Mar 10, 2011

ZAID IBRAHIM SPONSOR GOBALA RM 1.4 JUTA??





RM 1.4 Juta nilai bekas totok Anwar Ibrahim, N.Gobalakrishnan. Beliau kini telah meninggalkan parti tersebut. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah menuduh N.Gobalakrishnan di bayar sejumlah wang yang besar untuk meninggalkan PKR. Ini kerana Saifuddin merujuk kepada pembayaran pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah, yang didakwa Saifuddin milik Ahli Parlimen Padang Serai itu.




Bayaran tersebut diberikan kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Siapa yang bayar? Zaid Ibrahim? Jangan kata UMNO lagi? Tak ada masa hendak bayar berjuta2 kepada Ahli Parlimen PKR semata2 untuk bertindak keluar parti. Habiskan wang saja. Yang bayar pun bekas orang2 PKR juga. PKR kaya. Buat hal, keluar parti. Lepas itu, ajak kawan2 lain keluar juga. Masuk Parti KITA.

Bila melihat situasi macam ini. Teringat kenyataan bekas orang kanan Anwar Ibrahim ketika PKR diumumkan menang besar pada PRU12 dahulu. "Kemenangan PKR amat berbahaya pada parti. Kerana mereka akan semakin lupa diri lalu berpecah belah."

PKR Oh PKR... Kekayaan pemimpin kamu ditutup. Apabila mereka bertindak keluar dibongkar pula. Peras Ugut menggila.


3 comments:

GTPuteri said...

tak lama lagi bila dua org ni gi minumGobala kata dia presiden Kita bertumbuk lah pulak dgn zaid ibrahim.zaid kata dia presiden,dua dua dh mambuk,

GTPuteri said...

silap silap malam tuhb zaid kata ,a ah gobala ko mmg presiden , tapi bkn parti KITA parti katak.

Anonymous said...

DUA KALI LIMA KALI DUA

Dalam keterujaan membuka pekung di dada Gobala, tanpa sedar pekung illuminati terbuka!!

Kalaulah ada katak yang disponsor agar agenda 16 September boleh direalisasikan maka bolehlah dianggap katak berkenaan kena tumbuk rusuk.

Apa yang berlaku (kalau betullah ada wang bertukar tangan) adalah katak Gapla mendapat komisyen kerana melompat masuk ke dalam kolam yang lebih kecil (iaitu kolam bebas yang tidak mewah).

Walhal kolam asal Gapla adalah jauh lebih mewah! Oleh itu masakan ada cort (waima kangaroo cort) yang akan percaya tindakan melompat dari kolam mewah memasuki kolam daif mempunyai kaitan dengan tumbuk rusuk?

Rasanya mantan bos Gobala akan termalu sendiri kerana menuduh Gobala 2X5 sedangkan PKR adalah 5X2.

LOL

Powered by Blogger.