAS PAGAR
Blogger Gelombang WangsaMAJU

6 comments:

Anti Jumud said...

kesian nik aziz dirampas kuasa oleh hj nga mangkuk..

Anonymous said...

wahai pencacai, pengangkut najis pembangkang, inilah satu contoh FITNAH, Tanpa bukti atau nama walaupun sorang,. Dari seribu lebih tu tolong bg 1 je nama, tempat kejadian, masa kejadian dan tarikh utk membenarkan kata2 anda...

Anonymous said...

Kakitangan berintegriti..jabatan telus,penguatkuasa tegas,kerajaan
fokus....penyeludup,penyeleweng
dan jenayah terancang tergugat...

matmalaya said...

salam,,
perjuangan dalam pernulisan masih jauh,, harap tuan dapat link kan blogs matmalaya disini,,

http://matmalaya.blogspot.com/

Anonymous said...

sebenarnya dalam macc pun ada juga ahli parti pembangkang..kadang2 dorg yang buat busuk dalam kerajaan..mencemarkan nama baik gomen.. terutama pas pis pus

Anonymous said...

Hairan kenapa kes kematian tu di kaitkan dengan kerajaan BN.. Tak kan lah najib dll yang suruh org SPRM tu bunuh orang.. itu adalah masalah SPRM.. tak guna kerajaan BN nak tahankan / protect SPRM kalau yang menyoal tu tak mengikut prosidur..

Terpikir jugak kedua dua kematian tu memang melibatkan DAP.. Beng Hock memang DAP nak tutup kes ketua DAP.. Kastam tu mungkin bukan DAP, tapi kerja harian dia melibatkan ramai forwarding agent dsbnya yang majoritinya orang cina.. dan kalau di lihat kat pelabuhan klang tu, memang banyak orang DAP.. Jadi ianya mungkin ada kiatan dengan samseng DAP.. Nanti habis bocor semua kes DAP ni..

Powered by Blogger.