Apr 23, 2011

1MELAYU 1BUMI.. TUN M MINTA ORANG MELAYU JANGAN JADI BODOH!!





TUN MAHATHIR MOHAMAD semalam membantah penubuhan 1 gerakan yang dianggap beliau sebagai 1 usaha perkauman yang sempit seperti yang dicadangkan Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan. Ianya akan 'membunuh' masa depan Bangsa itu sendiri. Malah, Bangsa Melayu akan lebih mundur dari semua aspek termasuklah Politik dan Ekonomi. Di saat Malaysia menghadapi persaingan Ekonomi Dunia yang kritikal, Tun M meminta mereka yanyug mencadangkan Gerakan tersebut menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah dan bukannya berfikir dengan kehendak emosi semata2. Beliau yang dijulang sebagai Pahlawan Melayu Alaf Baru berkata Bangsa akan kuat dan kental apabila sesebuah Bangsa itu bersatu. Maka itulah matlamat utama yang mesti diusahakan oleh semua pihak. Jika sesebuah Bangsa memberontak, Bangsa itu akan terus dipijak akibat kuasa yang memakan diri.



Memang benar apa yang diperkatakan Tun M. Kita ambil contoh jelas yang dapat dilihat di Negara2 Timur Tengah terutamanya Palestin. Sudah bertahun2 Bangsa mereka mundur, dihina, dibunuh, dirogol malah dijajah di bumi sendiri akibat dari perpecahan kritikal Puak Hamas dan Fatah. Malah Bangsa Arab di Negara2 Timur Tengah bukan sahaja tidak bersatu, malah dicantas sesama sendiri. Oleh yang demikian, Bangsa Yahudi walaupun dikritik hampir kesemua Negara, mereka tetap berkuasa. Kerana Bangsa Yahudi bersatu teguh dengan dasar mereka.

Bekas Perdana Menteri itu juga tidak lihat perlunya sehingga menubuhkan Gerakan 1Melayu 1Bumi yang dilihat bertentangan dengan dasar yang diketengahkan oleh Datuk Seri Najib. Bagi beliau, 1Malaysia dilihat berjaya kerana kesemua Bangsa di Negara ini telah kembali menyokong Kerajaan kecuali Kaum Cina. Beliau menganggap tidak ada guna memberontak membela Bangsa yang masih lagi tidak bersatu. Akibat dari itu, DAP yang menjadi punca peralihan politik kaum Cina ini mengambil kesempatan atas perpecahan kaum Melayu. PAS menjadi alat utama bagi memecahkan Ummah. Oleh itu, apa yang mesti UMNO lakukan kini adalah lebih agresif meyakinkan kesemua Bangsa Melayu termasuklah dari puak penyokong PAS dan PKR.

BRAVO TUN MAHATHIR MOHAMAD. TERNYATA MINDA TUN MASIH MUDA DAN CERGAS WALAUPUN DI SAAT USIA BELIAU SEMAKIN TUA.


7 comments:

tulangrusuk said...

rakyat malaysia khususnya rakyat melayu perlu berfikiran waras dan matang dalam perkara yang melibatkan kepentingan melayu itu sendiri..tanpa akal fikiran yang sempurna perkara yang tidak sepaptutnya bakal terjadi..renung2kanlah wahai rakyat melayu yang tak berapa melayu..berbanggalah menjadi anak melayu dari berbangga menjadi ranting kayu yang tiada fungsinya..

Anonymous said...

aku setuju ngan dr mahathir,gerakan itu mmg tdak baik utk kesihatan negara kita..klu cina membuat satu gerakan yg sama negara kte akan huru hara dan mslah perkauman akan berulang..kita harus bijak mengambil tindakan...

Anonymous said...

Keliru atau sengaja mengelirukan. Kerajaan dan DS Najib sering mencanangkan …biarlah rakyat menilai sendiri..

Apa sudah jadi.Apakah pandangan rakyat wajar dianggap sebagai Melayu Bodoh.Tidak kah usaha rakyat dengan sendirinya mengukuhkan kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO [Bangsa Melayu ]dan apakah tugas penyatuan Melayu hanya terletak dibahu UMNO. Siapa orang umno dan siapa Melayu.

Apakah sedangkal itu Melayu gerakan penyatua n bangsa untuk menjahanamkan negara spt tanggapan mereka.Itukah hakikat gerakan murni ini dibidas…Apakah perpecahan orang2 Melayu bukan masallah atau dengan adanya sokongan dari masyarakat kaum lain maka kita harus terbuai dan terlena terus.

Sorry bro dan TUN [respect you bro], orang Melayu masih berakal dan selagi Islam yang menjadi inti dan hala tuju kehidupan orang2 Melayu insyaAllah .

YANG terjadi diPalestin seharusnya di ambil dan dijadikan iktibar[bukan di momok2kan ]…bila perpaduan ummah di abaikan dan sikap enau dalam belukar pemimpin2 Arab dan bangsa mereka maka itulah natijahnya…Dan hal sama itulah sedang bergolak di bumi ini.Apakah orang2 Palestin dipersalahkan..atau haruskah mereka ‘kowtow ‘dengan kehendak musoh mereka.

1 Malaysia /1 bumi adalah gerakan umum orang2 Melayu dari sebarang lapisan dan fahaman POLITIKNYA…Bolehkah Melayu berdiri terus Melayu terus memimpin negara ini kalau perpecahan berlaku terus.
Yang benar itu kita sokong tapi yang jelas salah itu harus di perjelaskan….Apakah Umno [Pertubohan yang disokong orang2 Melayu sudah tidak relevan lagi,sehingga perpaduan Melayu menjadi kegusaran kepada mereka] …Kerana BN sudah kukoh.Tiada yang kekal dimaya ini , kalau kita tidak cuba mengekalkannya…

Lihat sekeliling kita,PENGKHIANAT BANGSA DAN PEROSAK MINDA ORANG2 MELAYU .begitu LANTANG mengkhianati kaum sendiri dan melacur agama semata2 kerana APA..apakah mereka cintakan bangsa mereka atau sekadar memastikan makanan2 lazat dan tempat peraduan yang empuk yang mereka kecapi berterusan.It’s just a wake up call dari rakyat yang menyokong untuk Pemimpin2 Melayu yang lena dan masih bermimpi.

Melayu Islam tidak akan berkhianat kepada pemimpin mereka dan tidak akan bertindak zalim kalau mereka tidak dizalimi.Buktinya…Kaum2 lain masih bebas dan semakin lantang brtempek tanpa di ganggu mahupun di pukol bantai oleh orang2 Melayu.Positif thinking lah bro….orang2 melayu bersyukur dengan pemimpin terdahulu kerana membuka ruang ilmu dan kerjaya sehingga maju,dan rasanya kami berterimakasih dengan terus menyokong mereka.Tapi kenapa bila sebagai rakyat yang cintakan bangsa dan agama serta negara mereka usahakan sesuatu untuk membantu mengekalkan tradisi ini di pandang sepi dan di salah ertikan..Mereka sahaja kah yang bijak…dan menggunakan akal sehingga orang lain harus menerima seadanya.

Bukankah Melayu yang bersatu ini dari awal PENUBUHAN PERTUBOHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU..yang meletakkan mereka diatas singgahsana…Benar sekali ungkapan KERAMAT Tun Mahathir ini …MELAYU MUDAH LUPA………[Mereka membaca dan mempelajari ISLAM DAN al Quran..Mereka juga kenal peribadi dan bagaimana sikap orang2 Islam…mereka gunakan segalanya untuk menjahanamkan bangsa Melayu /Islam ]Orang2 Melayu yang lupa diri akan menjadi duri dalam daging dan gubting dalam lipatn…itulah strategi musuh2 kita..Apakah tidak jelas atau kita menafikan adanya.

Kenapa tidak diberi sahaja royalti dan sebagainya yang diperlukan oleh bangsa Melayu DI kelantan supaya lebih maju.dan setanding dengan negeri2 lain.Apakah dengan melonggokan segala macam bantuan yang berbukit2 kepada kaum cina utk sekolah dan apalagi membantu memajukan bangsa Melayu ..

Wallahuwa’lam.

Anonymous said...

sambung sikit,sebagai pencerah kepada saudara2 sebangsa dan seagamaku demi bangsa/Agama dan Negara.

Rasulullah juga memepringatkan kita..

kalau ada kata2nya dan perlakuannya yang bertentang dengan Al Qur'an..maka abaikan dan jangan di turuti.

wallahuwa'lam

Anonymous said...

salam... 1 melayu 1 bumi,, membawa maksud ,,, melayu harus berpadu,,,jgn berpecah lg,,,,bkn untuk menimbulkan huru hara,, kenapa perlu melayu sendiri yang kecoh2,,, kalu cina boleh,, kenapa melayu tak boleh,, melayu sudah lama bertolak ansur,,malah dalam Malay Dilemma sendiri Tun telah sebut,,, maka kami selaku waris2 terkini Melayu,, tidak suka dipermainkan,,, malah UMNO sendiri yng semakin kecut telor,, maaf ckp,, sy sendiri ahli UMNO,, tp ini realiti,, bila ade pemikiran yang agak keras,, diketepikan,, hingga anak2 muda rasa lemah.. tidak ada asa untuk berjuang,, sape yang kerat,, UMNO sendiri,, takut,, takut kepada bangsa lain,, maaf ckp,, ini yang berlaku,, UMNO terlalu bertolak ansur,, kalu hancur negara kerana bangsa lain yang mulaka,, maka kami rela hancur,, kalu dah berperang menjadi titik tolak,, maka shahidla pengangan kami,, salam

Anonymous said...

Daripada cipta 1Melayu,1Bumi lebih baik kita mempergiat usaha memperkukuh ekonomi dan memperbaiki tabiat merugikan bangsa sendiri. Orang Melayu seolah-olah suka membazir dalam berbelanja dan membuang masa.

1. Pengguna Astro: Melayu = 1.76juta, Cina = 0.76juta. Padahal orng Cina lebih kaya dari kita. Rancangan TV yang sedia ada pun dah tak cukup masa nak tengok.

2. Kerap tukar kereta. Daripada bayar bulanan, lebih baik guna wang itu untuk hantar anak ke Universiti @ Kolej swasta. Kurangkan sikap bangga dengan kereta. Lebih baik beli emas untuk simpan.

3. Kurangkan aktiviti sembang petang, terutama di kalangan kaum ibu. Di taman perumahan saya, setiap petang ada saja beberapa kumpulan mereka bersembang kosong, sambil menanti suami pulang kerja, setiap hari. Hari Sabtu & Ahad pun ada.

4. Awasi anak2 dan suruh mereka pulang cepat selepas selesai sembahyang di Surau @ Masjid. Anak2, terutamanya lelaki amat gemar ke Surau kerana mengambil kesempatan untuk jumpa kawan2. Lepas sembahyanh Jumaat, terus tak balik rumah hingga lewat petang. Lepas sembahyang berkumpul sambil bersembang sampai tengah malam. Orang tua pun sama, berkumpul di simpang jalan dan bersembang kosong dan mencerita keburukan orang lain. Masaalah ini lebih ketara pada bulan puasa.

5. Segala tindakan kita untuk memperkukuhkan syariat Islam mestilah dikaji/teliti atau dengan cara yang tidak akan memyebabkan kita rugi, akhirnya.
Selanjutnya, boleh ikuti pendapat Syed Akhbar Ali.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/04/why-are-islamic-countries-poor.html

RD

Anonymous said...

..benar kata Tun itu, yang menjadi masaalah kepada orang Melayu bukan kerana Cina telah bersatu dalam DAP,mereka telah lama bersatu cuma berlakon macam tidak bersatu. Masalah sebenar ialah Melayu main politik mempertikaikan tahap keislaman orang Melayu lain tetapi sanggup jadi alat DAP...

Pak Pandir

Powered by Blogger.