Mar 14, 2011

TUN M BONGKAR PAS SIMPAN BUKTI KUKUH ANWAR PELIWAT!!





Jumaat lepas bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun M telah dihina melalui Khutbah Jumaat di Masjid Taman Tun Dr Ismail akibat daripada penghasilan buku nukilan beliau yang turut menyelitkan kisah Anwar sebagai Peliwat. Imam tersebut yang dikatakan juga merupakan Pemimpin PAS kawasan telah melaungkan Mahathir Fasiq bergema di hadapan makmum yang hadir. Jika dilihat ini merupakan tragedi yang paling memalukan sepanjang hidup beliau kerana beliau telah dihina di dalam Rumah Allah di hadapan umat Islam yang hadir menunaikan Solat Jumaat. Akan tetapi, Tun M tenang menghadapi situasi sedemikian. Beliau bukan sahaja sudah terbiasa dengan gelaran2 tersebut, malah ada yang pernah menggelar beliau berperangai Yahudi sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri. Imam Khutbah tersebut lupa akan sejarah. Siapa pemimpin politik pertama yang menggelar Anwar Peliwat? Lupakah kita akan gelaran Al Juburi? Siapa yang memberi gelaran tersebut? Mohamad Sabu. Pemimpin agung PAS. Adakah Mat Sabu juga dikategorikan sebagai Fasiq kerana pernah mengakui penglibatan Anwar dalam seks luar tabii tersebut?




Imam tersebut antara juak Totok2 PAS yang lupa bahawa Pemimpin2 PAS yang di antaranya ialah Mat Sabu terlebih dahulu menyebarkan kepada umum melalui Ceramah2 parti tersebut dengan melaungkan Anwar Al Juburi sebagai respons mengiyakan penglibatan Anwar dalam jenayah seks Liwat semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tun M pada ketika itu leka diracuni Anwar membela orang ini dan mempertahankan dakwaan PAS dan kuncu2 nya tentang perilaku bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Siapa yang fasiq? Akan tetapi, tidak sempat Tun M mengucapkan Terima Kasih kepada PAS kerana menyedarkan beliau akan perbuatan terkutuk Anwar, dimaki semula oleh PAS dengan pelbagai gelaran. Malah Pemimpin Gay yang didakwa mereka kini dijulang dan dipertahankan sehingga di dalam Khutbah Jumaat.

Tun M tidak menghadapi sebarang masalah dengan gelaran2 sedemikian. Banyak gelaran yang dilihat lebih 'menarik' sebenarnya. Mahafir'aun, Mahazalim, Yahudi Melayu, Kafir dan banyak lagi. Lebih teruk lagi, PAS sehingga mengadakan Solat Hajat bagi membela Anwar yang dahulu digelar Al Juburi dan meminta Allah melaknat kepimpinan Tun M.

Islam itu benar dan adil. Doa2 buruk PAS bukan sahaja tidak dimakbulkan, malah Tun M terus dihormati dan disegani malah bertahan dan dihormati di seluruh dunia. sehingga kini walaupun telah bersara dari dunia Politik tanah air. Malah doa tersebut memakan diri PAS sendiri setelah Pemimpin parti tersebut sendiri menjulang golongan Fasiq ini dengan penganugerahan khas.



Imam tersebut yang mewakili Totok2 PAS juga lupa, siapa yang bersama menyokong Tun M ketika beliau giat berceramah mengkritik kepimpinan Pak Lah1 ketika dahulu. Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayob malah Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri antara yang hadir memberi penghormatan kepada beliau. Malah Nik Aziz sendiri memuji kepimpinan Tun M dengan memberi gelaran Pemimpin Islam paling berani menghentam tindak tanduk Yahudi Zionis menghancurkan Islam. VIDEO MERUPAKAN KENYATAAN NIK AZIZ DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS MENYANJUNG TUN M SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM YANG BERANI!! Adakah pemimpin2 PAS ini juga turut Fasiq kerana bersama menyokong Tun M pada ketika itu?

Inilah yang dinamakan menyalahgunakan Islam sebagai strategi politik. Inilah yang dinamakan menyalahgunakan Masjid sebagai medan pertarungan politik. Pendirian bertukar mengikut situasi dan kepentingan politik. Banyak lagi sebenarnya bukti2 jelas bahawa pendirian Tun M ini adalah benar dan tepat. Daripada apa yang terlihat kita mengenai Tun M dan PAS, fikirkan sejenak, siapa sebenarnya munafiq? Siapa sebenarnya Fasiq?

Tun M tidak perlu menonjolkan diri sebagai seorang yang sangat berpegang teguh kepada Islam. Tun M tidak perlu mencanang seluruh dunia tentang perjuangannya memertabatkan Islam. Kerana apa yang dilakukan sudah ada di depan mata. Ianya sedang dan akan terus dinikmati oleh rakyat Malaysia selama2 nya. Orang yang Fasiq inilah yang mencetus Idea penubuhan Perbankan Islam dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Orang Fasiq inilah yang mencetus idea pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antabangsa (KLIA), Bandar Metropolitan idaman Pakatan Rakyat iaitu Putrajaya dan banyak lagi.

Ini semua kini sedang dinikmati oleh kesemua rakyat Malaysia termasuklah dari kalangan ahli2 dan Pemimpin2 PAS sendiri. Adakah ahli2 PAS turut fasiq kerana melanjutkan pengajian di UIAM? Adakah ahli2 PAS turut fasiq kerana bersubahat meneruskan kerjaya pekerjaan di KLCC, KLIA dan Putrajaya?

Tun M lebih mengenali siapa itu Anwar Ibrahim. Kerana manusia inilah dikutip bekas Presiden UMNO ini dijulang sehingga bergelar manusia No.2 di Malaysia. Maka layaklah juga Tun M membuangnya kerana Tun M sedar, apa yang diperkatakan Pemimpin2 PAS mengenai tabiat Al Juburi Anwar adalah benar.



14 comments:

House PK said...

Very good posting bro! Well done

nun manjung said...

Aku selalu juga menonton siaran langsung sembahyang jumaat dan selalu juga nampak Tun M di kaca TV sedang bersembahyang. Memang pas tak sedar diri. Muka tak malu betui mat sabu, boleh pulak duduk sebelah menyebelah dengan si juburi tu. pelik betui aku tengok orang macam ni...

zxc said...

Salam. Berat kita di malaysia ni..diuji dengan makhluk2 macam B.A.B.I, Tuan Guru Nee Ah Zee, Kapal Posingh, Lim Guan tonggEng, dll. tu tak masuk tekanan dari luar lagi..Nasib baik ada orang macam Tun & P.M Najib. Semoga Allah melimpahkan rahmat & hidayah kpd kita utk menghadapi ujian nih (jangan ringankan solat!! Tun dah tua pun solat berjamaah di masjid, orang muda2 dalam UMNO kena rajin pi masjid!!)

Anonymous said...

termenung aku sebentar bila aku habis membaca artikel ini...

apa yang anda tulis.. semua nya benar..

tersedar aku sekejap..

well done.. keep up the good work.. now am boomark your blog for future reading....

BRAVO...

Anonymous said...

aku doakan mudah2 Dr. Mahathir diberi kesempatan Allah untuk pergi bersolat JUMAAT di masjid TTDI tu, bukan jauh pun,
saja.... boleh laa Dr. Mahathir kenal siapa yg mencaci beliau.

lidey lim said...

setuju dengan artikel sedara ni...

bila la puak2 tu nak sedaq. huh

Anonymous said...

ketiga2 insan ini masih hidup..tun mahadhir,nik aziz (sampai mampos pun aku tak akan panggil dia tok guru)dan anwar ibrahim..cuba kita teliti wajah2 mereka ini,kita tengok wajah dr mahathir sentiasa manis dan berseri kalau dibandingkan dengan kedua2 wajah anwar dan nik aziz...di dunia dah nampak dah.

Anonymous said...

bravo lah abang,tepat sekali sasaranya.

Anonymous said...

Nak tau perangai TUN yang saya amat hormati...

TUN ni lah satu2 nya penumpang VVIP kapal terbang yang x pernah bagi masaalah kepada anak2 kapal..

Sentiasa tersenyum.Tak banyak cakap.Dia akan memangil kami dengan nama.Baik budi pekerti..

Kalau dia ke toilet..anak2 kapal tak perlu masuk semula selepas dia keluar toilet..memang sah clean sangat,,dia akan cuci saperti biasa..

Senyum TUN buatkan kami cukup bersemangat dalam penerbangan walaupun jauh beribu batu..

Pernah saya melayan VVIP lain (terutamanya org politik pembangkang)..mengada2..macam kapal terbang tu bapak dia punya
Nak tau sapa???Hj Hadi awang..Anuar mmg gatal..siap minta number lagi..byk lagi...

x-liPAS said...

Anon 11:12, nice story.

Tun M, 2 kali aku berpeluang bersalaman dengannya. He would look straight into your eyes with a smile. Sign of a sincere person...

Terkenang cerita arwah ayahanda ku, ketika Tun berkhidmat sebagai doktor di Klinik MAHA, Alor Setar. Bagi yg tak berkemampuan, Tun would never charge that patient...

Semoga Allah bersama orang yang benar...Amin....

Anonymous said...

Saya setuju dengan artikel saudara.
Tun tak perlu apa sanjungan kerana dia seorang yang yakin dengan kebasaran Allah. Tal pernah pun melayan orang seperti tu. Itu lah Tun cuma kita yang perlu berfikir dan muhasabah diri kita.
Tun dari dulu hingga kini sentiasa senyum.

dari Kak Siti Kota Kuala Muda

Anonymous said...

I am definetely going to bookmark your blog. not like other blogger, penulisan yang tidak berasas dan bernas. Pemimpin PAS sepatutnya malu, bagaikan menjilat ludah sendiri!! tidak ada PENDIRIAN & malah mencerca Tun sedangkan beliau lah yang mencetus dan contribute dalam pembangunan negara Malaysia.

dari P.Pinang

Anonymous said...

Selepas Tun Retire,beliau ada melawat di satu kawasan pendalaman Swak.hanya jambatan yg menghubungkan sebuah rumah ke sebuah rumah di kawasan tersebut krn semua rumah berada di atas air.Ribuan manusia dtg utk bsalam dgn Tun hinggakan jambatan itu hampir roboh.Tun langsung tidak panik dan tetap dgn senyuman nya melayan org ramai.Nur dr wajahnya membuatkan aku menitis airmata melihat..

Anonymous said...

Hanya Allah yg tahu kebenarannya kerana Allah tahu apa yg tersurat dan apa dalam hati kita. kita tak boleh senang percaya orang #Nohatejustlove ☺

Powered by Blogger.