Mar 14, 2011

WANITA PKR SEPAKAT UGUT ZURAIDAH LETAK JAWATAN!!





Reaksi Timbalan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Dr Joyce Lee Yueh Choo semalam yang mendedahkan kerakusan kuasa dan wang Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin sepanjang penglibatan mereka di dalam parti telah mendapat sokongan padu dari beberapa pemimpin Wanita PKR yang lain termasuklah di Kedah, Johor dan Melaka. Malah, 1 perjumpaan akan diadakan bagi mendesak Ketua Wanita PKR Pusat itu melepaskan jawatan beliau sebelum bukti2 skandal politik Zuraidah dibongkarkan.





Semalam Dr Joyce Lee Yueh Choo telah membongkar mempunyai bukti2 kukuh yang memperjelaskan strategi kotor kedua2 pemimpin PKR ini yang menghasut beberapa pemimpin di peringkat akar umbi mencantas beberapa pemimpin parti ini sehingga menjadikan PKR berpecah.

Beliau juga telah mencabar kepimpinan PKR untuk mengambil tindakan displin dan menggantung Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin yang jelas menyalahgunakan kedudukan dan sabotaj pemilihan kepimpinan secara terbuka. Selain itu, Diktator PKR Anwar Ibrahim turut diselar Dr Joyce Lee Yueh Choo sebagai pengecut dan bacul malah turut bersubahat dengan kegiatan kotor kedua2 parti itu bagi menyelamatkan kerjaya politik peribadi.

PKR kata beliau dilihat tidak lagi layak digelar sebagai sebuah Parti yang mendaulatkan keadilan rakyat kerana politik kotor ini telah bergerak aktif walaupun parti ini baru sahaja 12 tahun ditubuhkan. Beliau akan mempergiatkan kempen ini dan memastikan ahli2 PKR di peringkat akar umbi menolak kepimpinan sedia ada.


2 comments:

Anonymous said...

Besar nampak rumah tu.. tak ada ke MACC nak check mana dapat duit tu.. ala macam kes Khir Toyo dan Dato Zack tu lah.. Tak ada org nak report ke kat MACC.. Ini belum jadi MB Selangor lagi..

Anonymous said...

Woit.. tak tahu ke mak bapak azmin tu billionaire.. tapi mak bapak angkat dia lah.. sekali cucuk satu juta..

Powered by Blogger.