Apr 15, 2011

10 RIBU INDIVIDU DALAM REKOD SPRM!!?





1 Perhimpunan yang dijangka dihadiri 10,000 orang akan diadakan bagi menunjukkan tanda sokongan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mencantas perasuah2 yang terlibat di tanah air. Ianya adalah kemuncak kepada program anjuran Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia. Satu perhimpunan besar-besaran sebagai tanda sokongan padu dan kepercayaan penuh kepada SPRM dalam usahanya membasmi gejala rasuah akan diadakan Julai ini. Presiden pertubuhan itu, Datuk Shahrul Nizam Yunos, berkata perhimpunan bertemakan 1Rakyat 1Integriti itu sebagai gelombang sokongan kepada SPRM untuk terus menjalankan tangungjawab tanpa takut dan tunduk kepada mana-mana pihak. Beliau sebelum itu menyerahkan satu memorandum sokongan kepada SPRM di sini hari ini. Memorandum itu diterima oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. Ahli pertubuhan itu yang hadir menyaksikan penyerahan memorandum itu melaungkan “Hidup SPRM” dan “Hapuskan Rasuah” selain membawa beberapa sepanduk untuk menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan dan kakitangan agensi itu. (Gambar di atas dipamerkan sebagai contoh Penglibatan dalam politik wang bagi mendapat pencalonan tertinggi bagi merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO pada ketika itu. Namun rekod kes tersebut berjaya dihapuskan oleh beliau melalui pengaruh kuat di dalam parti.)




0 comments:

Powered by Blogger.