Mar 8, 2011

ZAID IBRAHIM IKRAR USUNG ANWAR KE PENJARA!!





KITA.... "Memang kita akan pastikan lebih ramai Pemimpin dan Ahli PKR akan bertindak keluar parti dan menyertai KITA..." Itu jaminan Pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebagai respons berkenaan penipuan sebagai senjata kerakusan kuasa yang menjadi Misi Jahat Parti milik Diktator Anwar Ibrahim. Malah, ini adalah bertitik tolak dari kekecewaan beberapa Pemimpin dan Ahli PKR dengan kepimpinan dan perjuangan PKR yang bukan sahaja kian tersasar, malah akibat dari terlalu tamakkan kuasa sehingga mengabaikan kebajikan Rakyat.




Parti KITA merupakan sebuah parti alternatif kepada kesemua masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat yang merasakan perlunya sebuah nafas baru dalam menghirup perjuangan Keadilan Sejagat. Ini adalah asas perjuangan PKR yang dikenalinya satu ketika dahulu. KITA bukan sahaja mampu menandingi PKR, malah akan menjadi pesaing utama dalam peperangan politik parti tersebut.

Zaid Ibrahim juga berikrar tidak akan sama sekali berkompromi dengan PKR yang telah banyak menggadai maruah nadi rakyat, yang telah tertipu dengan perjuangan palsu Anwar serta kuncu2 nya. Kesemuanya demi mengaut kuasa tanpa batasan semata2 untuk menumbang kerajaan BN.

Apabila disoal mengenai kerjasama dengan BN, Zaid Ibrahim menjelaskan bahawa parti KITA tidak akan sama sekali bekerjasama dengan parti pimpinan UMNO tersebut. BN tetap dianggap sebagai musuh utama dalam arena politik tanah air. Akan tetapi, tiada gunanya UMNO dan BN berjaya ditumbangkan jika ianya dirampas oleh Gabungan Pakatan pimpinan Anwar yang ternyata lebih 'bijak' dalam mengaut kepentingan rakyat secara total berselindung dengan janji2 palsu yang memukau di sanubari rakyat. Akhirnya, bukan sahaja janji2 tersebut tidak ditunaikan, malah rakyat akan lebih terseksa.

Misi dan Matlamat KITA tidak meletakkan penguasaan Kuasa Kerajaan sebagai asas perjuangan. Akan tetapi ianya sebagai saluran terbaik dalam memusnahkan mana2 parti yang cuba menjual maruah Rakyat, memperbodohkan kepercayaan yang diberikan rakyat, menggugat kestabilan Negara dan yang lebih kritikal, menjadi Master Plan dalam menjual maruah Negara kepada musuh Negara.

Misi Zaid Ibrahim bersama parti penjenamaan semula ini sangat baik jika diambilkira dari sudut perspektif politik semasa. Beliau telah menawarkan diri untuk menjadi benteng pertahanan Kerajaan BN apabila diserang Anwar dan PKR. Akan tetapi, adakah beliau benar2 ikhlas dalam perjuangan seperti yang didakwa olehnya? Sejauh mana kukuhnya benteng yang sedang beliau bina ini?

BN tidak memerlukan mana2 proksi atau kambing hitam dalam memperkuat parti ini. BN ternyata kian cemerlang dengan kemenangan demi kemenangan menumpaskan juak2 Pakatan melalui Pilihan Raya2 Kecil sebelum ini. Kerana BN sememangnya telah lahir sebagai Benteng Maruah Negara. BN lahir sebagai Benteng Rakyat Malaysia.

Biarlah. Melayu CinDia sentiasa berdoa agar Misi Zaid Ibrahim bersama Parti pimpinan beliau berjaya mengaplikasi Misi dan Matlamat yang diikrar olehnya jika benar apa yang dihasratkan beliau benar2 ikhlas. UMNO dan Barisan Nasional jangan sesekali menganggap ianya sebagai 1 kelebihan buat kita sehingga leka dengan hasil kemenangan sebelum ini.

Teruskan agenda Membela rakyat. Kerana inilah matlamat Perjuangan Barisan Nasional. Dan inilah sebenarnya kunci kejayaan Barisan Nasional. BN bukan sekadar sebuah parti Alternatif, BN adalah pilihan utama rakyat. Rakyat akan memilih kita berdasarkan rekod gerak kerja mengaplikasi Perjuangan yang telah dinyatakan sejak sekian lama. Mantapkan lagi misi ini. Perkuatkan jentera. 1Malaysia sebagai tunjang pembelaan Rakyat.


2 comments:

bayan said...

Salam Bro,Kenapalah orang melayu ni suka berpecah.Semangat tak kental dan hendak cepat senang/kaya.Mudah kecewa,lepas tu tubuh parti.Kenapa tak berteduh dibawah satu payung.Kalah bertanding dah kecewa.Adat bertanding,ada yg menang dan ada yg kalah.Yg kalah patut kena terima amalan demokrasi.Bukan merajuk,langsung tinggalkan parti .Punyai sifat begini tak boleh jadi pemimpin.Tubuhkan parti baru pun nanti sama perangai nya.

Orang pemikir tak sama dgn orang politik Bro.Zaid ni orang pemikir.Sepatutnya berikan pandangan dan idea yg baik mengikut saluran tertentu.Inikan lebih afdal.Jangan hendak menjadi jaguan rosakkan bangsa sendiri.Ramai lagi bangsa melayu yg masih mundur dan dalam hayalan sepatutnya disuntikkan doktrin yg berfaedah utk masa depan mereka.

Walaupun Sdr.Zaid mempunyai kewangan yg mantap sepatutnya tak perlu menubuhkan parti KITA.Lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

MAMAT NI SERUPA MACAM ALJUBS LA,,,BEZANYA DIA KALAH DALAM PEMILIHAN

KALAU DIA MENANG, MAU DIJILATNYA PUNGGUNG NUAR

TAKLEH PAKAI LANGSUNG

Powered by Blogger.