Mar 13, 2011

TSUNAMI - KECOH JELMAAN ULTRAMAN DI JEPUN??





ULTRAMAN!! Siapa yang tidak mengenali superhero Jepun ini yang sangat diminati kanak2 dari dahulu lagi. Melayu CinDia sendiri semasa kecil dahulu tidak pernah terlepas menonton rancangan tersebut. Namun, bagi kita yang sudah dewasa menganggap ianya sekadar dongeng ciptaan Manusia. Tidak ada mana2 pihak cuba mengkaji kewujudan makhluk ini kerana kelihatan seperti bodoh sebenarnya. Namun, nama Ultraman ini secara tiba2 menyinar kembali dan dipersoal kewujudannya. Semua ini berikutan peristiwa Tsunami yang melanda di Negara terbit matahari itu 2 hari yang lalu.




Hari ini di dalam akhbar Berita Minggu seorang kartunis dari akhbar tersebut telah memberi gambaran yang dikatakan mampu menarik minat orang ramai. Watak Ultraman dijadikan bahan jenaka bagi mengingatkan kita akan peristiwa Tsunami di Negara tersebut.

Ada yang suka. Tidak kurang juga yang membantah kerana ianya dilihat seolah2 menghina kematian mangsa2 Tsunami yang bukan sahaja melibatkan rakyat Jepun, malah terdapat juga rakyat Malaysia di sana masih gagal dihubungi dan tidak mengenai status mereka di sana. Beberapa masyarakat telah mengkritik tindakan kartunis ini dan mendesak Berita Minggu meminta maaf secara terbuka atas keterlanjuran beliau.

Sebelum ini juga, sebuah blog hiburan terkenal telah mengkritik kenyataan Pelakon utama Drama Nurkasih, Fizz Fairuz melalui Twitter beliau yang mempersoalkan pertolongan Ultraman tatkala Negara itu berhadapan dengan malapetaka Tsunami. Ianya dikatakan sekadar hiburan bagi menenangkan orang ramai.

Melayu CinDia sendiri tiada jawapan pasti samada ianya dianggap sebagai tidak bermoral ataupun tidak. Terpulang pada individu. Akan tetapi, bayangkan, jika ada di kalangan keluarga anda yang turut menjadi mangsa Tsunami di Jepun, apa agaknya perasaan anda apabila melihat kartun yang direka oleh kartunis Mingguan Malaysia ini, dan juga kenyataan Fizz Fairuz?


2 comments:

Najib.Hassan said...

cnn juga kecoh

http://ireport.cnn.com/docs/DOC-570978

zulkiflee said...

bro, bukan mingguan malaysia tetapi berita minggu yang siarkan kartun itu. sekadar makluman aje untuk pembetulan.

Powered by Blogger.