Mar 19, 2011

WAWASAN 2020 - PAS DAKWA TUN M RUJUK KITAB INJIL!!





ANEH benar apabila Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak akhir2 ini kembali menyerang Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. Gelaran2 lama yang pernah ditujukan kepada beliau telah digunapakai semula oleh PAS bagi menjatuhkan maruah dan krelibiliti bapa kepada Datuk Mukhriz ini. Ketika kedengaran beberapa Pemimpin PAS kemaruk hendak ke Sarawak untuk menyebarkan dakwah penerangan kedaulatan Kitab Injil dari PAS, terdapat juga lalat2 kotor diperingkat akar umbi yang tidak dapat lari dari perjuangan asal PAS yang kini telah dilupuskan. Islam Ekstrim. Menggelar Tun Mahathir sebagai Seorang Pemimpin Melayu yang Murtad menggunakan Kitab Injil sebagai Pegangan Hidup. Astagfirullah.



Cerita ini dicungkil ketika Melayu CinDia sedang minum petang di sekitar Gombak Setia, Melayu CinDia ternampak sekumpulan totok2 PAS dari Kelantan yang juga minum di gerai tersebut. Berpakaian lengkap T Shirt yang tertera PAS For All. Mereka begitu asyik berborak dengan longat Kelantan sehinggakan 1 gerai mendengar perbualan mereka. Tiba2 Melayu CinDia terlihat 2 gadis muda yang kelihatan seperti pelajar IPT yang rasa2 nya baru pulang dari membeli belah.

Dengan beg pakaian berjenama keliling pinggang, gadis tersebut membuka 1 beg yang tertera jenama MPH, sebuah Kedai Buku terkenal. Apabila dikeluarkan dari beg tersebut, Melayu CinDia tersenyum lebar kerana tertera Gambar Tun Mahathir Mohamed dan nama 'A Doctor In A House'. Memang diakui buku ini menjadi rebutan sehinggakan penjualannya laku macam Goreng Pisang.

Salah seorang puak totok2 PAS ternampak 2 orang gadis ini memegang buku tersebut. Alangkah terkejutnya Melayu CinDia apabila totok2 PAS dari Kelantan ini terjerit2 memalukan gadis2 tersebut dengan panggilan 'Tino' dan menghina buku nukilan Tun Mahathir ini. 3 orang dari puak tersebut terus melulu ke meja gadis2 itu dan memulakan 'dakwah' mereka. Dengan menggelar Mahathir sebagai Yahudi, totok2 PAS ini membongkar bahawa Tun Mahathir menggunakan Kitab Injil sebagai rujukan dalam melaksanakan Dasar Kerajaan termasuklah Pembangunan ke Arah WAWASAN 2020.

2 gadis itu terpinga2. Mereka cuba beredar akan tetapi totok2 PAS ini menggunakan psychology tersendiri sehingga menyebabkan gadis2 ini tidak dapat melarikan diri. Antara bukti2 lain yang mereka gunakan bagi memesongkan 2 gadis tersebut mengenai Kepimpinan bekas Presiden UMNO ini dengan mengatakan Tun M seorang Pembunuh Pejuang2 Islam merujuk kepada Peristiwa Memali.

Akhir sekali Tun M juga digelar sepatutnya ditanam hidup2 di Tanah Melayu kerana telah menderhaka kepada seorang manusia yang digelar Pejuang Kemerdekaan bernama Tunku Abdul Rahman, merujuk kepada pemecatan Tun M pada tahun 1960an oleh Tunku kerana mengeluarkan buku The Malay Dilemma. Hati aku ini berkecamuk. Jika sekali lagi bersuara, aku memang confirm akan pergi ke meja tersebut dan menghalau mereka.

Mujurlah akhirnya salah seorang gadis itu bersuara. Mudah sahaja untuk mematikan juak2 PAS itu. Gadis tersebut bercakap, "Maknanya Orang2 PAS mengakuilah bahawa Tunku Abdul Rahman itu Pejuang Kemerdekaan?" Terdiam totok2 PAS itu. "Tak sangkakan, orang2 PAS ni pun mengaku Pemimpin UMNO ni pejuang Negara. Alhamdulillah." Terkedu muka totok2 PAS itu.

"Lain kali jangan cakap sampai lupa akal yang dikurniakan oleh Allah. Hendak menghina Pemimpin UMNO (Tun M). Tapi akhirnya puji juga Pemimpin UMNO (Tunku). Kenapa tak guna Pemimpin2 PAS?" Lalu rakan gadis tersebut menjawab, "Yang kat depan kita ni la pejuang2 PAS. Nak tunggu panggil gelaran Bapa apa pun tak tahu." Panggilan bapa merujuk kepada gelaran terhadap Perdana Menteri2 sebelum ini seperti Bapa Kemerdekaan Negara.

Lalu totok2 PAS ini memberi salam dan terus beredar dari kedai tersebut diikuti beberapa puak lain. Melayu CinDia tepuk tangan depan mereka. Pemilik kedai minum tersebut lalu menjerit Hidup UMNO selepas totok2 PAS itu beredar. Minum pun dekat Kedai UMNO. Inilah pengajaran buat mereka akibat menghina Pemimpin Negara. Tiada lagi kedengaran gelaran Pemimpin Negara dari kalangan PAS, apatah lagi DAP dan PKR. Semuanya lahir dari Pemimpin2 UMNO. Kerana gelaran itu jugalah yang diberi pengikhtirafan kepada Rasullullah, Saidina Abu Bakar sehingga Saidina Othman.




5 comments:

Anonymous said...

org Singapura,
Jika benar kejadian ini Alhandulillah.Syukor kerana anak2 muda sudah mula tau akan perkembangan politik sehat.semoga org2 melayu malaysia sedar dari lamunan.

Anonymous said...

hehehhe....jawapan yang tepat terus melekat ke hati ... aku pun ada sorang kawan PAS samalah depa nie kalo duduk citer kononya tun dan umno jahat sangat .... macam depa tu betui semuaaaa... sepatutnay lu pi lempang lagi yang dok terconggak tengok buat apa telor tak ada kaaa... wakakkakakakakakakak wowwww

Anonymous said...

Masa jaman reformasi dulu, berikut adalah tohmahan-tohmahan orang berikan pada Mahadir. Oleh sebab puak-puak "agama" yang cakap, maka masa tu teman pun ikut percaya. kah kah kah. Apa nak buat beb. Masa tu ana sama biol lagi:-

(i) Mahadir ada sebuah bilik dalam rumahnya di mana dia simpan berhala buddha siam. bilik ni sorang pun tak boleh masuk. budak2 TNB yang betulkan letrik dia satu hari yang tesalah masuk lalu terjumpa.

(ii) Mahadir ada simpan pompuan cina sebagai gundik. Siap bagi photo rumahnya sekali, you! Ntah gambar rumah sapa yang diambiknya ntah lah.

(iii) Mahadir punya IC sebenarnya warna merah.

Heheheh macam-macam lagi, you! Cuba bayangkan berapa banyak dungu2 melayu boleh percaya semua ini. Jadi tak hairanlah kerbau yang beberapa ekor ni tuduh bab injil pulak. Kelakar betole. Naper lak kitab injil? Naper tak kitab Baghavad Ghita terus?

Patutlaaaa Tuhan bagi rahmat yg banyak pada mahadir. Bukan sebab dia alim atau ibadata banyak, tapi sebab segala pahala-pahala orang-orang yang pitnah dia, seua Tun dapat. Haaa fitnah lah. Fitnah lagi.

Adey dey dey senak perut gelak.

A-I-B said...

Cakap takde bukti, sape pun boleh buat cerita camtu. Itulah blogger UMNO laknatullah!...

Anonymous said...

bagus budak2 jawab balik kat org PAS. aku x fhm kenapalah org2 PAS yg berfikiran jumud dan x de akal fikiran, suka sgt percaya tohmahan terhdp TDM. Apa guna wat solat 5 waktu tapi suka wat isu yg x masuk akal....

Powered by Blogger.