Mar 14, 2011

TSUNAMI JEPUN - EKONOMI MALAYSIA TENAT??





Harga saham di Bursa Malaysia berkemungkinan didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap krisis Libya dan jangkaan kemelesetan ekonomi susulan bencana gempa bumi yang melanda Jepun pada Jumaat, kata para peniaga. Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka antara paras 1,480 dan 1,500 mata, kata Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan.




"Kesan negatif tsunami Jepun, dengan Yen dan Nikkei susut ke paras rendah dalam masa dua minggu serta ketidaktentuan harga minyak di Arab Saudi dengan minyak mentah mencecah paras tinggi dalam masa 27 bulan pada US$120 bersedia untuk membawa kepada penurunan," itu kenyataan Nazri mengenai situasi dan kesan tersebut.

Menambah kepada kebimbangan yang sedang melanda dunia, data ekonomi yang negatif dari China juga mempengaruhi sentimen dalam pasaran ekuiti. Nazri berkata penurunan dalam harga minyak sawit mentah minggu lalu dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk menaikkan nisbah keperluan rizab berkanun (SRR) kepada dua peratus daripada daripada satu peratus berkuat kuasa 1 April,2011 juga berkemungkinan mempengaruhi sentimen.

Bagi minggu yang baru berakhir, penanda aras FBM KLCI didagangkan dalam ajaran kecil, kebanyakannya meningkat pada pertengahan minggu setelah pasaran memberi reaksi secara positif kepada pengumuman perdana menteri mengenai sembilan lagi projek permulaan melibatkan RM2.3 bilion nilai pelaburan di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Bagaimanapun pada Jumaat, kadar asas FBM KLCI susut 1.4 peratus atau 21.29 mata, untuk ditutup pada 1,495.62 daripada 1,522.61 pada Jumaat sebelumnya. Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia berkurangan 146.64 mata kepada 10,227.50,Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace susut 65.16 mata kepada 4,052.05 manakala Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 turun sebanyak 154.10 mata kepada 10,893.55.

Indeks Kewangan turun 173.33 mata kepada 13,547.25, Indeks Perladangan susut 111.46 mata kepada 7,611.06 manakala Indeks Perusahaan merosot 38.14 matakepada 2,759.54. Jumlah dagangan minggu susut kepada 5.50 bilion saham, bernilai RM8.50bilion daripada 5.84 bilion saham bernilai RM8.7 bilion yang dicatatkan minggu lalu.

Sementara itu, jumlah dagangan pasaran utama susut kepada 4.42 bilion unit,bernilai RM8.33 bilion daripada 4.79 bilion unit bernilai RM8.57 bilion. Jumlah dagangan di pasaran ACE berkurangan kepada 353.06 juta saham,bernilai RM44.72 juta daripada Jumaat lalu pada 499.31 juta saham bernilai RM56.02 juta. Waran naik kepada 698.220 juta unit bernilai RM127.630 jutadaripada 490.04 juta units bernilai RM68.18 juta.



0 comments:

Powered by Blogger.