Mar 23, 2011

USTAZ NASHA JANGKA HADI AWANG AKAN DICANTAS!!





Ramai yang menganggap tindakan Presiden PAS, Hadi Awang menyokong Anwar mengenai Tayangan Video Seks itu sebagai langkah mematikan karier politik beliau di dalam PAS. Ini merupakan salah 1 strategi yang digunakan selain dari mengalih perhatian semua pihak mengenai desakan untuk menyerahkan DNA Anwar bagi membuktikan individu yang di gelar Lelaki Y. Ustaz Nasharuddin telah dimaklumkan mengenai sokongan Presiden itu lalu mengeluh dan menjangkakan Hadi Awang kini pada tahap berjaga2 sebelum dicantas Puak Erdogan yang sememangnya bercita2 untuk menawan hampir kesemua jawatan dalam Parti pada tahun ini. Ustaz Nasha juga mendakwa Hadi Awang sewajarnya merujuk dan berbincang dengan beliau dan rakan2 terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menyokong Anwar kerana beliau diberitahu Kenyataan Media pada awalnya dihadiri Datuk Mahfuz Omar mewakili PAS. Ustaz Nasha juga apabila diasak soalan mengenai masa depan beliau dalam arena politik PAS, beliau berkata terlalu awal bagi beliau untuk menjangkakan apa yang akan berlaku namun sentiasa berdoa agar PAS terus dipelihara dari sebarang bentuk strategi yang tidak direstui Allah.


2 comments:

mnorkembalak said...

Apa sahaja ancaman kepada Anwar Pas sedia menjadi lapik liangnya kerana Anwar adalah tiket Pas ingin sampai ke Putrajaya..cayalah..bro..

Anonymous said...

Sedikit masa dahulu PAS memang sebuah parti yang boleh dikatakan berperinsip teguh dan boleh di percayai jika dibandingkan dengan PKR, DAP dan BN sendiri.. Masa tu mereka berani berkata sebab tak terikat dengan mana-mana parti walau pun nampak ekstrem.. kini PAS semakin lemah dan tidak boleh di percayai lagi.. perjuangan dah serong sebab tamak kan kuasa politik.. jadi sama sahaja lah PAS dengan mana mana parti politik yang lain..

Powered by Blogger.